HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 20 Mac 2017

AKHIRAT MATLAMAT


Udara segar di waktu pagi
Suasana kehijauan menjadi indah 
Kualiti ilmu semakin tinggi
Kualiti emosi semakin rendah



Waktu pagi udaranya nyaman
Suasana redup kerja tidaklah penat 
Islam sesuai sepanjang zaman
Kebaikan dikerjakan akhirat matlamat

• Pemandangan indah di waktu pagi.
• Potong rumput di halaman rumah.

Selasa, 7 Mac 2017

TIDAK DAPAT BR1M JANGAN BIMBANG


Pokok condong akan ditebang
Buahnya dah tua sungguh lebat

Tidak dapat BR1M jangan bimbang
PRU 14 wang akan diberi masih belum terlambat


Tepi kolam disusun batu
Pokok hijau serta bunga-bungaan
Harga minyak kenderaan tidak menentu
Harga naik rakyat menanggung beban

• Pokok kelapa di tepi laut.
• Pokok-pokok menghijau serta bunga-bungaan.

Jumaat, 3 Mac 2017

SEMOGA DIPERMUDAKAN KEHIDUPAN


Waktu pagi terang berderang
Petang hari macam nak hujan
Umur meningkat banyak yang kurang
Sakaratul maut semoga Allah permudahkan



Di depan rumah santai sarapan
Ada kalanya hanya makan roti
Di saat kematian hanya doa dan harapan
Surga ditempatkan semoga  Allah rahmati

• Semoga Allah permudakan dalam urusan kehidupan.
• Sarapan padi sebelum mulakan kerja.