HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 20 Februari 2010

WARUNG KERBAU BERGULING

Simpan tiga ke kampung Bukit Kerbau Berguling, melalui Felda Bukit Tembaga,Kuala Nerang@tiblakedah.blogspot.com
Setiap kali saya ke kawasan Felda Bukit Tembaga atau ke Jitra melalui jalan Bukit Tembaga saya sering singgah minum dan pekena Mee sup dan air Radix. Warung ini terletak di kampung Bukit Kerbau Berguling di kawasan Kuala Nerang.

Melalui pekan kecil Bukit Tembaga, Kuala Nerang
Sempena nama kampung, Saudara Basri menamakan warungnya ‘Warung Kerbau Berguling’ . Warung ini terletak di tepi jalan menuju ke Jitra dan jarak dari Felda Bukit Tembaga adalah sejauh 8 km. Manakala waktu operasi bermula dari pukul 2.00 petang hingga 12.00 malam dan tutup pada malam Jumaat.

Melalui kampung-kampung di kawasan Kuala Pai
Saya amat tertarik dengan warung yang menjadi tumpuan kenderaan yang lalu lalang. Setiap kali saya melalui jalan tersebut saya dapati banyak kenderaan berhenti dan mengunjungi warung tersebut pada waktu petang meyebabkan saya juga tertarik untuk mencuba apakah keistimewaan gerai tersebut.

Simpan tiga ke Jitra melalui kampung Bukit Kerbau Berguling, 2 km ke 'Warung Kerbau Berguling'
Suatu petang saya mengambil kesempatan untuk bersarapan di warung berkenaan bersama berapa orang pelanggan. Cukup mudah dan senang sekali perniagaan yang dijalankan oleh seorang pengusaha di kampung ini yang saya agak umurnya dalam lingkungan 40-an. Warungnya menyediakan mihun sup, masakan bergoreng dan minuman panas dan sejuk. Waktu malam adalah waktu yang paling ramai bagi para pelanggan mengunjungi warung ini.

Warung Kerbau Berguling sedang dikunjungi pelangan
Operasi perniagaan warung ini sangat ringkas. Pelanggan yang datang akan duduk di kerusi kayu yang diperbuat oleh tuan punya warung sendiri. Kerusi yang asalnya daripada kayu dibelah kepada dua kemudian menjadikannya sebuah kerusi kayu yang kelihatan cantik dan menarik. Makanan yang dipesan mudah disedia dan sungguh enak. Saya juga sempat bertanya kepada anak-anak muda yang menjadi pelangan tetap di sini tentang layanan dan perkhidmatan yang disediakan. Mereka menjawap ringkas, “bagus” .

Malahan, harganya yang dijual amat berpatutan dengan lokasi ia didirikan. Walaupun warung ini terletak di pendalaman, namun warung ini menjadi pilihan mereka yang lalu dan berulang alik dari Kuala Nerang ke Jitra. Jika anda sudah merasa mee sup yang dihidangkan pastinya anda tidak akan lupa untuk datang lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan