HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 31 Julai 2016

SABAR DAN NIKMAT


Taman Tasik Taiping sungguh indah
Airnya jernih luas membiru

Pendapatan kurang janganlah susah
Sentiasa berusaha sabar selalu



Jalan kampung disusuri
Pemandangan luas sawah padi

Nikmat yang telah ada disyukuri
Jangan berbelanja lupa diri

  
• Taman Tasik Taiping pemandangan di waktu petang.
• Kawasan sawah padi di kampung Tualang.

Rabu, 27 Julai 2016

SENTIASA BERSEDIA


Lori balak lebih muatan
Kenderaan bersebelahan kena waspada
Mahasuci Allah sentiasa menjadi sebutan

Dijemput pulang sentiasa bersedia


Berhenti sekejap di depan papan tanda
Ke Sungai Sari ziarah kawan

Suami isteri kena juga bergurau senda
Rumah tangga harmoni carilah kebahagian  

  
• Kenderaan berat membawa muatan lebih.
• Papan tanda LGM bersebelahan Kolej Kominiti Mara Kuala Nerang.

Isnin, 25 Julai 2016

UCAP KATA DAN REZEKI


Pokok ditoreh sudah pun siap
Rehat sekejap balik berjalan

Kata yang kita diucap sering tersilap
Jika terluka maaf-maafkan



Waktu petang terasa panas
Lena sekejap terus terjaga
Rahmat Allah teramat luas

Rezeki yang yang datang tidak terhingga
  
• Jalan pintas ke Kg. Bukit Tembaga dari kebun.
• Rehat dan baring di atas teratak.

Sabtu, 23 Julai 2016

UMUR PANJANG DALAM KETAATAN


Kerja di kebun terasa penat
Badan berpeluh jaga kesihatan
Badan sihat terasa nikmat
Umur panjang dalam ketaatan



Waktu petang terasa panas
Lena sekejap terus terjaga
Rahmat Allah teramat luas

Rezeki yang yang datang tidak terhingga
  
• Bersikan daun-daun yang tidak diperlukan.
• Pemandangan di waktu petang.

Jumaat, 22 Julai 2016

AKHIRAT MATLAMAT


Kebun bersih segar tumbuh
Pokok menghijau persekitaran terang 
Berbelanja berhemah simpanan kukuh
Masa memerlukan tidak perlu berhutang


Potong rumput di waktu pagi
Rumput karpet depan halaman
Sentiasa bersedekah tidakkan rugi

Akhirat matalamat buat bekalan
  
• Kebun pisang tepi rumah.
• Potong rumput karpet halaman depan.

Khamis, 21 Julai 2016

SENTIASA BERSYUKUR


Berhenti kereta di tepi sawah
Singgah di warung minum air
Berbelanja bersederhana tidaklah mewah
Rezeki datang bergolek tidak terfikir


Sapu sampah bersihkan daun
Rumput dipotong persekitaran terang
Kesenangan yang ada jangan terpegun
Bila-bila masa boleh hilang 
  
• Jalan-jalan di Gunung Keriang waktu petang .
• Bersihkan halaman bahagian belakang rumah.