HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 30 Ogos 2012

MENUNGGU SAAT REBAH KE BUMI


Bukit berbatu di kawasan kuari 
Kolam di gali mengindahkan gerai 
Kesedaran tiada tunggu berkecai 


Persekitaran hijau cantik sentiasa 
penjagaan rapi persekitaran dihias 
Negara korap perlu dibebas 

• Atas: Kawasan berbukit bersebelahan gerai makan di jalan Kedondong. 
• Bawah: Kediaman rasmi menteri besar Kedah di Seri Mentalon.

Selasa, 28 Ogos 2012

JANGAN BIARKAN MARWAH TERGADAI


Persekitaran indah bersih kehijauan 
Rehat makan sekeluarga penuh santai 
Kepercayaan hilang maruah bangsa tergadai 


Ke Seri Mentalon menghadiri jamuan 
Pelbagai bangsa sesak nikmati hidangan 
Semangat rakyat hilang akibat kekecewaan 

• Atas: Santai bersama keluarga menikmati hidangan di kediaman rasmi MB Kedah.
• Bawah: Pemandangan Seri Mentalon dari hadapan jalan besar.

Jumaat, 24 Ogos 2012

KEFAHAMAN BUKAN ALASAN TANGGUH HUDUD


 " Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan ". - Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat.(sila tekan)

  • Gambar atas: Pemandangan di jeti Lumut, Perak.

Khamis, 23 Ogos 2012

SUASANA RAYA


Masa lemak rebung buluh umbut kelapa 
Dicampur lontong jamuan raya 
Masa raya inilah peluang berjumpa 
Walau pun sekejap persahabatan tetap mesra 


Waktu subuh ke masjid Pokok Sena 
Bangun awal sudah terjaga 
Suasana raya di kampung cukup sederhana 
Sanak saudara ramai datang kawan ada juga 

• Atas: Pemandang di halaman waktu pagi. 
• Bawah: Pemandangan di waktu subuh di jalan besar pecan Pokok Sena.

Isnin, 20 Ogos 2012

BERJIMAT SEBELUM KEHABISAN


Berehat di pondok tunggu hujan reda 
Duduk berlunjur sebelah kaki di tangga 
Pastikan balik nanti duit masih ada 
Tunggu gaji bulan depan lama juga 

Gurau senda tepi tangga 
Pekena tea tanpa gula 
Gaji bulan depan lama juga 
Kena jimat poket kering pening kepala 

video

• Atas: Pemandangan di halaman rumah. 
• Videoklip: Dengan kawan-kawan di pondok paman.

Jumaat, 17 Ogos 2012

SEMOGA SELAMAT

Ukir Mall mulai dibuka 
Bangunannya indah tempat berniaga 
Padu cermat janganlah leka 
Semoga kesampaian temui keluarga


Bunga menguning merah pun ada 
Indahkan persekitaran di jalanraya 
Salah silap bergurau senda 
Mohon kemaafan mengakhiri bicara

• Atas: Ukir Mall di Bandar Alor Setar yang baru dibuka. 
• Bawah: Pemandangan di lampu isyarat di jalan Sultanah dekat tol Langgar.

Rabu, 15 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA EDUL FITRI 1433

 

Burung berkicau hari dah siang 
Suasan hening di desa mendamaikan 
Ramadan akan pergi Syawal datang 
Maaf dipohon kita tidak sunyi kesilapan 

Pemandangan indah di kampong Tualang 
Persekitaran sawah indah kehijauan 
Selamat hari raya semoga selamat pulang 
Hati-hati di jalan raya di masa perayaan

• Youtube: Ampunilah dosa kami ya Allah.

Jumaat, 10 Ogos 2012

RAKYAT TIDAK MUDAH LUPA


Pergi ke Jitra jalan pintas dekat 
Singah di Bukit Pinang beli kelapa 
Mendabik dada juara perpaduan rakyat tidak lupa 

Jalan jauh terasa penat 
Rehat di pondok persekitaran tenang 
Juara perpaduan hanya impian kosong 

• Atas: Pemandangan di Taman Tasik Darul Aman Jitra.

Khamis, 9 Ogos 2012

RAKYAT MARA KEHADAPAN


Sungai bersih tempat mandi 
Airnya jernih tiada pencemaran 
UMNO hilang arah rakyat selesa bersama Pakatan 


Pemandangan indah penuh kehijauan 
Cantik bersih tempat persingahan 
Barisan kecundang hilang arah jujuan 

• Atas: Pemandangan di kampong Yoi, Pokok Sena, Alor Setar. 
• Bawah: Halaman masjid Al Bokhary, Alor Setar.

Rabu, 8 Ogos 2012

RAMADAN SEPULUH YANG AKHIR


Berehat di wakaf bersebelahan kereta 
Wakaf cantik kayu diukir 
Ramadah akan meninggalkam kita 
Perbanyakkanlah ibadah sepuloh yang akhir 


Hujan lebat sawah tengelam 
Surutnya cepat sungai di hadapan 
Pohonlah keampunan di sepertiga malam 
Semoga diterima dengan penuh harapan



• Atas: Pemandangan di kawasan masjid Al Bokhary, Alor Setar. 
• Bawah: Kawasan sawah di Kepala Bendang, Tualang, Pokok Sena. 
• Youtube: Ampunilah dosa kami ya Allah.

Ahad, 5 Ogos 2012

PEMIMPIN DAN RAKYAT


Ambil air di atas titi 
Air diisi di dalam baldi 
Rakyat dinafi demi mengangkat kepentingan perbadi 


Atas terusan dibena titi 
Titi kayu muda dibena 
Susah senang rakyat dikongsi bersama 

• Atas: Pemandangan di sawah kampong Kubang Lintah, munkim Lepai. 
• Bawah: Jalan Tualang Pendang.

Jumaat, 3 Ogos 2012

KEMENANGAN YANG DINANTI-NANTIKAN


Menunggu isteri mundar mandir 
Bila bertemu terus ke pekan 
Kemenangan berganda kita doaakan 


Dapatkan maklumat di computer riba 
Berehat santai cuaca cerah 
Semoga rezeki datang mencurah-mencurah 

• Atas: Pemandangan selepas kuliah di Seri Mentalon, kediaman rasmi MB. 
• Bawah: Buluh madu hiasan halaman.

Khamis, 2 Ogos 2012

KEMENANGAN SEMAKIN HAMPIR


Burung merak hiasan taman 
Berehat santai nikmati pemandangan 
Benteng rapuh berkecailah Barisan 


Ke Seri Mentalon hadiri kuliah 
Kuliah bulan Dato' Menteri Besar Ustaz Azizan 
Pemimpinnya lari hilangnya keyakinan

• Atas: Taman mini burung di Seri Mentalon di Alor Setar, Kedah. 
• Bawah: Dewan Seri Mentalon di kediaman rasmi MB Kedah.

Rabu, 1 Ogos 2012

BERSABARLAH JANGAN TAKUT


Singgah di taman rusa cuma sebentar 
Ambil gambar teruskan perjalanan 
Rakyat bersama masa menentukan 


Rehat santai di kawasan halaman 
Halaman masjid bersih ceria 
Penyelewengan berluasa memusnahkan negara 

• Atas: Taman rusa di UUM Sintok, Kedah. 
• Bawah: Kawasan masjid Zahir, Alor Setar. 
• Youtube: “ Jangan Takut ”.