HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 29 Januari 2009

WAJARKAH SAYAP UMNO DIBUBAR?



Bubar sayap UMNO tidak wajar dan rugi - Putera UMNO

29/01/2009 12:39pm (Utusan Malaysia)
KUALA LUMPUR 29 Jan.209 – Cadangan pembubaran biro Putera UMNO bagi mengelakkan gejala rasuah politik di kalangan generasi muda adalah tidak wajar dan merugikan.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, cadangan itu hanya akan menjauhkan generasi muda daripada mendekati UMNO seterusnya mengurangkan sokongan terhadap parti berkenaan pada masa depan.

“Lagipun Putera UMNO hanyalah biro dan pemilihan jawatan dibuat secara lantikan, bukan pemilihan seperti sayap parti yang lain,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Apa mereka kata

Rabu, 28 Januari 2009

APA NAK JADI, APA DAH JADI?

video



video

Apa dah jadi?

MPV PROTON SEGAK MENAWAN

UMNO HILANG DAYA TARIKAN
Inilah rupa kenderaan pelbagai guna (MPV) keluaran terbaru Proton yang bakal dilancarkan pada April ini. Ia memaparkan reka bentuk menarik dan pasti mendapat sambutan baik daripada rakyat Malaysia kelak.

Model terbaru Proton ini yang gambarnya mula tersebar dalam Internet sejak seminggu lalu boleh memuatkan sekurang-kurangnya tujuh orang penumpang dan menggunakan enjin Campro 1.8 liter serta disasarkan pada harga sekitar RM80,000 sebuah. - Utusan


UMNO AKAN HILANG SEGALA-SEGALANYA


Isnin, 26 Januari 2009

FITNAH MENIKAM DIRI - NIK AZIZ


KOTA BHARU, 25 Jan. 2009 - Penyertaan Adun Bota, Dato' Nasharuddin Hashim, ke dalam PKR membuktikan fitnah dan hasutan Umno terhadap Pakatan Rakyat selama ini demi untuk meraih sokongan akhirnya 'menikam' diri.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan 'penghijrahan' Adun Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin Umno yang mengecam Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar dengan pelbagai isu selama ini .

"Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi. Tuan Guru seterusnya berkata, dengan penyertaan itu juga, bererti warga wakil rakyat di kalangan Pakatan Rakyat turut bertambah dan ia akan menjadi benteng pertahanan yang semakin kuat khususnya di Perak.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota dan penyokong Pakatan Rakyat sama-sama mengukuhkan perpaduan di samping menterjemahkan imej yang cukup baik pada masyarakat umum. "Dengan imej yang baik, bersih selain perjuangan kita yang lebih pada kebajikan berbanding lawan, rakyat termasuk penyokong parti akan tertawan," ujarnya.

video

Zaman BN sudah berlalu

Ahad, 25 Januari 2009

SELAMAT TINGGAL UMNO

Hanya sekadar untuk menyatakan 'mood' rakyat terhadap UMNO dan BN sudah hilang dan bukan niat kami untuk merendah-rendahkan mana-mana pihak tetapi inilah kenyataannya. "Ingatlah doa orang-orang yang kena zalim tiada hijap" - penulis.
Get this widget Track details On kalau perlu.



tiblakedah.blogspot.com

ADUN BOTA KELUAR BN?


25/01/2009 4:54pm
IPOH 25 Jan. 2009 (Utusan Malaysia) - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim hari ini mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menyertai PKR.

Tindakan itu disahkan oleh beliau sendiri melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wartawan Utusan Malaysia. " Ya betul, terima kasih,'' katanya dalam SMS tersebut. Nasharuddin sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Parit dan bertanding kerusi DUN Bota pada pilihan raya umum lalu.

Dalam pilihan raya umum pada 8 Mac lalu, beliau menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi selepas memperoleh 6,556 undi.
Perak kini diterajui pakatan pembangkang Pas, DAP dan PKR dengan menguasai 31 kerusi DUN manakala BN 28 kerusi.
video
Dengarlah UMNO
Berita terkini pada 25 Jan. 2009 TV3 8.00 malam - Pada sidang Akhbar di pejabat PKR di Petaling Jaya bersama penasihat PKR Dato Sri Anwar Ibrahim, Adun kawasan Bota Datuk Nasaruddin Hashim telah mengistiharkan keluar daripada Parti UMNO menyertai PKR kerana rakyat telah hilang kepercayaan pada BN.

Sabtu, 24 Januari 2009

PERINGATAN SERING DILUPAKAN

BN perlu perubahan drastik, kata Muhyiddin

KUALA LUMPUR 24 Jan. 2009 (Utusan Malaysia)— Barisan Nasional (BN) kini melalui ujian paling getir dan jika tidak ada tindakan drastik diambil untuk menangani kemerosotan sokongan maka gagasan pemerintahan itu mungkin menghadapi kemusnahan.

Calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, walaupun BN merangkumi 13 parti komponen khususnya Umno cuba memperbaiki imej parti untuk meningkatkan keyakinan rakyat dan lebih banyak usaha perlu dilakukan dengan segera.



“Kita tidak bekerjasama dalam usaha kita. Oleh kerana kita lambat melakukan perubahan, ramai berpendapat UMNO tidak akan berubah. Jika ambil masa terlalu lama untuk berubah maka orang tidak akan menunggu untuk kita. “Situasi kekalahan dua pertiga majoriti BN di Parlimen selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas masih tidak berubah.

“Kita perlu lebih berkesan dan melaksanakan perkara luar biasa pada masa luar biasa,” katanya pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin di MINES Golf and Beach Resort di sini.

video

Jadilah pendengar yang baik

Jumaat, 23 Januari 2009

DADAH NAJIS DAN RASUAH TU TAHI

video

Berpuluh tahun UMNO diajar dan disuap dengan kebendaan, sokong PAS dapat apa, surga?

SPRM bantu pulihkan UMNO
KUALA LUMPUR 23 Jan.2009 (Utusan Malaysia) - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dan mendakwa beberapa pemimpin UMNO berhubung politik wang akan membantu memulihkan imej parti itu.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi melihatnya sebagai sesuatu yang positif, ketika imej UMNO semakin tidak disenangi ramai. "Tindakan tegas SPRM itu membantu mengembalikan kepercayaan umum. Ia membuktikan kerajaan dan UMNO telus membanteras rasuah," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyerahkan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemimpin dan ahli parti yang terlibat dalam politik wang.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo memberitahu, Lembaga Disiplin UMNO perlu meneliti kes politik wang membabitkan ahli-ahlinya sebelum ia diserahkan kepada SPRM. "Jika individu berkenaan didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin barulah mereka diserahkan kepada SPRM untuk didakwa mengikut undang-undang," katanya.

Berbeza dengan Mohd. Puad dan Mohd. Khir, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Syed Ali Al Habshee pula mahu skop siasatan SPRM diperluaskan daripada tertumpu kepada UMNO saja. Beliau memberitahu, siasatan SPRM juga perlu adil agar masyarakat tidak menyalah tafsir dan berpandangan serong terhadap UMNO.

"Masalahnya, SPRM hanya tertumpu kepada UMNO seolah- olah parti ini saja yang korup sedangkan gejala rasuah membabitkan banyak pihak termasuk agensi kerajaan," katanya. Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula berkata, SPRM perlu memastikan individu yang bakal didakwa benar-benar bersalah.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Kampung Baru Kulai, Datuk Syed Hussien Al Habshee berkata, dalam politik tiada individu yang benar-benar bebas daripada perbuatan memberi wang. Bagaimanapun, katanya, ia dibezakan sama ada ia berbentuk sumbangan atau meraih undi.

KITA DENGAR APA MEREKA KATA

Khamis, 22 Januari 2009

MAHFUZ DAPAT GELARAN DATO

Image
Alor Setar 18 Jan. 2009 - YB Mahfuz Ahli Parlimen Pokok Sena telah dikurniakan Dato Seri Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato.
Istiadat yang penun bermakna ini disampaikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke 81 di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah Darul Aman.
Kami mewakili warga kampung Bukit Lala dan rakyat Pokok Sena mengucapkan tahniah kepada beliau semogga akan terus istikomah demi menegakkan kebenaran dan sentiasa membantu semua rakyat yang di wakilinya tanpa mengira parti.
SUARA RAKYAT TERTINDAS, SUARA KERAMAT

Rabu, 21 Januari 2009

MAKLUMAT DI HUJUNG JARI


Apa yang mereka perkatakan tentang UMNO DAN BN

TAHUN MERAWAT UMNO

UMNO perlu dirombak secara besar-besaran

KUALA LUMPUR 21 Jan.2009 (Utasan Malaysia) – UMNO perlu dirombak besar-besaran dari segi struktur dan gerak kerja jika parti itu mahu terus relevan dan diterima rakyat.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia melibatkan langkah emenuhi segala tuntutan perubahan yang dimahukan oleh rakyat.Menurutnya, ini termasuk usaha berterusan memastikan barisan kepimpinan baru parti bersifat amanah dan lebih berorientasikan rakyat.

Tambahnya, memang tidak dinafikan terdapat beberapa usaha untuk mengubah UMNO yang telah dilakukan tetapi ia tidak mencukupi kerana kesannya masih kurang dirasai rakyat.

“UMNO tidak harus takut untuk melakukan rombakan secara besar-besaran seperti dituntut oleh rakyat selagi ia tidak bertentangan dengan ideologi dan prinsip perjuangan parti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

video

Apa yang mereka katakan pada UMNO

DULU KAMI DI KAMPUNG HANYA TERIMA MAKLUMAT DARI HANYA SALURAN YANG SATU TETAPI SEKARANG CUMA KLIK SAJA MACAM-MACAM MAKLUMAT YANG KAMI PEROLEHI, BERALIHLAH KE MEDIA ALTERNATIF

Selasa, 20 Januari 2009

SELAMAT TAHUN BARU CINA

zwani.com myspace graphic comments

zwani.com myspace graphic comments

zwani.com myspace graphic comments


Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.
Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

video

Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Mat hadir di majlis menyambut tahun Baru Cina. Arkib koleksi pemimpin bersama rakyat 2008

RAKYAT TOLAK BN



Lihatlah apa yang mereka perkatakan

Isnin, 19 Januari 2009

IMPIAN UMNO TERSASAR - NIK AZIZ

Impian Umno pecahkan Pakatan Rakyat tersasar - Nik Aziz
Salmah Mat Husain Mon Jan 19, 09 2:38:38 pm

KOTA BHARU, 19 Jan. 2009 (Harakah) - Usaha Umno dengan bantuan media massa mahu memecahkan Pakatan Rakyat makin tersasar. Ia dibuktikan dengan keputusan pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu, kelmarin.

Sokongan masyarakat Cina dan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat bertambah sebanyak 949 undi berbanding Mac 2008, sebaliknya Barisan Nasional (BN) hilang sebanyak 2,310 undi. Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kemenangan calon PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu membuktikan masyarakat pelbagai kaum khususnya Cina semakin menerima PAS.

Katanya, apa yang lebih penting kesepakatan Pakatan Rakyat telah berpadu tenaga sehingga berjaya dibuktikan pada pilihan raya kecil itu. "Saya amat bersyukur di atas kemenangan tersebut kerana sekaligus akan merapatkan hubungan dengan masyarakat Cina khasnya DAP yang sebelum ini dianggap ekstrem.

"Dalam masa yang sama kemenangan ini juga berjaya merapatkan hubungan gerakan Islam yang dibawa PAS untuk dihayati semua pihak," ujarnya di sini semalam. Menurutnya juga kemenangan tersebut membuktikan Islam bukan sebagaimana didakwa pihak lawan sebagai parti yang ekstrem dan menghalang kemajuan.

Katanya DAP khasnya golongan muda yang dianggap penentu kejayaan calon PAS dianggap memahami perjuangan dibawa PAS melalui usaha penerangan yang dijalankan sejak dahulu sehingga sekarang. "Golongan muda memahami Islam melalui pembacaan, perbincangan dan penerangan yang disampaikan berbanding golongan tua.

"Orang tua ni ? orang tua laa? golongan tradisi, orang Melayu pun menerima Islam kerana tradisi bukannya kerana pengajian," ujarnya. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, walaupun media begitu hebat berkempen untuk memenangkan calon BN, namun rakyat tetap menolak BN.

Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi mengalahkan calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu Sabtu lalu. Calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.

video

video

APA MEREKA KATA

Sabtu, 17 Januari 2009

TERIMA KASIH DAN TERIMALAH HAKIKAT


video
Kerana memudahkan kami mengenal sikap sebenar BN.

  • Menukar kakitangan kerajaan ke kawasan pendalaman atas dasar mendera bukan diatas dasar tugasan kerana tidak bersama BN. Mereka yan terlibat tetap aktif sebarkan maklumat sebenar apabila bertemu kepada masyarakat di pendalaman, dengan ini parti pembangkang dapat berkembang.
  • Menyekat bantuan apabila menyokong parti pembakang, semakin ramai yang bersimpati kepada keperitan hidup rakyat, dengan ini tahulah siapa sebenarnya yang mahu membela rakyat.
  • Sikap media perdana yang sentiasa berat sebelah apabila menyampaikan maklumat kepada rakyat, memudahkan lagi rakyat mengenal sikap kejujuran kerajaaan BN.
  • Memberi bukan atas dasar tangungjawap kerajaan tetapi atas dasar kepentingan parti.
  • Setiap arahan dan peraturan bukan memudahkan tetapi menyusahkan kakitangan awam demi menjaga kemenangan BN.
  • Menaikan harga minyak menyebabkan harga barangan naik mendadak dan rakyat menderita menangung kos perbelanjaan sara hidup, hingga sekarang harga barang masih belum turun dengan harga yang sepatutnya dinikmat oleh rakyat.
  • Isu kaum selalu ditimbulkan untuk mendabik dada merekalah pejuang pembela orang melayu dan kaum lain, sedangkan islam mengangap orang yang paling mulia ialah orang yang paling bertakwa.
  • Pelajar universiti disekat kebebasan mereka sedangkan mereka adalah bakal menjadi pemimpin di masa hadapan. Mereka adalah orang yang bijak pandai yang dapat menilai seseorang pemimpin yang berwibawa.
  • Mempersendakan hukum Allah tentang hudud.Hukum Allah bukan hukum PAS. Rakyat dapat menilai siapa sebenarnya yang mahukan Islam.

video

BULAN TERANG DI KUALA TERENGGANU

PAS rampas Parlimen Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada BN apabila calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut, menang dengan majoriti 2,631 undi.

Abdul Wahid yang juga Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu memperoleh 32,883 undi menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mendapat 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, hanya menerima 193undi, sekali gus hilang deposit.

Manakala undi rosak pula adalah sebanyak 665 undi manakala peratusan keluar mengundi ialah 79.73 peratus atau 63,967 pengundi. Analisa awal oleh pengalias politik di IPT menunjukkan PAS menang dengan majaroti 2000 undi. video

GAMBARAN AWAL, MIMPI NGERI BUAT UMNO

  • Analisa politik - Profesor Jabatan Sains Politik institusi pengajian Tinggi Awam meramalkan PAS menang dengan majoroti 2000 undi.
  • Tuan Guru Nik Aziz - berkeyakinan PAS boleh menang di Kuala Terengganu.
  • Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat - PAS boleh menang, melihat daripada sokongan serta sambutan penggundi terhadap majlis yang diadakan.
  • Pengundi Cina - Mahukan pemimpin yang bersih dan mudah dampingi rakyat, semasa susah dan senang.

Terima kasih kepada

  • Semua pengundi-pengundi parlimen Kuala Terangganu.
  • Semua petugas-petugas daripada Pakatan Rakyat (PAS, Keadilan Rakyat, DAP) serta pecinta kepada kebenaran dan keadilan.
  • Pasukan keselamatan.
  • Petugas-petugas SPR.
  • Petugas Media beratika.

Tahniah dan syabas kepada YB Mohd Abdul Wahid Endut yang dapat merampas kerusi parlimen Kuala Terangganu daripada BN.Takbir!.

Jumaat, 16 Januari 2009

MENUJU KE PUNCAK KEMENANGAN

video

RAMALAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA P36

Penganalisa politik di IPT meramalkan PAS boleh menang dengan kelebihan 2000 undi. Sama-samalah kita sasikan keputusanya pada malam 17 Jan. 2009. Selamat mengundi, pilihlah calun PAS. PAS untuk semua.

Khamis, 15 Januari 2009

RAKYAT SUDAH MUAK DENGAN BN

Rakyat luar bandar

  • Jalan kampung tidak dibina, bila ada pilihan raya kecil baru hendak buat.
  • Baja guna cap Dacing (beli gunakan duit rakyat).
  • Anak-anak mereka diugut oleh JKKK apabila diminta untuk mentandatangani borang pemohonan kerja di Jabatan Kerajaan.
  • Balai Orang Ramai hanya boleh digunakan oleh UMNO dan BN.

Kakitangan Kerajaan

Akhirnya rakyat luar bandar dan kakitangan kerajaan senyap-senyap:



DENGARLAH APA YANG MEREKA LUAHKAN

Rabu, 14 Januari 2009

TAHNIAH


takbir


Kepada semua petugas-petugas yang bertungkus lumus menolong dan membantu semasa pilihan raya kecil bagi memenangkan calun PAS YB Mohd Wahid Endut bagi kerusi Parlimen Kuala Terangganu. Tahniah dan syabas daripada kami.

  • Analisa politik - Profesor Jabatan Sains Politik institusi pengajian Tinggi Awam meramalkan PAS menang dengan majoroti 2000 undi.
  • Tuan Guru Nik Aziz - berkeyakinan PAS boleh menang di Kuala Terengganu.
  • Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat - PAS boleh menang, melihat daripada sokongan serta sambutan penggundi terhadap majlis yang diadakan.
  • Pengundi Cina - Mahukan pemimpin yang bersih dan mudah dampingi rakyat, semasa susah dan senang.

PILIHAN YANG TEPAT










UNDILAH DENGAN PENUH YAKIN
Analisis : Pensyarah ramal PAS menang majoriti 2,000
Intan Abdullah I intan@harakah.net.my Wed Jan 14, 09 10:53:05

KUALA TERENGGANU,14 Jan. 2009 (Harakah) - PAS dijangka memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan kira-kira 2,000 undi majoriti. Analisis demikian dikemukakan oleh seorang profesor Jabatan Sains Politik sebuah institusi pengajian Tinggi Awam kepada Harakahdaily.
Menurutnya, undi Melayu masih kekal iaitu diperolehi sama rata antara calon PAS dan BN namun berdasarkan perkembangan terbaru, terdapat kira-kira lima hingga lapan peratus pengundi yang tiada arah atau atas pagar yang bertukar status kepada 'silent voters'. "Mereka ini pada kebiasaannya akan menyokong pembangkang yakni Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi.
Jelasnya, pengundi Cina pula akan memberikan sokongan kepada PAS disebabkan mereka terkesan dengan diskriminasi BN. "Apatah lagi dengan isu penutupan markaz DAP di kampung Cina baru-baru ini menambahkan lagi kebencian terhadap Umno-BN," ujarnya.
Tambahnya, isu terbesar yang membuatkan pengundi Cina begitu benci pada BN adalah tindakan Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail yang menyatakan bahawa bangsa Cina adalah golongan pendatang. Katanya lagi, isu tersebut telah digunakan habis-habisan oleh pihak PAS yang menyebabkan pengundi Cina merasa didiskriminasi oleh BN.

Isnin, 12 Januari 2009

POLITIK PERKAUMAN?

Jangan terpengaruh politik perkauman – TPM

KUALA TERENGGANU 12 Jan. 2009 (Utusan Malaysia) – Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa masyarakat India di Parlimen Kuala Terengganu supaya tidak terpengaruh dengan mainan politik perkauman yang menjadi taktik pakatan pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil yang sedang berlangsung sekarang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, masyarakat India perlu memastikan sokongan yang berterusan kepada Barisan Nasional (BN) yang selama ini, telah terbukti prihatin dengan masalah rakyat termasuk golongan minoriti. ‘‘Masalah kaum India kita bincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet dan kita cuba cari penyelesaiannya. Dan banyak tindakan pun telah kita ambil.

‘‘Atas sebab itu jangan pula kita ambil tindakan yang di luar cara kita. Cara kita berunding ialah dengan mencari persetujuan bersama untuk selesaikan masalah masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum. ‘‘Kita percaya boleh capai (persetujuan) dengan syarat kita berpakat dan bekerjasama. Kerjasama yang tulen bukan hipokrit.,” katanya ketika berucap pada majlis pertemuan dengan masyarakat India di Parlimen Kuala Terengganu di sebuah hotel di sini hari ini.
Hadir sama, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu; Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam; Naib Presiden MIC, Datuk S. Sothinathan dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berharap, masyarakat bukan Melayu memahami bahawa UMNO bukanlah sebuah parti yang ekstrem seperti yang cuba digambarkan oleh pemimpin pembangkang. Kata beliau, sebaliknya satu dua kenyataan pemimpin dari parti UMNO yang dibangkitkan pembangkang sebelum ini, bukanlah satu ukuran yang mencerminkan polisi sebenar UMNO.

‘‘UMNO itu parti, satu dua pemimpin yang buat kenyataan yang tak kena, memang kita tak boleh elak. ‘‘Itu bukan gambaran polisi UMNO yang sebenarnya, sederhana. Kita tidak pernah ekstrem. UMNO tidak ada polisi ekstrem. Kita adil kepada semua komuniti dan kaum,” tegas Najib.

video

KAMI LIHAT DAN KAMI UBAH

video

BOIKOT BARANGAN AMERIKA ISRAEL DAN JANGAN SOKONG BENTUK KEZALIMAN