HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 29 Julai 2012

RAKYAT MAMPU LAKUKAN KEJUTAN


Sarang labah-labah di tepi rumah 
Anaknya kecil jelas kelihatan 
Perlu berubah bersama Pakatan 


Waktu petang pemandangan indah 
Ungas-ungas berterbangan jelas dilihat 
Ubah sekarang sebelum terlewat 

• Atas: Sarang labah-labah di halaman rumah. 
• Bawah: Pemandangan di waktu petang di halaman.

Khamis, 26 Julai 2012

JANJI PAKATAN


Petang hari suka ka Pendang 
Cari teluk masin telur itik 
Pakatan menang rakyat akan senang 

Tinggal selesa di kawasan desa 
Air bersih jernih persekitaran kehijauan 
Rakyat dinafi sepanjang masa 

Atas: Padi di kawasan Pendang.
Bawah: Pemandangan di sebuah sungai di desa.

Isnin, 23 Julai 2012

BICARA BUAT TUAN GURU

Masa berlalu bergerak pantas 
jika dikejar terasa penat 
Bicara lembut namun tegas 
Dikasihi disayangi sekelian rakyat 

Ke pasar Ramadan hati-hati membeli 
Pembaziran dielakan jamuan diteliti 
Pemimpin ummah disukai mudah digauli 
Nasihatnya berguna menyejukkan hati




• Youtube: Puisi buat Tuan Guru – Yatt Hamzah.

Jumaat, 20 Julai 2012

MELEPASKAN SATU KESUSAHAN


Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, nescaya Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim nescaya Allah SWT akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat kelak. Allah SWT sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya. (riwayat Muslim)



Youtube: Semanis kurma - dompet isteri. bersama Yatt Hamzah

Selasa, 17 Julai 2012

GENERASI BERMAKLUMAT SUKAR BUAT BARISAN


Jalan kaki di hospital tidak terasa penat
Persekitarannya hijau bersih hilang keletihan
Gulungan muda generasi bermaklumat


Getah dtoreh perlulah mahir 
Supaya jangka hayat pokok tidaklah singkat
Undi Pakatan Rakyat pilihan muktamat

• Atas: Kawasan Café hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah. 
• Bawah: Kebun getah muda di Bukit Kapal, Pokok Sena.

Isnin, 16 Julai 2012

KEMENANGAN DIHARAP DALAM KEPAYAHAN


Pergi ke hospital buat rawatan 
Rehat sebentar lihat persekitaran
Kempen propaganda tidak berkesan 


Persekitaran hospital bersih kehijauan 
Cantik terurus sejunya pemandangan 
Dikejar tak dapat bakal keciciran 



• Atas: Kawasan hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah. 
• Bawah: Pemandangan halaman hospital dilihat dari atas.
• Youtube: himpunan oren ke istana negara.

Khamis, 12 Julai 2012

KEANGKUHAN AKAN TERSUNGKUR JUA AKHIRNYA


Hari cuti pergi berkelah 
ke sungai Congkah di negeri Selangor 
Sombong dan angkuh UMNO tersungur 


Kawasan air terjun tempat berehat 
Persekitaran hijau pemandangan indah 
Rosak pemimpin Negara musnah

• Atas: Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor. 
• Bawah: Kawasan air terjun Tekala, Hulu Langat, Selangor.

Selasa, 10 Julai 2012

SEMOGA SEMUANYA SELAMAT


Naik motor membawa raga 
Pergi ke dusun kutip durian 
Jenayah menakutkan rakyat curiga 


Tahan taut di kawasan paya 
Teringin makan ikan haruan 
Ayuh mara sampai ke Putrajaya 

• Atas: Dusun durian di kampung Pancur, Pokok Sena, Kedah. 
• Bawah: Kawasan paya di Titi Haji Idris, Langgar.

Ahad, 8 Julai 2012

TAK KENAL MAKA TAK CINTA


Ke Pasaraya Tesco tidak berkereta 
Pergi bersendirian beli ada yang terlupa
Tidak kenal maka tak cinta 


Ke ‘Welyn Garden’ naik kereta 
Guna kereta jenama Proton Saga 
Sudah kenal tidak terkata



• Atas: Membeli keperluan dapur di Tesco hertford UK. 
• Bawah: Ziarah kawan di Welwyn Garden UK. 
• Youtube: Real Abby Abadi tetamu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Sabtu, 7 Julai 2012

RAKYAT PERLUKAN PEMBELAAN


Tiada hujan terasa panas 
Pergi ke kebun senaja berjalan 
Rakyat bawahan sering ditindas 

Hari cuti mandi di sungai 
Pergi sekeluarga naik kereta 
Rakyat bawahan menanggung derita 

• Atas: Kebun pisang di kebun getah tanaman semula, Bukit Lala 
• Bawah: Sungai Chongkak di Hulu Langat, Selangor.

Selasa, 3 Julai 2012

MUSNAHNYA IMPIAN


Berehat santai di tepi sungai 
Kedinginan di hiasi suasana kehijauan 
Sokongan terhalang hilanglah tumpuan


Pergi ke College ziarah anak orang kampong 
Bangunan lama cantih terurus 
Sebab dan musibah harapan terputus 



• Atas: Tempat rekreasi bersebelahan kawasan Universiti Cambridge UK. 
• Bawah: Bangunan Hallbury College 2 km dari Pekan Heartford. 
• Youtube: ' Masuk UMNO bukan jadi benteng UMNO - Dr. Maza '.