HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 30 April 2016

SELAMAT HARI PEKERJA


Batang kayu dikerat-kerat
Supaya mudah untuk diangkat 

Rezeki yang halal membawa berkat
Bahagia di dunia membawa ke akhirat


Penat berkerja terasa dahaga
Mentari terik sinar cahaya
Kreatif inovatif terus berusaha

Satu hari insyallah berjaya

• Sarapan santai di waktu pagi.
• Melawat kebun sahabat di Kuala Nerang.
• Percutian keluarga di Lumut.

Jumaat, 22 April 2016

SATU KEYAKINAN


Sarapan kueh di waktu pagi
Berbual santai bersama isteri
Senyuman diberi tidakkan rugi
Harta di dunia boleh dicari



Merenung jauh melihat lautan
Orang ramai memancing ikan
Kematian datang sudah suratan
Satu yang pasti itulah keyakinan 
  
• Sarapan santai di waktu pagi.
• Percutian keluarga di Lumut.

Khamis, 21 April 2016

MASA SIHAT AMAT BERHARGA


Kampung Tersusun dari tol selatan tidaklah jauh
Shoping komplek merata Tesco pun ada
Niat dan usaha perlu bersungguh
Masa yang dinantikan kesampaian jua



Port Dicktion percutian keluarga
Tiga hari di pangsapuri kami menyewa
Masa sihat amat berharga
Hidup ceria jangan kecewa

  
• Berjumpa kawan lama setelah 43 tahun berjumpa.
• Percutian keluarga di PD.