HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 10 Januari 2009

TPM: JANGAN TERMAKAN GULA-GULA

KUALA TERENGGANU 10 Jan. 2009 (Utusan Malaysia) - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan masyarakat Cina di kawasan Parlimen Kuala Terengganu agar tidak terpengaruh dengan 'gula-gula' parti politik luar yang hanya datang menunjukkan muka di musim kempen pilihan raya ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebaliknya jasa Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti selama ini tidak harus dilupakan kerana BN tidak pernah sesekali mengenepikan wakil masyarakat Cina dalam kerajaan negeri.

''Tak payahlah orang lain nak gula-gulakan satu dua hari ini. Tapi bila puak satu lagi perintah masa tahun 1999, mereka tak bagi tempat pun kepada kaum Cina. ''Hanya BN sahaja yang berikan. Waktu pilihan raya ini ada orang datang bagi buah limau tapi janganlah kita terpedaya, tertipu kerana inilah mainan politik parti lawan sedangkan selepas pilihan raya, kita sendiri yang perlu jalani kehidupan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Jalinan Mesra Perpaduan Bersama Timbalan Perdana Menteri yang melibatkan kira-kira 1,000 anggota jawatankuasa Rukun Tetangga di daerah Kuala Terengganu di sini malam ini.

Hadir sama Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang. Timbalan Perdana Menteri pada majlis itu turut menyerahkan komputer kepada pegawai pejabat Jabatan Perpaduan Daerah seluruh negeri Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan