HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 16 Februari 2010

INDAHNYA SUASANA PETANG

Balik dari kebun mmencari rebung buluh dengan anakPemandangan indah di waktu petang
Kehijauan tumbuhannya menyejukkan alam
Jikalau hidup banyak berhutang

Ibarat kapal hampir tengelam


Kehijauan pokok penyeri taman
Taman dibena dengan kesungguhan

Jika hidup tiada pendoman

Kekayaan yang ada tiada kesudahan

Pepohon hijau nikmat dikecapi
Mahu hidup seribu tahun lagi
Jika peraturan Allah sudah dilupai

Hidup lama amatlah rugi


Kepala Bendang airnya jernih
Keindahan sungainya sering dikunjungi

Jika hidup diumpamakan buih

Petanda kemaksiatan sudah menyelubungi

Pancing ikan di tepi sawah
Sawahnya hijau jalan meniti
Jika hidup sentiasa bermewah

Saat kematian taubat tidak berarti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan