Pemimpin Pakatan Rakyat gabung tenaga di Kuala TerengganuSalmah Mat Husain Foto Wan Zahari Wan Salleh Thu Jan 08, 09 8:28:07 pm MYTKOTA BHARU, 8 Jan (Hrkh) - Usaha Umno mahu memecah perpaduan Pakatan Rakyat ternyata tidak menjadi kenyataan apabila hubungan mesra antara pemimpin utama semakin erat sekarang.Situasi itu dapat dilihat apabila pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat turun membantu calon PAS di Kuala Terengganu, antaranya Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, biar pun Pakatan Rakyat baru dibentuk tahun lalu, namun hubungan antara satu sama lain jelas terjalin."Sebelum ini pihak lawan mendakwa tiada kesepakatan antara PAS dan DAP terutamanya berhubung isu hudud. Sedangkan keadaan sebaliknya berlaku."Perpaduan sekarang lebih baik dan harmoni khususnya pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu Selasa lalu," katanya di sini.Oleh itu katanya, situasi tersebut dapat membantu PAS bagi merampas kembali kerusi parlimen Kuala Terengganu yang terlepas kepada BN sejak 2004.Selain itu dapat juga dilihat kehadiran penyokong Pakatan Rakyat pelbagai kaum jauh mendahului BN pada hari penamaan calon. "Sebenarnya banyak faktor yang memberi isyarat awal kepada calon PAS untuk mengatasi BN pada pilihan raya 17 Januari ini. "Selain itu ditambah masalah dalaman Umno yang semakin buruk. Begitu juga isu rasuah, politik wang, gagal membela nasib rakyat marhain, harga barang masih tinggi menjadi antara sebab calon PAS mempunyai peluang cerah," katanya.Beliau juga berkata, perpaduan Pakatan Rakyat lebih menyeluruh apabila pemimpin DAP antara yang terawal mengutuk kekejaman zionis Israel terhadap umat Islam Palestin sedangkan pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) menyepi.Katanya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng antara pemimpin Pakatan Rakyat yang terawal menyuarakan kekesalan dan kesedihan terhadap perlakuan tentera Israel terhadap penduduk Islam di Palestin."MIC dan MCA sudah lama bergabung di bawah bumbung BN, namun setiap kali masalah kemanusiaan berlaku di Palestin, kita belum pernah mendengar kecaman dibuat pemimpin mereka. "Jadi buktikan di mana berlakunya tiada persefahaman, tiada persepakatan dan perpaduan parti gabungan dalam Pakatan," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan