HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 11 Februari 2010

JAMBATAN KAYU

Jambatan adalah penghubung @ lokasi : Jambatan kayu di kawasan Santap, Pokok Sena- masih kelihatan kukuh dan boleh digunakan@tiblakedah.blogspot.com
Jambatan kayu merupakan satu struktur yang dibina untuk menyeberangi sungai. Ia dibina untuk membolehkan laluan pejalan kaki, kenderaan ringan seperti motor dan basikal melalui di laluan tersebut.

Titi kayu di kawasan sawah Kepala Bendang, Tualang.
Saya masih ingat semasa di kampung dahulu, sebelum jambatan kayu ada kami menggunakan batang kelapa atau buluh yang dikenali sebagai titi untuk menghubungkan di antara satu kampung ke satu kampung.

Kebiasaanya kami akan membina titi secara bergotong-royong. Disebabkan pokok kelapa mudah diperoleh, kami menggunakanya untuk dijadikan titi. Kadang-kadang kami menggunakan buluh dan kayu.

Ranting kayu berlatar belakang titi kayu di kawasan sawah.
Penggunaan titi amat terhad yang mana ia hanya dapat digunakan untuk pejalan kaki sahaja. Apabila orang kampung mulai beralih menggunakan basikal dan motor ketika itu sebagai kenderaan utama untuk berulang-alik dari satu tempat ke tempat yang lain barulah jambatan kayu dibina.

Jambatan kayu dibina setelah mendapat peruntukkan daripada kerajaan. Ia dibina oleh Jabatan Kerja Raya dengan menggambil kira penggunaannya. Kayu yang dibina biasanya ketika itu adalah kayu-kayu yang terpilih dan tahan lama. Jambatan ini boleh menampung bukan saja motor dan kereta malahan lori-lori kecil turut boleh menggunakannya.

Titi buluh @ sekadar hiasan.
Begitulah keadaanya, masa sudah berlalu di mana penggunaan jalan raya sudah meluas. Malahan bagi kerajaan kini, mereka terpaksa membina jabatan batu bagi laluan kenderaan terutamanya lori sebagai kenderaan berat yang lebih kukuh dan selamat untuk digunakkan bagi memudahkan perjalanan mahupun pengangkutan barangan.

Selamat menyambut tahun baru Cina kepada semua kawan-kawan di LGM, yang mengenali saya dan juga rakyat Malaysia yang berbangsa Cina

Tiada ulasan:

Catat Ulasan