HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 21 Mac 2009

MENEROKA KEHIJAUAN ALAM

@ tiblakedah.blogspot.com
Sudah lama saya ingin mengambil pokok Tanduk Rusa yang terletah di kebun getah kepunyaan Abang Ishak (Orang di sini panggil Ak) . Setelah selesai menghantar anak ke sekolah saya terus ke kebunnya. Motosikal yang saya pandu hampir tergelincir di sebabkan jalan licin. Berapa hari yang lalu kawasan ini telah mengalami hujan yang sangat lebat menyebabkan jalan berlecah.
Kebetulan semasa saya tiba di kawasan ini, Saudara Asri sedang menoreh getah, dia mengambil upah daripada kebun abang Ak. Saya meminta jasa baiknya untuk mengambil pokok Tanduk Rusa yang terletak di celah dahan pokok getah. Jaraknya lebih kurang 3 meter dari paras tanah, dia terus mengambil tangga di rumahnya yang terletak hanya merapa meter dari lokasi pokok yang saya temui.

Saya sempat merakam gambar pokok Tanduk Rusa yang diambilnya. Setelah selesai saya terus ke rumahnya untuk mengambil gambar kambing di kandangnya yang terletak tidak jauh dari tempat kediamannya. Sebanyak 17 ekor kambing baka kampung serta berapa ekor lembu yang dipeliharannya membiak dengan sempurna tanpa menghadapi masaalah diserang penyakit yang merbahaya. Setakat ini beliau masih mengusahakan ternakan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga.

video

Arkib tibla : Mengambil pokok Tanduk Rusa di dahan pokok getah

Selasa, 17 Mac 2009

PULANG

Kerja-kerja membajak sawah baru bermula

Petak-petak sawah yang sudah dibajak mengunakan traktor


Pandangan di sawah di waktu senja

Yang pasti kita akan dipulangkan jua akhirnya (kubur lama : lokasi di Masjid Sungai Durian Pokok Sena, Kedah - gambar arkib @ tiblakedah.blogspot.com)

Ahad, 15 Mac 2009

PANTASNYA MASA BERLALU

@ tiblakedah.blogspot.com
Sudah hampir tiga bulan saya tidak menjenguk ke kebun getah milik isteri yang letaknya satu kilometer dari rumah. Hajat saya sebenarnya hendak ke Pancur Pokok Sena untuk melihat projek ternakan ikan keli yang dipelihara di dalam bekas khas yang diperbuat daripada kanvas.
Saya menyusuri jalan pintas melalui kebun getah milik isteri dan penduduk tempatan di sini. Saya berhenti seketika bila bersua dengan saudara Asri yang pernah saya menemubual. Dia berasal dari Baling, Kedah.
Dia memberitahu kepada saya bahawa sudah hampir seminggu dia tidak pergi menoreh di sebabkan hujan. Mujurlah dia mengusahakan ternakan kambing kampung baka biasa jadi bolehlah dia menambah pendapatan yang sedia ada. Setakat ini kambing peliharaannya sudah berjumlah sebanyak 17 ekor, termasuk tiga ekor jantan dan 14 ekor betina.
Saya tiba di projek ternakan ikan keli pada pukul 11 pagi dan kebetulan saudara Abd Rahim baru balik dari Bukit Tembaga kerana urusan pembelian benih anak ikan keli. Kami berbual panjang tentang projek ini bermula daripada penyediaan tapak, pembelian benih, makanan ikan dan kemudahan pemasaran yang diperolehi. Walau bagaimanapun ini semuanya saya akan siarkan di dalam blog saya : http://kedahkujua.blogspot.com/. Jumpa lagi.

Khamis, 12 Mac 2009

SELAMAT DATANG KE TIBLA

NIKMAT YANG TIDAK TERNILAI

@ tiblakedah.blogspot.com
Kebanyakan penduduk di kawasan Bukit Lala Pokok Sena berkerja sebagai penoreh getah, pesawah ada juga yang berkerja di sektor pembuatan tetapi jumlahnya tidaklah begitu ramai sama jugalah yang berkerja di Jabatan Kerajaan.
Mereka tinggal di sepanjang jalan ke Kuala Nerang yang terletak di km 22 dari bandar Alor Setar. Ada juga yang tinggal 2 km dari jalan besar, tetapi kebanyakkan rumah di sini sudah ada kemudahaan jalan tar, bekalan air, letrik dan komunakasi.
Suasana di sini agak sunyi terutamanya di waktu malam hari, tiada bunyi kenderaan yang lalu lalang yang ada cuma mereka yang baru pulang dari masjid atau ada urusan penting yang perlu diselesaikan. Jalan di sini gelap apabila waktu malam kerana tiada lampu jalan yang disediakan, yang ada cuma unggas kelip-kelip yang kelihatan terbang di udara.
Kedengaran bunyi burung belatuk memecah kesunyian malam dan tiupan angin di celah-celah daun pokok getah yang berdekatan sungguh mengasyikkan sehingga dapat menghilangkan kelesuan setelah penat mejalankan kerja seharian di kebun atau di sawah yang berdekatan.

Get this widget Track details @tiblakedah.b.s.c

Rabu, 4 Mac 2009

DI ANTARA HARAPAN DAN CABARAN

Oleh : @ tiblakedah.blogspot.com
Kegembiraan dunia kanak-kanak sukar untuk digambarkan apatah lagi bila mereka yang dibesarkan di kampung yang jauh di pendalaman tetapi ada kemudahan asas yang diperlukan . Sebab itu mungkin, ada orang dewasa merasakan alangkah bertuahnya jika masa dapat diputar semula, supaya dapat merasai semula keindahan hidup pada zaman kanak-kanak dan remaja. Namun itu semua hanyalah lamunan.
Beginilah kehidupan zaman kanak-kanak di kampong sungguh menyeronokkan. Banyak yang mereka boleh pelajari dan alami sendiri bila mereka rajin melakukanny. Suasana persekitaran rumah yang selesa dan ceria dengan kemudahaan bilik bacaan, kemudahaan teknologi maklumat dan tempat riadah amatlah diperlukan sekiranya kita mampu meyediakannya mengikut kemampuan yang ada.
Dengan ini mereka seronok dan selesa semasa berada di rumah di samping itu kita dapat mengawasi tigkahlaku yang mereka lakukan. Di samping itu mereka haruslah dididik dengan akidah pegangan agama yang kukuh agar tidak mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral dan menguntungkan pihak tertentu yang mengambil kesempatan dari kelemahan yang ada seta kurangnya mendapat maklumat yang betul dan sahih tentang kebenarannya.
Ribut dan angin kencang sukar untuk menumbangkan pokok yang mempunyai akar tunjang yang kuat dan teguh kecuali pokok yang ditanam di tepi pantai yang boleh dihakis oleh ombak. Pokok yang rendang boleh juga sekali-sekala kita buat berteduh bila cuaca panas terik.
video
Zaman kanak-kanak yang pernah kita lalui.