HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 6 Mei 2009

PERGINYA SEORANG SAHABAT


Gambar hiasan kubur lama di hadapan Masjid Pokok Sena Kedah.
@ tiblakedah.blogspot.com
Untuk sahabat-sahabat yang mengenalinya:

Dimaklumkan saudara kita Abu Satimin telah meninggal dunia pada jam 3.45 pagi bertarikh 7 Mei 2009. Jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Taman Melawati pagi ini selepas solat zohor.

Untuk makluman, sebelum bersara di Lembaga Getah Malaysia , Allahyarham pernah berkerja di Angkatan Tentera Malaysia kemudian memasuki LGM sebagai Pegawai Keselamataan. Allahyarham sudah lama terlantar di hospital akibat mengalami kenser pipi yang mana sukar untuk sembuh.
Saya sekeluarga mengucapkan takziah kepada keluarganya, semogga bersabar diatas musibah yang diterima, Alfatihah.

(Sumber : Hashim Mangkat dan Alias Ahmad 8.41 - 9.40 pagi 7 Mei 2009)

Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda yang maksudnya cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu, Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....Alhamdulillah, . Kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan