HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 31 Disember 2015

RAKAN DAN KAWAN


Angin bertiup menderu-deru
Mentari terik sejuk membantu
Kawan datang sentiasa kami tunggu
Eratkan persabahatan terjalin selalu



Makan bubur bekas kelapa
Minum pula kelapa muda

Tanda ingatan kami sekeluarga
Salam dikirim semoga sentiasa ceria 

  
• Bergambar bersama Dr. Fauzi dan anak-anak.
• Makan tengahari bubur daging ayam.

Khamis, 17 Disember 2015

ISLAM PENYELAMAT UMMAH



Waktu pagi cuaca cerah
Sebelum kerja rehat sebentar
Hanya islam penyelamat Ummah
Apa pun rintangan biar pun sukar




Kait limau purut terasa penat
Rehat di pangkin penat berdiri
Perjuangan Islam akhirat adalah matlamat
Dasar dipertahankan punyai harga diri
 
 
• Rehat santai di waktu pagi.
• Kait limau purut untuk jual di pasar.

Isnin, 14 Disember 2015

PEMIMPIN TERBUANG



Rehat di halaman di waktu petang
Tunggu biri-biri masuk kandang
Jika pemimpin sudah terbuang
Nasihat dan teguran tidak dipandang



Kawasan sawah masih berair
Padi di sawah sudah dikerat

Pemimpin terbuang rasa terpinggir
Simpati rakyat menguatkan semangat

  
• Rehat santai di waktu petang.
• Kawasan sawah di kampung Tualang.

Ahad, 13 Disember 2015

MENGEKALKAN KEMENANGAN



Santai di halaman cuaca cerah
Setelah pulang dari pasar
Kepercayaan pengundi hilang pemimpin bertelagah
Mengharap kemenangan kemungkinan sukar




Persekitaran hijau bersih indahkan halaman
Sarapan pagi dengan isteri sering bersama 
Sokongan rakyat kepada Pas sentiasa berterusan
Susah senang sentiasa bersama

  
• Sarapan pagi di halaman rumah.
Minum di kawasan kolam.

Sabtu, 12 Disember 2015

BICARA PEMIMPIN


Jalan ke Langgar naik kereta
Lawat ke rumah tradisional letak kereta di tepi

Kata diucap seindah kata
Air mata tanda simpati



Halaman rumah ditanaman rumput
Rumput hijau perlu dibaja 
Prinsip perjuangan sering disebut
Kemahuan rakyat jangan dinoda

 
• Rumah tradisional di pekan Langgar,
Rumput karpet menghias laman.

Jumaat, 11 Disember 2015

KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI


Melihat kehijauan rehat seketika
Angin bertiup bagaikan meniti
Isteri disayangi bukan cantiknya muka
Kata-kata diucap menyejukan hati



Duduk di kampung guna air telaga
Ikan di sungai mudahnya dapat
Ketaatan isteri amat berharga
Di dunia aman membawa akhirat
 
• Berehat di halaman di waktu pagi.
Guna air telaga pakai pam.

Khamis, 10 Disember 2015

BUDAYA CANTAS MENCANTAS


Kawasan halaman sudah dibersih
Badan berpeluh terasa letih
Bila hati sudah terguris
Teramat sukar keruh menjadi jernih




Sarapan pagi rasa berselera
Minum santa i di tepi kolam
Matlamat tercapai menghalalkan cara
Demi tercapai maksud yang mendalam
 
 
• Bersihakan halaman di waktu pagi.
Sarapan santai di tepi rumah.

Rabu, 9 Disember 2015

BILA PEMIMPIN SUDAH TERBUANG



Balik kebun terasa penat
Duduk di tangga  cuaca  terang
Bila pemimpin sudah dipecat

Kuasa hilang macam terbuang


Tepi kolam disusun batu
Nampak cantik sekadar hiasan
 
Pemimpin dan ahli perlu bersatu 
Jika retak pasti akan hilang sokongan
 
• Berehat di tangga  pondok di depan rumah.
Kawasan kolam di tepi rumah.

Sabtu, 5 Disember 2015

HIDUP PERLU DITERUSKAN


Santai di kolam sudah tersedia sarapan 
Sambil nikmati sarapan melihat ikan
Hidup di dunia perlukan pengorbanan

Apapun rintangan perlu diteruskan



Udara pagi terasa segar 
Persekitaran hijau bertambah indah
etiap rintangan ada jalan keluar
Dari kegelapan melihat cerah

 
• Sarapan pagi di tepi kolam.
• Bergambar dengan kawan-kawan di hadapan teratak.

Selasa, 1 Disember 2015

MANA MUNGKIN


Rehat di teratak mengantok tertidor
Bangun terjaga badan lenguh

Sampan dinaiki sudah bocor
Untuk ke pantai masih jauh



Pergi ke sawah bawa bekal
Peralatan yang akan dibawa tersedia sudah

Jika cukai terlalu mahal
Mana mungkin kereta murah

 
• Teratak di hadapan rumah.
• Sawah di kawasan Tualang.

Sabtu, 28 November 2015

HIDUP BERMASYARAKAT


Naik kenderaan bersama kawan
Bermain di halaman di waktu petang
Hidup bermasyarakat mana mungkin bersendirian

Terimalah hakikat apa yang kurang


Tinggal di pendalaman guna kereta
Jalan kampung tanah merah

Apalah ada banyaknya harta
Dipandag tidak jiran yang susah

 
• Bermain dengan kaw an di halaman.
• Jalan ke kampung gambar lama.

Selasa, 24 November 2015

TAMBAH PENDAPATAN


Waktu pagi sudah di reban
Beri dedak itik makan
Gaji kurang tambahlah pendapatan
Hidup di kota penuh cabaran



Potong rumput bersihkan halaman
Rehat sebentar tunggu sarapan
Barang mahal jual di pasaran
Duit di tangan jarang tersimpan


• Memberi itik makan di waktu pagi
• Potong rumput di halaman rumah.

Sabtu, 21 November 2015

JASA IBU SUKAR DIBALAS


Potong rumput beri makan lembu
Waktu petang diambil cuaca tak panas

Tidak terbalas jasa ibu
Jasa yang dicurah tidak terbalas




Waktu petang duduk di halaman
Menunggu biri-biri itik sudah diberi makan
Ibu masih ada terabai jangan
Sudah tiada jangan terkilan


• Pemandangan di sawah di waktu petang.
• Berehat di waktu petang di tepi halaman.

Isnin, 16 November 2015

RAKYAT JANGAN DITINDAS


Mentari pagi sudah pun terang
Persekitaran dilihat sudah pun cerah
Kedamaian diharap pastinya hilang
Jika menindas rakyat yang lemah



Sarapan pagi pulut berinti
Santai di kolam sebelum bertugas
Sokongan rakyat jangan dikhianati

Bertindaklah dengan akal yang waras

• Pemandangan di waktu pagi di halaman.
• Sarapan pagi di kawasan kolam.

Ahad, 15 November 2015

AKAL MANUSIA TERBATAS


Sahut menyahut suara unggas
Suasana pagi mulai cerah
Akal manusia amat terbatas
Panduan hidup ugama Allah



Waktu pagi sudah di halamam
Halaman hijau udara segar
Jika kesempitan berputus asa jangan
Jangan bersedih terus bersabar


• Pemandangan di waktu pagi di halaman.
• Pemandangan di waktu pagi.

Khamis, 12 November 2015

SANTUNILAH IBU-BAPA KITA


Embun pagi daun segar
Persekitaran hijau pengelihatan terang
Menjaga ibu-bapa yang sudah tua banyakan bersabar
Tiba masanya pada kita pasti berulang


Pondok rehat bahagian hadapan
Bekas jelapang terbiar lama

Ibu-bapa banyak berkorban
Tanpa mereka siapalah kita

• Pemandangan di waktu pagi di halaman.
• Pemandangan di waktu pagi.

Selasa, 10 November 2015

BERILAH MEREKA HARAPAN


Merenung jauh rehat keletihan
Rumput dipotong tepi halaman 

Mereka yang memerlukan berilah pertolongan
Jika bukan harta berilah sokongan dan harapan




Udara segar di waktu pagi
Pokok menghijau menghiasi halaman
Sahabat dan rakan ramai dah pergi
Kehidupan kita perlu diteruskan

• Membersihkan kawasan halaman.
• Pemandangan di waktu pagi.

Isnin, 9 November 2015

PEMIMPIN DAN RAKYAT

Mentari pagi cahayanya bersinar
Udara dingin ditiup angin
Penimpin menipu rakyat dah sedar

Kuasa rakyat yang ada diguna sebaik mungkin


Rehat di halaman di waktu petang
Halaman menghijau pemandangan cerah

Kebenaran diperjuangkan pastinya menang
Lambat dan cepat terus istikomah

• Pemandangan di waktu pai di halaman.
• Pemandangan di waktu petang.

Ahad, 8 November 2015

FITNAH JADIKAN A MALAN



Pulut kelapa masin buat sarapan
Kopi O panas jadi kegemaran
Fitnah memfitnah sudah menjadi amalan 
Kebenaran sudah hilang dalam perjuangan



Melihat kebun dari jendela
Tidur sekejap menghilangkan penat
Berita  didengar sentiasa berwaspada

• Mempelam telor segar masak di pokok.
Melihat kebun dari jendela rumah.

Khamis, 5 November 2015

RAKYAT DIBEBANI KENAIKAN HARGA BARANGAN


Duduk di kolam makan mempelam
Masak di pokok segar rasanya enak
Nilai ringgit jatuh menjunam
Barang di pasaran sentiasa meningkat naik




Sarapan di halaman rasa selesa
Sambil melihat kawasan kebun
jika rasuah sudah berleluasa
GST dilaksana menambah beban  


• Mempelam telor segar masak di pokok.
• Sarapan di tepi kebun di belakang rumah.

Khamis, 29 Oktober 2015

JANGANLAH LUPA


Pokok sirih tumbuh melata
Tumbuh meliar di tepi kolam
Diuji kepayahaan jangan rasa derita
Kekayaan diberi jangan pula tengelam


Balik kebun baring terlena
Baring sekejap hilangkan penat
Biar pun hidup serba sederhana
Keberkatan dicari matlamatnya akhirat

• Pokok sirih hidup meliar di tepi kolam.
• Rehat di pondok kawasan rumah.

Rabu, 28 Oktober 2015

REZEKI HALAL MEMBAWA BERAKAT


Pokok menghijau cerahnya langit
Air telaga  diguna masih selamat
Rezeki halal membawa berkat
Hidup di dunia akhirat matlamat




Jalan pintas ke UUM ikut yang dekat
Masa convo pintu dibuka
Pendapat banyak atau sedikit perlulah berkat
Membawa kebahagian bersama keluarga

• Pemandangan di waktu petang di Bukit Lala. 
• Jalan di kawasan UUM Sintok.

Jumaat, 23 Oktober 2015

GUNTING DALAM LIPATAN


Kerja di kebun terlalu penat
Balik rehat terus bersarapan 
Teguran diberi demi kesejahteran rakyat
Mana mungkin gunting dalam lipatan



Buat pangkin dari papan
Papannya kukuk bukan sebarang

Teguran diberi demi kebaikan
Akibat buruk sangka terus terbuang

• Sarapann santai di tepi kolam. 
• Pangkin rehat di belakag bilik.

Selasa, 20 Oktober 2015

MASYARAKAT HARMONI



Pergi ke sawah lalu di titi
Menabur baja di waktu petang
Hidup bermasyarakat hormat menghoramati
Pupuk persaudaraan dengan kasih sayang



Minum kopi di waktu petang
Burung terbang berkicau-kicauan
Hidup bermasyarakat pandang memandang
Semoga hidup sentiasa aman 

• Kawasan sawah di Kubang Lintah. 
• Kawasan kolam di halaman.

Ahad, 18 Oktober 2015

SOKONGAN RAKYAT TIDAK BERUBAH


Mentari pagi sinarnya cerah
Berehat santai di hari minggu 
Sokongan rakyat masih beristikomah
Kemenangan menanti rakyat menunggu




Persekitaran hijau suasana indah
Tempat rehat hilangkan penat

Sokongan rakyat tidak berubah
Sentiasa beramanah tidak khianat


• Suasana santai di tepi kolam.
• Pokok menghijau menghias halaman rumah.