HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 21 Januari 2017

TUGAS ADALAH AMANAH


Rehat santai di ruang hadapan
Sarapan pagi sudah dibeli
Hilang pertimbangan musnahkan kehidupan

Dunia sementara akhirat tempat kembali 



Rehat sekejap di tepi kolam ikan
Hidang siap untuk sarapan
Tolong menolong dalam kebajikan
Jangan sampai hilangnya kepercayaan

• Kawasan pondok di depan rumah.
• Sarapan pagi di tepi kolam.

Isnin, 16 Januari 2017

RAKYAT TERUS ISTIQMAH


Dari Alor Setar ke KL Sentral
Naik EST separuh harga
Rakyat mengharap jangan terjual
Jika rugi jangan berbangga



Berdiri di kapal terbang berangan-angan
Dari Putrajaya ke Pokok Sena
Terus istiqmah menuju kemenangan
Fitnah dan cacian tidak kemana-mana

• Menunggu ETS di Stesen Alor Setar untuk ke KL Sentral.
• Bergambar di sebuah cafe di Salak Tinggi.