HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 16 Disember 2016

AKHLAK TERPUJI


Waktu pagi sudah bermula
Sarapan pagi sudah menanti
Akhlak terpuji raja mulia
Rakyat berdoa semoga Allah rahmati



Sungguh enak buah mangga
Masak ranum rasanya lazat
Raja adil rakyat berbangga
Semoga berbahagia dunia akhirat

• Sarapan pagi di tepi kolam.
• Hidangan mangga masak.

Khamis, 15 Disember 2016

ISLAM DASAR AKHIRAT MATLAMAT


Beri itik makan dedak
Itik bertelur belanja jimat
Sokongan rakyat tidak berganjak
Islam dasar akhirat  matlamat 



Daun pisang buat lepat
Buah dijual hantar ke pasar 
Maklumat diperolehi  biarlan tepat
Hujah diberi jangan tersasar

• Memberi itik makan di waktu pagi.
• Tanam pisang di tepi rumah.

Selasa, 13 Disember 2016

AKHLAK PEMIMPIN


Rumput dipotong sudah dipungut
Rehat sudah hilangkan penat
Kata diucap sedapnya mulut
Dijadikan kawan beringat-ingat




Cuaca pagi segar ditiup angin
Pesekitaran hijau  rehat di pangkin  
Angkoh dan sombong akhlak pemimpin
Kemenangan diharap manakan mungkin

 • Membersihkan halaman rumah di waktu pagi.
• Berehat di pangkin selesai berkerja.

Isnin, 12 Disember 2016

KEKAYAAN CUMA SEMENTARA


Sarapan pagi di tepi kolam
Persekitaran hijau cuaca segar
Kekayaan yang jangan tengelam
Jatuh miskin tidaklah sukar 





Letih berkerja balik terlena
Lena di teratak tersangat mudah
Kekayaan yang ada jangan disalah guna
Menyesal kemudian terlambat sudah

  
• Sarapan di kolam di waktu pagi.
• Teratak tempat rehat bersama keluarga.

Khamis, 8 Disember 2016

RAKYAT SENTIASA BERWASPADA


Waktu pagi cuaca cerah
Persekitaran hijau terasa indah
Sikap pemimpin politik berubah-ubah
Rakyat bawahan sentiasa berwaspada





Balik kebun terasa penat
Rehat di pondok menunggu sarapan
Pemimpin berubah rakyat beringat
Jangan terpedaya bergantung harapan 

  
• Suasana di kolam segar kehijauan.
• Teratak tempat rehat bersama keluarga.