HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 31 Mei 2009

GENAP DUA TAHUN, LGM DALAM KENANGAN

@ tiblakedah.blogspot.com
Hari ini telah genap dua tahun saya meninggalkan LGM, banyak keistemewaan yang diperolehi dan banyak pekara yang dipelajari. Terima kasih di atas sokongan anda semua.

Kalau tuan melawat ladang
Jangan lupa datang seawal pagi
Kalau ada masa lapang
Boleh kita jumpa lagi

Datang kerja seawal pagi
Ikut jalan pintas di Taman Melati
Kerja lebih tidaklah rugi
Rezeki murah sentiasa diberkati

Potong kayu getah guna gergaji
Kayu diguna untuk kenduri
Hindarkan fitnah kerja kotor yang keji
Kerana fitnah akhirnya memakan diri

video

Father and Son

It’s not time to make a change,
Just relax, take it easy
You’re still young, that’s your fault,
There’s so much you have to know
Find a girl, settle down,
If you want you can marry
Look at me, I am old, but I’m happy
I was once like you are now, and I know that it’s not easy,
To be calm when you’ve found something going on
But take your time, think a lot,
Why, think of everything you’ve got
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not

Son:
How can I try to explain, when I do he turns away again.
It’s always been the same, same old story.
From the moment I could talk I was ordered to listen
Now there’s a way and I know that I have to go – away
I know, I have to go

Father :
It’s not time to make a change,
Just sit down, take it slowly
You’re still young, that’s your fault,
There’s so much you have to go through
Find a girl, settle down, if you want you can marry
Look at me, I am old, but I’m happy

Son:
Away, away, away, I know
I have to make this decision alone – no

Son:
All the times that
I’ve cried, keeping all the things
I knew inside, It’s hard, but it’s harder to ignore it
If they were right, I’d agree, but it’s them you know not me
Now there’s a way and I know that I have to go – away
I know, I have to go

Father:
Stay, stay, stay, why must you go and
Make this decision alone? No

Rabu, 27 Mei 2009

KENANGAN


Atap genting atap rembia
Kawasannya indah untuk dilawati
Waktu berkerja hendaklah ceria
Agar hidup Allah sentiasa berkati

Sampan kayu mudek ke muara
mencari ikan buat keluarga
Kerja ringan lepas besara
Agar kesihatan sentiasa dijaga

Selasa, 26 Mei 2009

LIKU-LIKU PERJALANAN

Dari Pasir Panjang ke Pulau Pangkor
Naik kereta singgah di jeti
Jadi pemimpin janganlah takbor
Protes rakyat yang mengundi membawa erti

Penanti Manai Urai keputusannya dinanti
Tempatnya jauh seronok sekali
Bila pemimpin dekat di hati
Pantang pilih pemimpin yang boleh dibeli


Langgar Pokok Sena Gajah Mati
Nama tempat di Kedah yang diberi
Jadi pemimpin tidak bererti
Amanah Rakyat selalu diengkari

Teratak Impian Bukit Lala diberi
Blog ditulis buat penganti diri
Cuti sekolah datanglah kemari
Boleh cerita panjang dan makan keduri

Isnin, 25 Mei 2009

MEMOHON KEAMPUNAN


Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala : Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.

Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.

Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.


Get this widget | Track details | Tuhan yang Maha Esa

Ahad, 24 Mei 2009

ANTARA SUASANA DAN KEHIDUPAN


@ tiblakedah.blogspot.com
Dalam kesibukan ibu kota dan saling mengejar masa tidak kira sama ada siang atau malam kadangkala menyebabkan penghuninya terbelenggu dengan rutin harian yang menyesakkan dan membosankan. Seawal pagi selepas solat subuh, kita berdepan dengan suasana berlumba-lumba untuk bergegas ke tempat kerja dan merempuh kesesakan jalan raya yang memenatkan kerana pada masa yang sama terpaksa berebut-rebut dengan warga kota yang lain.

Keadaan yang sama berlarutan dari sehari ke sehari yang kadangkala mencecah ke sebulan atau bertahun tanpa disedari. Untuk mengubatinya, anda perlukan sesuatu kelainan dalam kehidupan agar semangat kembali segar, lebih bermakna dan tenang dengan berkunjung ke kampung sempena cuti persekolahan dengan menikmati suasana kehijauan tenang dan damai.

Di kawasan kampung di kelilingi dengan pokok-pokok rimbunan dedaun serta bunga-bungaan pelbagai jenis menjadikan sekitar kawasan persekitaran begitu aman sekali. Di kawasan sawah pula tanaman padi hidup subur menghijau dengan ikan-ikan berkeliaran berenang di dalam sawah. Para petani pula sibuk membersihkan kawasan sawah, kelihatan burung bangau berkeliaran mencari makan di kawasan tersebut sambil memerhati jika ada ikan yang akan timbul.

Inilah masanya, peluang yang ada seharunya diisi dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokan, kita boleh memancing, pergi ke kawasan hutan mencari tumbuhan liar untuk hiasan taman. Aktiviti menembak sama ada burung atau binatang yang dibenarkan, di kawasan hutan amat menyeronokkan. Di kawasan sungai pula anda boleh mandi sepuas-puasnya, aktiviti–aktiviti yang anda lakukan sekurang-kurangnya dapat mengurangan kebosanan bila anda balik ke pejabat nanti. Selamat memandu serta hati-hati semasa di jalan raya.

Get this widget Track details Hujan

Rabu, 20 Mei 2009

TANDA-TANDA HASAD DENGKI


Hai anakku! tiga tanda bagi orang yang berhasad dengki. Dia akan mengumpat sahabatnya apabila dia tiada, akan memujuk apabila dia melihat dan akan bergembira dengan musibah yang menimpa sahabatnya.

(Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya)

UNTUK KITA YANG LUPA



Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Selasa, 19 Mei 2009

PENYAKIT YANG PERLU DIHINDARI:

  • Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.

  • Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama orang di bawahnya.

  • Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya.

  • Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai.

  • Rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah samasekali.

  • Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.

  • Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.

  • Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.

  • Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya sahaja.

Isnin, 18 Mei 2009

UNTUK RENUNGAN


Nasihat Luqman kepada anaknya:

" Hai anakku! sesungguhnya orang yang keji lagi kotor dan celaka ialah sekiranya dia berbicara, bicara itu membongkarkan kebodohannya. Sekiranya dia beramal, dia melakuukan yang buruk. Sekiranya dia duduk, dia membuang masa. Sekiranya dia dikayakan, dia tidak berpuas hati. sekiranya dia dalam keadaan faqir, dia berputus asa. Sekiranya dia gembira, dia melakukan kejahatan. Sekiranya dia bersedih, dia berputus asa.

Ahad, 17 Mei 2009

KEJAYAAN SEBENAR YANG KITA HARAPKAN


@ tiblakedah.blogspot.com
Bila kita bicarakan tentang potensi kita tidak boleh lari dari usaha yang kita laksanakan. Potensi adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Potensi boleh dibayangkan dan boleh diserlahkan kewujudannya dengan bertindak sesuatu terhadap puncanya. Sebiji benih berpotensi tumbuh, hidup dan membesar menghasilkan akar, batang dan ranting, daun, bunga dan buah-buah yang banyak. Bagaimanapun untuk hidup biji benih perlu disemai terlebih dahulu.
Sebiji telur berpotensi menjadi seekor burung, ayam, atau itik atau sekiranya telur itu diramkan. Kalau dibiarkan ia akan menjadi telur busuk. Untuk berjaya di dunia kita haruslah berusaha semaksimanya sebelum kejayaan yang kita perolehi.
Penentuan sebenar kejayaan kita hanyalah, sekiranya kita memenuhi syarat-syarat panduan yang digariskan oleh Allah, kita akan berjaya di dunia dan Akhirat insyAllah.

Sabtu, 16 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU


Kepada semua warga pendidik di seluruh negara khususnya yang melayari Blog ini, kami seluruh Penduduk Bukit Lala Pokok Sena serta Blog Teratak Impian Bukit Lala mengucapkan "SELAMAT HARI GURU". Semuga Allah SWT merahmati segala jasa dan pengorbanan untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berilmu dan berAMAL

Dato Nizar Menteri Besar Perak disukai rakyat jelata
Mudah ditemuai rakyat mesra sentiasa
Guru mendidik anak-anak kita
Agar menjadi rakyat celik pilih pemimpin yang tak gila kuasa
TANPA MEREKA SIAPALAH KITA - "SELAMAT HARI GURU"

Selasa, 12 Mei 2009

KOLAM IKAN KELI DARI BEKAS SAWAH

@ tiblakedah.blogspot.com
Kami ingin mencuba menternak ikan keli dalam kolam yang dibena dari sawah yang terbiar. Kawasan sawah tidak ekonomik untuk ditanam padi kerana keluasannya yang terhad.
Kami membela ikan keli hanya sekadar suka-suka dan untuk makanan tambahan buat keluarga. Kolam talapia sudah pun berhasil, yang mana kami bena di sebelah rumah dengan menggunakan plastik. Kami cuma bermodalkan RM 46.00 dengan membeli plastik tebal sebagai alas kolam dan benih ikan talapia sebanyak 80 ekor. Ini cuma peringkat percubaan. Sekiranya nampak ok kami akan tambah.

Ikan talapia sudah pun sebesar 2 jari, untuk pengetahuan sahabat ikan talapia membesar dalam tempoh 6 bulan, ikan keli cuma 3 bulan sahaja. Bulan September ikan talapia bolehlah dimakan.

Lihat pada rajah di atas:
  1. Kolam dikorek berbentuk bulat, ukuran garispusat 7 kaki
  2. Dalam kolam 2 kaki
  3. Bahagian atas dipasang jaring mengelilingi kolam untuk mengelakan ikan daripada melompat dan banjir kilat.
  4. Di bahagian bawah kolam dibuat saluran untuk air keluar dan masuk dari bekas sawah.
  5. Ikan yang dibela perengkat pecubaan 300 ekor dengan saiz ikan 3 ".

Walau bagimanapun minat adalah kunci dengan apa yang kita usahakan, kejayaannya adalah anugerah Allah, pastinya bila hasil yang kita usahakan berjaya, kita akan merasa seronok dapat melihat:

  • Pokok yang kita tanam menghasilkan buah
  • Binatang peliharaan (kambing) makin bertambah
  • Tumbuhan yang kita tanam menghijau
  • Ikan yang kita pelihara boleh ditangkap
  • Ayam membiak dan bertelur bila hasilnya kita pungut
  • Ilmu yang kita pelajari dapat dimanafaatkan

Isnin, 11 Mei 2009

BUAT SEMUA GULUNGAN PEKERJA


Sebahagian ucapan aluan MB Perak yang sah:
Kapada semua kakitangan Kerajaan disemua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT diakhirat kelak.
Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisi ekonomi global kini.Kepada semua media ,marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melapurkan yang benar.

Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya. Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.Kepada semua pegawai dan penjawat awam , jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
Tolonglah kami kerana kami difitnah dan danayai. Belalah Islam!.Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.
Allahhu Akhbar: MB Perak yang sah Dato Nizar Jamaluddin (Sumber : Blogger Cina Islam)

Jumaat, 8 Mei 2009

JANGAN SEKALI-SEKALI BERPUTUS ASA

@ tiblakedah.blogspot.com
Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi'ah Al-'Adawiyyah berkata: "Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu." Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi.
"Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala".
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan."

Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT. Janganlah kita berputus ada dalam berdoa dan berisighfar, sesunggohnya doa itu adalah senjata orang mukmin.

Khamis, 7 Mei 2009

RENUNGAN BUAT KITA SEMUA


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama dari bapanya.

Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan empat syarat sahaja: sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

video

Sebahagian sedutan daipada filem "Children of Heaven" yang sangat menarik untuk tuntunan keluarga.

Rabu, 6 Mei 2009

PERGINYA SEORANG SAHABAT


Gambar hiasan kubur lama di hadapan Masjid Pokok Sena Kedah.
@ tiblakedah.blogspot.com
Untuk sahabat-sahabat yang mengenalinya:

Dimaklumkan saudara kita Abu Satimin telah meninggal dunia pada jam 3.45 pagi bertarikh 7 Mei 2009. Jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Taman Melawati pagi ini selepas solat zohor.

Untuk makluman, sebelum bersara di Lembaga Getah Malaysia , Allahyarham pernah berkerja di Angkatan Tentera Malaysia kemudian memasuki LGM sebagai Pegawai Keselamataan. Allahyarham sudah lama terlantar di hospital akibat mengalami kenser pipi yang mana sukar untuk sembuh.
Saya sekeluarga mengucapkan takziah kepada keluarganya, semogga bersabar diatas musibah yang diterima, Alfatihah.

(Sumber : Hashim Mangkat dan Alias Ahmad 8.41 - 9.40 pagi 7 Mei 2009)

Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda yang maksudnya cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu, Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....Alhamdulillah, . Kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita?.

JIKA KITA MAHU BERFIKIR

Pokok korma di perkarangan masjid Al Bukhari Alor Setar, Kedah @ tiblakedah.blogspot.com
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.Dia adalah seorang Doktor Neurologi .Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an

Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainy a.Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah .

Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.

Begitulah keagungan ciptaan Allah, tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal, oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'

Ahad, 3 Mei 2009

UCAPAN TERAKHIR SEORANG IBU

Sekadar ingatan semasa kecil pernah tinggal di rumah berbumbung atap nipah. Ibu yang membuat atap, menggunakan buloh dan bemban.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
@ tiblakedah.blogspot.com
Seorang ibu yang telah lama terlantar di rumah anaknya. Tiga hari sebelum meninggal dunia, dia telah memberi kata-kata perasang kepada anak lelakinya, " wahai anakku beruntunglah kamu mendapat seorang isteri yang baik dengan anak-anak dan diriku . Ibu bersyukur kerana selama aku tinggal di sini solatku, puasaku, kebersihanku serta makan minumku, dijaga dengan baik penuh kasih sayang dan tanggunjawap seperti mana ia menjaga orang tuanya sendiri. Beruntunglah engkau wahai anakku dengan kehidupan yang kau telah miliki sekarang. Semoga Allah mempermudahkan hidup engkau di dunia ini..."

Get this widget Track details Buat Ibu - Ito

Jumaat, 1 Mei 2009

NASIHAT LUQMAN HAKIM KEPADA ANAKNYA

Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, Isinya ialah Iman dan Layarnya adalah Tawakal kepada Allah.
Orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Aiiah. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah juga.
Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.
Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.


video