HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 31 Disember 2008

UNDI PAS-DAP DAPAT PAHALA?

Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD
KUALA TERENGGANU 30 Dis 2008 (Utusan Malaysia) - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menjelaskan kedudukan orang Melayu yang menyokong DAP sedangkan ia secara terang-terangan menentang Islam. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, jika Menteri Besar Kelantan itu boleh mengeluarkan 'fatwa' sesiapa mengundi Pas mendapat pahala daripada Allah, maka beliau perlu menjelaskan kedudukan orang Melayu yang menyokong parti bukan Islam.


Beliau menegaskan, jika orang Melayu menolak Barisan Nasional (BN) berdasarkan 'fatwa' itu, bagaimana pula kedudukan orang Melayu di negeri lain yang menyokong DAP dan parti bukan Islam lain.Jelasnya, Nik Abdul Aziz perlu berbuat demikian bagi mengelakkan kekeliruan kerana selagi penjelasan itu tidak dibuat, maka 'fatwa' beliau mengenai dosa dan pahala terbukti semata-mata bertujuan untuk memancing undi.

''Saya fikir kenyataan Menteri Besar Kelantan itu tidak mungkin boleh mempengaruhi pengundi Melayu di sini kerana mereka semua tentunya berniat baik, mengundi BN kerana inginkan kebaikan dan kesejahteraan. ''Apakah mengundi BN mendapat dosa? Beliau harus buat penjelasan berhubung Melayu yang menyokong DAP," katanya selepas menziarahi penghuni Rumah Pangsa Seri Kolam di sini hari ini.


Beliau yang juga calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang mendakwa mana-mana pengundi yang mengundi Pas akan mendapat pahala daripada Allah. Wan Ahmad Farid mempersoalkan adakah berdosa jika masyarakat Melayu mengundi BN yang sentiasa melaksanakan pelbagai program untuk kebaikan dan kesejahteraan umat. ''Apakah mereka yang menyokong kerajaan BN yang ternyata banyak melaksanakan pembangunan, sekolah, masjid dan kemudahan lain itu berdosa hukumnya," ujarnya.

Menurutnya, beliau tidak hairan dengan 'fatwa' berkenaan kerana pemimpin Pas sering mengeluarkan fatwa menjelang pilihan raya. ''Yang anehnya fatwa menghukum hanya dikeluarkan kepada Melayu di Kuala Terengganu tetapi di negeri lain tidak," katanya.

Arkib ucapan pemimpin : Senator D. Wan Ahmad Farid Wan Salleh

Arkib ucapan pemimpin: Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat - Dosa pahala

Apa Mereka Kata

Isnin, 29 Disember 2008

AR-RAHNU DI POKOK SENA

Sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu X'Change telah dibuka dengan rasminya pada 30 Desember 2008 bertempat di premis No. 111A Taman Bunga Sena, Jalan Besar 06400 Pokok Sena Kedah. Ia dikendalikan oleh Koperasi Jabatan Kesihatan Kedah Berhad dengan kerjasama Bank Rakyat Malaysia.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Mangsor Saat (Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia). Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh imam masjid Bandar Baru Pokok Sena pada jam 9.45 pagi dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Y. Bhg. Tuan Haji Fadzil Ahmad (Pengerusi Kop. Jab. Kesihatan Kedah Bhd.) dan Y. Bhg. Datuk Kamaruzaman Che Mat (Pengarah Urusan Bank Rakyat).

Selesai ucapan Y. Bhg. Dato' Mangsor Saat telah memotong riben, tanda perasmian Ar-Rahnu X'Change dengan disaksikan oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah Koperasi, tetamu jemputan serta orang ramai. Beliau telah masuk ke permis tersebut untuk melihat sendiri perjalanan sistem yang dijalankan. Beliau telah diberi penerangan oleh Pengerusi Koperasi dan kakitangan Ar-Rahnu. Majlis disudahi dengan jamuan makan tengah hari.

Arkib ucapan pemimpin : Sistem pajak gadai Islam Ar-Rahan di Kelantan.

YAKIN KEMENANGAN

Photobucket
BERI SALAH, TAK BERI KALAH, KEDUA-DUANYA SERBA SALAH, RAKYAT BIJAK TOLAK YANG BATIL KEMENANGAN PASTI TERSERLAH
Nik Aziz yakin kemenangan PAS, hudud diterima
Harakahdaily Mon Dec 29, 2008 12:30:22 pm
KUALA TERENGGANU, 29 Dis (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat yakin akan tiba masanya dimana semua pihak akan menerima perlaksanaan undang-undang Islam termasuk termasuk Hudud dan Qisas.

"Projek besar kita tengok...Islam ni projek besar, sepuluh tahun dua puluh tahun, Nabi Muhammad 23 tahun. Saya ni 20 tahun dah, pelik apa kalau lambat sikit,? katanya kepada para wartawan Buletin Online selepas Majlis Pelancaran Jentera Bantuan dari Negeri Kelantan bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, di Masjid Hiliran, di sini semalam.


Beliau juga turut yakin dengan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu akan datang dan ini berdasarkan kepada sokongan semua pihak yang semakin meningkat kepada PAS berbanding dengan beberapa tahun lalu.
"Benda-benda PAS kata sekarang ni banyak dah orang terima. Dulu...usahkan Hudud, sebut kata politik Islam pun orang tak boleh terima.Sekarang ni Melayu, PAS pun terima, Melayu Umno banyak sokong PAS dah sekarang ni, Cina pun sokong,?katanya.

Justeru beliau berharap semua warga Parlimen Kuala Terengganu akan mengundi calun PAS pada 17 Januari depan. "Saya berdoa kepada Allah dan minta rakyat semua, Cina Melayu PAS dan UMNO sokong calon PAS, usahkan orang PAS, Umno pun saya minta untuk sokong (calon PAS),? katanya.


APA MEREKA KATA

Arkib koleksi ucapan pemimpin : Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat - Kita semua adik beradik.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). - Al-Hujuraat : 13


Ahad, 28 Disember 2008

Rabu, 24 Disember 2008

SELAMAT MENYAMBUT 1430H

Photobucket
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Selasa, 23 Disember 2008

MAHFUZ MENANG LAWAN UTUSAN

Photobucket
Harakahdaily Foto Nasir Sudin Tue Dec 23, 08 2:43:26 pm MYT
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut.

Mahfuz, selaku plaintif, menfailkan saman itu pada 2001 dengan menamakan ketua pengarang kumpulan akhbar berpengaruh Utusan Malaysia (ketika itu) dan penerbitnya sebagai defendan-defendan.


Beliau mendakwa defendan pertama telah dengan sengaja dan niat jahat membenarkan penerbitan dan percetakan kata-kata yang mengandungi unsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001. Mahfuz mendakwa penerbitan perkataan-perkataan itu menyebabkan dia menanggung malu dan menjejaskan kredibiliti di kalangan masyarakat. Beliau yang bertindak sebagai Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan mengarahkan defendan meminta maaf serta menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya.


Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada Mac 2002 pula menyatakan artikel "Demonstrasi Mahfuz isytihar bersama Keadilan" yang disiarkan itu adalah benar dari segi kandungan dan fakta dan menafikan bahawa ia bersifat fitnah.


Arkib koleksi ucapan pemimpin: YB Mahfuz Omar dalam HUJAH TV9

Jumaat, 19 Disember 2008

ISU PAPAN TANDA DI P.PINANG

Nik Aziz pertahan papan tanda tulisan Cina

PASIR PUTEH 20 Nov. 2008 - Kerajaan Pas Kelantan hari ini mempertahankan keputusan Pulau Pinang menggunakan papan tanda jalan dalam tulisan Cina walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang membantah cadangan tersebut sehingga menimbulkan kontroversi.
Menurutnya, sesuatu yang menghairankan apabila cadangan tersebut dibangkang sedangkan pada masa sama rakyat negara ini dibenarkan berkomunikasi dalam bahasa Cina malah bersekolah di aliran Cina.''Bahasa dan tulisan itu saling berkait malah Islam memahami bahasa itu adalah nikmat tetapi pelik pula apabila cadangan menulis papan tanda dalam bahasa Cina dibantah.
''Namun pada masa sama, rakyatnya dibenarkan bertutur dalam bahasa Cina, bersekolah Cina, membenarkan surat khabar Cina diedarkan malah sesetengah rancangan di radio juga menggunakan bahasa sama," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan bangunan makmal Pengajian al-Quran dan Hadis (MQH) di Masjid Majidiah, Wakaf Berangan di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz berharap isu tersebut dapat diatasi kerana ia hanya merenggangkan hubungan sesama kaum di negara ini.''Sekarang ini kaum lain di Pulau Pinang semakin memahami Islam kerana Ketua Menterinya, Lim Guan Eng gemar menggunakan ketokohan pemimpin Islam silam dalam ucapannya, jadi lebih baik isu tidak dipanjangkan'' katanya.

ARKIB KOLEKSI UCAPAN PEMIMPIN

Sambutan Tahun Baru Cina di Kota Baru Kelantan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

Ucapan pengerusi kelab penyokong (PAS Cina) Hu Phang Chow

Rabu, 17 Disember 2008

DUTA EU DAN MB KELANTAN

Harakah : Thu Dec 18, 2008 11:17:22 am
Presiden Kesatuan Eropah, Marc Barety melahirkan rasa kagum dengan corak pentadbiran yang diamalkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz di negeri itu.

Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar yang terdiri daripada Duta serta wakil Kesatuan Eropah (EU) dalam satu kunjungan ke negeri Serambi Makkah, baru-baru ini. Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech, Poland, Hungary, Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom, Belgium, Romania,Italy, Denmark dan Findland. Berikut adalah sedutan dialog antara Marc Barety dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Kota Darul Naim seperti dicatatkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Annual Bakri Haron.

Marc Barety: Memulakan persoalan, Tuan Guru diminta supaya menjelaskan apa-apa pencapaian yang mungkin dapat dikongsikan sepanjang 18 tahun mentadbir kerajaan negeri.

Tuan Guru Nik Aziz: Terima kasih kembali kepada tuan-tuan yang sudi mengunjungi sebuah negeri yang memilih untuk berbeza dari parti yang memerintah Malaysia di peringkat Pusat. Sebenarnya, saya bukan sengaja memilih untuk berbeza semata-mata kerana ingin atau gemar untuk berbeza. Kami membuat pilihan ini untuk "mendidik atau lebih tepat mengajar" kepada seluruh rakyat bahawa Islam itu begini. Demokrasi itu begini.

Seawal-awalnya kita perlu faham bahawa bumi ini kepunyaan Allah. Dialah Tuhan kita dan Dialah Yang Maha Pencipta. Dia yang membuat semua ini. Jika manusia kata manusia tercipta lebih dahulu, lalu manusia mencipta alam, maka di mana pula manusia awal itu tinggal. Jika dia berada di atas tanah, siapa yang mencipta tanah? Jika dia kata dia berada di udara, maka siapa pula yang mencipta udara? Siapa yang mencipta oksigen untuk manusia itu bernafas?

Mustahil alam dan bumi ini terjadi dengan sendiri. Ini kerja Allah. Dari-Nya jua segala planet dan alam ini berasal. Oleh kerana itu, maka Allah sahajalah yang berhak menurunkan perintah dan larangan dalam sebuah sistem hukum, undang-undang dan peraturan.

Ia dimuatkan ke dalam al-Quran. Untuk melengkapkan ia menjadi sebuah manual ? bertindak sebagai pengatur yang bersifat ?how to use? ? maka Allah turunkan Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi inilah yang menterjemahkan segala peraturan yang disebut sunah - untuk diikuti dan dicontohi akhlaknya atau bagaimana untuk hidup sebagai seorang hamba yang menumpang muka bumi yang dimiliki oleh Allah ini.

Ertinya, saya atau kami seluruh rakyat Kelantan memilih Islam demi untuk membetulkan landasan hidup. Saya mentadbir negeri ini dari sejak 1990 atas nama Islam untuk mengembalikan perjalanan hidup manusia dari landasan yang salah yakni mengabdikan diri sesama makhluk melalui pelbagai isme ciptaan kepada mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Pencipta semata-mata. Disamping itu, kami datang untuk membetulkan dan memulihkan demokrasi yang telah dengan teruknya dikhianati.

Dengan agenda sebesar itu, kami mula bergerak perlahan-lahan. Mula-mula saya perintahkan semua simpanan wang kerajaan dipindahkan ke dalam Bank Islam. Ini dilakukan untuk mengelakkan kerajaan berlanggan dengan sistem ekonomi yang menindas yang dilandasi riba. Riba ini sebenarnya penghisap darah. Sejurus selepas itu, saya didatangi oleh satu rombongan pengurus-pengurus bank yang merayu saya tidak berbuat demikian. Saya menjawab bahawa tidak ada apa yang salah mengenai saya tetapi yang salahnya ialah tuan-tuan dan dasar kapitalis yang menindas hasil amalan bank tuan-tuan. Mereka senyap.

Dari sinilah bermulanya era pengislaman bank-bank di Malaysia. Semakin banyak bank-bank yang mula membuka dua kaunter. Kini, sudah semakin banyak bank-bank yang beroperasi menggunakan instrumen kewangan Islam sepenuhnya. Lebih kurang dua bulan yang lepas misalnya, saya dijemput untuk merasmikan pembukaan Hong Leong Islamic Bank. Menjawab persoalan tuan; maka ini semua berupa pencapaian.

Satu lagi perkara ialah kita tidak berminat untuk membesar-besarkan faktor bangsa. Apa yang saya perbesarkan ialah perihal bersamanya kita semua ini kerana kita datang dari keturunan yang satu yakni Adam dan Hawa. Kita berada dalam sebuah keluarga yang besar, yang bertolak dari benih dan keturunan Adam yang sama. Dengan ini, saya menyemai perasaan kasih sayang, perasaan kebersamaan dan adik beradik. Tidak timbullah dasar dan amalan menindas dan berkembangnya perasaan curiga, dengki mendengki yang menekan dan mendiskriminasi. Di sini, kita telah berjaya meruntuhkan tembok tebal yang memisahkan kita sesama kita sekian lama. Sebaliknya, kita semai perasaan hormat menghormati, saling bantu-membantu, hidup tolong menolong dan berbantu simpati.

Inilah latarbelakang kepada timbulnya program-program seperti kifaalah, skim bantuan armalah, ladang rakyat dan pelbagai lagi program 'mesra rakyat' demi membantu kumpulan sasar yang terdiri dari golongan bawahan dan fakir miskin. Ambillah contoh kifaalah sebagai misal. Bagi setiap kematian yang melibatkan rakyat kami yang berusia 60 tahun ke atas, bantuan sejumlah RM2,500 secara automatik diberikan. Istimewanya program ini ialah ia disumbangkan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, bahasa dan keturunan. Inilah contoh dan bukti dasar-dasar non-diskriminasi yang kami maksudkan.

Dalam masa yang sama, saya selalu membuat kenyataan bahawa untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, ?orang itu? bagi saya tidak perlu seorang Melayu. Dia boleh jadi seorang berketurunan Cina atau India asalkan dia seorang yang warak, bertakwa dan alim. Semua faktor ini menjadi punca kepada cenderungnya pengundi bukan Islam memberi undi kepada calon Islam dari parti PAS dalam pilihan raya yang lalu.

Boleh Tuan Guru memberi satu liputan mengenai projek-projek pembangunan dalam sektor perumahan, perbandaran dan perhotelan dalam konteks industri pelancongan?

Kerajaan negeri tidak akan menghalang mana-mana negara luar yang ingin melabur dalam sektor perhotelan dan industri asalkan ianya tidak melanggar peraturan teras dari negeri ini. Umpamanya dalam bidang perhotelan, mereka mestilah tidak menyediakan kemudahan berjudi, minuman beralkohol dan pelbagai kegiatan maksiat. Untuk kegiatan judi pula, kami haramkan seratus peratus kerana ia aktiviti yang cukup tidak sihat. Orang bodohpun boleh menang manakala orang intelek pula boleh menjadi kalah dan papa kedana. Ia permainan yang tidak menggunakan akal dan membunuh ikhtiar. Bagi minumam arak dan alkohol, ini kita kawal. Kita kawal pemberian lesen premis kerana menghormati budaya hidup non-Islam.

Bagi projek perumahan, kita kenakan syarat minimum untuk pemaju membina rumah tiga bilik sekurang-kurangnya. Ini untuk mengasingkan tempat tidur ahli keluarga berasaskan perbezaan jantina antara ketua keluarga, anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan selaras dengan anjuran Nabi Muhammad s.a.w.

Besok akan berlangsung sebuah mesyuarat penting antara ketua-ketua negara EU untuk mencari langkah-langkah sesuai dalam menangani isu kemelesetan ekonomi dunia. Dalam konteks Kelantan, apakah ada terdapat sebarang langkah untuk menghadapi ancaman dari masalah ekonomi ini?

Pada saya, ekonomi tidak bermasalah tetapi manusia yang bermasalah dan sedang dengan sengaja menimbulkan masalah. Jika dikaji punca sebenar, ia boleh bermula dari pertemuan yang teramat sulit yang pernah diatur oleh enam orang banker di Jekyll?s Island. Dipengerusikan oleh Senator Aldrich dan dihadiri oleh tokoh-tokoh bank yang mewakili Rockefeller, Morgan?s, Warburg?s dan Rothchild?s; mereka memutuskan untuk menubuhkan Federal Reserve System. Inilah punca awal kepada wujudnya wang Fiat yang dicetak tanpa diasaskan kepada sandaran emas.

Wang Fiat dicipta dan dicetak dari kegiatan memberi hutang (money is created from debt). Kemunculan sistem ekonomi kapitalis yang membawa elemen riba dan bunga ini adalah satu bentuk penindasan sebenarnya. Dengan pelbagai instrumen kewangan, ia menindas massa. Umpama lintah darat, riba memeras dan menghisap darah. Yang kaya melakukan monopoli untuk terus kaya dan semakin kaya manakala yang miskin pula akan terus dimiskinkan, akan terus menerus ditindas untuk akhirnya menjadi papa kedana. Sebenarnya, jika tidaklah kerana ketamakan dan kerakusan, segala kesenangan yang disediakan oleh Allah SWT ini memang mencukupi. Ia cukup untuk kegunaan semua. Masalah yang ada adalah penyakit tamak. Kapitalis yang mengaut, membolot dan membuli. Krisis kewangan dunia ini berpunca dari sini.
Dalam agama Islam, Allah melarang duit membuat duit. Mana boleh kita duduk diam-diam, tiba-tiba duit datang berterusan. Itu namanya riba. Sebab itulah Kelantan dari awal lagi bila nak bagi pinjaman pada kakitangan untuk pembelian rumah, kenderaan dan komputer, mereka tidak dikenakan riba dan ini amat menyenangkan hati rakyat negeri ini. Ini satu contoh kecil bagaimana kami boleh menjawab soalan tuan tadi.

Dalam Islam, ayat al-Quran yang paling panjang ialah ayat-ayat yang menghuraikan isu ekonomi. Ini membuktikan bahawa agama Islam ini lengkap. Ia satu sistem yang mampu diamalkan. Bahkan ia adalah formula mutlak yang terbaik; penyelesaian dan jawapan kepada segala perkara.

Saya mahu tanya satu soalan politik tempatan. Saya perhatikan PAS, DAP dan KeADILan mempunyai perbezaan dasar parti yang cukup ketara. Tidakkah ini sebuah kesukaran untuk berlakunya persefahaman yang kordial?

Menyentuh tentang masalah hubungan dengan DAP misalnya. Saya lihat, itu mungkin dulu. Kini, saya tidak fikir demikian. Tidak lagi. Dulu misalnya, mereka agak cenderung melihat kami ini ada membawa pengaruh Taliban. Kini saya lihat sudah ada perubahan sikap. Mereka lebih banyak cuba memahami.

Dalam banyak contoh yang ditunjukkan, saya dapat lihat mereka semakin terbuka hasil dari bertambahnya kefahaman. KeADILan pun sama. Paksi perjuangan mereka adalah keadilan. Ini cukup selaras dengan perjuangan Islam yang menjadi teras perjuangan PAS. Tiada erti Islam itu jika tiada keadilan. Jadi sekali lagi, kita menjangkakan kita tiada masalah.

Arkib koleksi ucapan pemimpin : Ulasan Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat tentang hubungan PAS dengan Ugama lain dan DAP

Selasa, 16 Disember 2008

TANAMAN VANILA

Vanila bahan perisa yang dihasilkan dari tumbuhan orked yang memanjat. Rata-rata masyarakat di Malaysia kurang mengetahui bahawa vanila merupakan sejenis tumbuhan.Pokok vanila adalah sejenis tumbuhan spesis orked. Ramai yang tahu tentang betapa harumnya vanila bila diadun bersama makanan, contohnya kek.

Namun ramai juga yang menganggap bahawa vanila adalah perasa tiruan semata-mata.Pembuat kek sudah pasti pernah menggunakan bahan perisa cecair dari botol kecil yang dilabel perisa vanila. Untuk pengetahuan semua kebanyakan perisa tersebut adalah tiruan.

Perisa tulen dikenali sebagai ekstrak vanila. Ianya mempunyai aroma yang berkali-ganda lebih harum berbanding perisa tiruan. Ekstrak vanila yang terdapat di pasaran antarabangsa sememangnya diketahui mengandungi alkohol. Ini kerana alkohol merupakan bahan pemangkin terbaik dalam menghasilkan ekstrak vanila.Ekstrak vanila digunakan dalam penyediaan makanan, ubat-ubatan, industri membuat tayar dan lain-lain lagi sebagai bahan penghilang bau. Terdapat pilihan lain iaitu menggunakan serbuk vanila yang diperolehi dengan cara mengisar buah vanila.

Sesiapa yang berminat untuk membuka ladang vanila sila hubungi terus kepada Syarikat Rentak Timur Sdn. Berhad atau Vanillabiomatrix Sdn. Bhd.
Agen pemasaran Vanilla kawasan Utara
Sila hubungi:
Puan Siti Rohani Mahamud : HP: 013-3813151
atau En. Alias Ahmad HP: 013-3653151.


Arkib tibla: rakaman dibuat pada Satu majlis ceramah telah di adakan di bangunan DPMM Alor Setar di tingkat 3 pada 3 Mei 2008 jam 2.30 petang . Seramai 30 lebih pesereta telah hadir untuk mendengar tentang penanaman pokok Vanila yang boleh menghasilkan pendapatan RM 60,000.00 setahun dengan jumlah 1000 pokok dengan keluasan tanah sekitar 1/2 ekar. Ceramah di sampaikan oleh En. Nurul Azhar Senior Manager dari Vanillabiomatrix Sdn. Bhd.
Penanaman Vanila di Malaysia

Projek pertanian, Agrotek , untuk rakyat Kedah: Pengulungan Dato Hj Azizan Razak di DUN.

Jumaat, 12 Disember 2008

SIDANG DUN KEDAH

Sebahagian daripada ucapan pengulungan MB Kedah Dato Azizan Razak kepada isu-isu yang dibangkitkan di sidang Dewan Undangan Negeri.

Diantaranya: Masalah belia, Pendidikan, diskriminasi pengunaan bangunan sekolah oleh parti politik, ternakan babi dan lain-lain......

Belanjawan 2009: Kedah gariskan empat strategi
Bashir Ishak Wed Nov 19, 2008 8:02:22 am (Harakah)
ALOR STAR, 19 Nov 2008 - Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak semalam membentangkan Belanjawan 2009 bagi negeri Kedah bertemakan 'Kedah Sejahtera'

Belanjawan 2009 ini menggariskan empat strategi berdasarkan senario ekonomi semasa dan keperluan menjayakan program-program yang ditentukan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Empat strategi tersebut ialah; Merangsang pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat, meningkatkan kesejahteraan rakyat, Memantapkan Modal Insan dan Pembangunan Sosial dan Memperkukuhkan Jentera Pentadbiran Negeri.

Bajet yang dibentangkan ini berjumlah RM 1,287,492,417 merangkumi anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM505,007,757, anggaran pembangunan sebanyak RM 425,990,370 dan anggaran bekalan air sebanyak RM356,494,290.
Manakala kerajaan negeri menganggarkan hasil yang bakal dikutip sebanyak RM487,478,010. Ini merangkumi Hasil cukai sebanyak RM261,403,403,530; hasil bukan cukai RM57,902,310 dan Terimaan Bukan Hasil RM168,172,170. Anggaran hasil kerajaan negeri untuk tahun 2009 meningkat sebanyak 0.5 peratus berbanding tahun lalu (RM484,955,785).

Defisit yang dianggarkan pada tahun hadapan ialah sebanyak RM17,529,747. Sidang Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas bermula semalam dengan dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kedah.

Khamis, 11 Disember 2008

MELAKA TARIK BALIK LARANGAN

Kelantan distinasi pelancung yang unik dan menarik untuk dilawati.

KOTA BHARU 12 Dis. 2008 (Utusan 13 Dis 2008) - Kerajaan Melaka menarik balik arahan yang melarang semua kakitangan agensi kerajaan negeri itu mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, larangan tersebut ditarik balik selepas lapan tahun kerana Pas tidak lagi menuduh ahli-ahli UMNO sebagai bukan Islam.

Bermula hari ini, katanya, agensi kerajaan negeri tersebut boleh mengadakan lawatan rasmi di Kelantan tanpa sebarang sekatan. "Larangan untuk mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan ditarik balik sebab saya tengok mereka (kerajaan Pas Kelantan) tidak lagi mengatakan kita tidak Islam.

"Bermula hari ini semua rakyat Melaka bebas untuk mengadakan lawatan ke sini dan bukan itu sahaja Ketua Menteri Melaka telah datang ke sini sendiri hari ini.
"Sebelum ini ada kita datang tetapi bukan atas nama kerajaan negeri tetapi parti," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Promosi Pelancongan Negeri Melaka di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Aziz Derashid. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka, Datuk Seet Har Cheow.Ia diadakan bagi mempromosikan produk pelancongan Melaka di negeri ini.

Arahan melarang kakitangan agensi kerajaan lawat kelantan

Pada April 2000, Mohd. Ali melarang kakitangan agensi kerajaan negeri Melaka mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan kerana tuduhan Pas yang menyifatkan ahli-ahli UMNO kafir.

Arahan itu bukan bertujuan menganiaya kerajaan pimpinan Pas tetapi bagi memastikan dasar-dasar tidak baik yang dilaksanakan oleh negeri ini tidak dicontohi oleh agensi kerajaan di Melaka.Mohd. Ali yang juga Naib Presiden UMNO berkata, seramai 45,023 rakyat negeri ini melawat Melaka bermula Januari sehingga Oktober tahun ini.

"Jumlah penduduk Kelantan yang melawat Melaka meningkat sebanyak 4,685 orang berbanding hanya 40,338 orang dalam tempoh yang sama tahun lepas.
"Kita berharap pada tahun depan ia akan meningkat sehingga 60,000 orang dengan promosi dan tarikan baru yang disediakan khusus untuk para pelancong lawati," katanya. Tambahnya, ia sejajar
dengan hasrat kerajaan negeri itu untuk mencapai sasaran 8.2 juta pelancong pada 2010 dengan hasil pendapatan sebanyak RM4.2 bilion.

Orang Arab kecek Kelate.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus bukun jalan yang sesat

3 YB DARI POKOK SENA

Photobucket
YB Mahfus Omar : P.8 Pokok Sena Kedah

HUJAH TV9 - Ahli panel : YB Saifuddin Nasution (P.29 Machang, Kelantan) dan YB Dato Khir Toyo.

Sidang dewan Parlimen - Dr. Siti Maria Mahmud (P.111 Kota Raja, Selangor)

  • YB Mahfus Omar - Dilahirkan di Kota Star Kedah.
  • YB Saifuddin Nasation - Dilahirkan di Singapura dibesarkan di Sungai Durian, Pokok Sena Kedah, pekerjaan ibu suri rumah dan bapa pemandu bas.
  • YB Dr. Siti Mariah Mahmud - Dilahirkan di Sungai Durian, Pokok Sena, pekerjaan ibu dan bapa Guru.

Isnin, 8 Disember 2008

HARGA GETAH MERUDUM

Photobucket

Pokok Sena 11 Dec. 2008 – Semenjak tiga bulan yang lalu, kerja-kerja menoreh getah telah mula ditinggalkan kerana pendapatan yang diperoleh tidak seberapa berbanding sebelum ini disebabkan harga getah yang jatuh merudum.

Pada Januari lalu, harga getah sekerap melonjak daripada 30 sen sekilogram kepada RM3 sekilogram.Berikutan kenaikan harga yang mendadak itu, kebanyakan penoreh getah mampu memperoleh pendapatan menjangkau sehingga RM2,000 jika menoreh getah selama dua kali sehari dan dalam tempoh bagi lima hari dalam seminggu. Bagaimanapun sejak Ogos lalu, harga getah sekerap telah jatuh sebanyak 40 peratus kepada RM2.60 sekilogram berbanding RM4.40.Dalam tinjauan Tibla di Pokok Sena mendapati, mereka kini sudah hilang semangat untuk menoreh.Seorang penoreh di Kampung Batu 13 Pokok Sena, Pak Andak Musa 68, berkata, dia kini berehat buat sementara waktu untuk mencari perkerjan yang lebih sesuai.Katanya, menoreh getah kini sudah tidak berbaloi lagi disebabkan harga getah sekerap di pasaran yang jatuh begitu teruk.

Menurutnya harga getah sekerap sekarang cuma berharga RM1.20 sekilogram. Malah, kini dia hanya memperoleh wang torehan berjumlah 60sen sahaja bagi sekilogram getah sekerap. Menurutnya lagi pendapatan yang mampu diperolehnya kini dengan menoreh hanya setakat RM12.00 hingga RM20.00 sahaja berbanding dengan dahulu dimana pendapatan yang mampu diperolehnya sebanyak RM50.00 hingga RM60.00 sehari.

Pemilik kebun getah, Haji Hassan berkata, dia terkejut kerana harga getah jatuh begitu cepat dalam tempoh lebih dua minggu lalu setelah berada pada paras tertinggi. ‘‘Harga getah sekerap RM4.00 sekilogram bulan lepas cukup bagus, tapi turun kepada RM3.50. Beberapa hari selepas itu, ia turun lagi kepada RM2.60 dan sekarang cuma RM1.20. Ada kemungkinan harganya akan turun lagi” katanya.Seorang pesara di Jabatan Pertanian berkata,“Saya berharap kerajaan dapat mengatasi masalah ini kerana ramai penduduk di sini yang cari makan dengan hanya menoreh getah’’. Penurunan harga petroleum menyebabkan permintaan terhadap getah sintetik yang dihasilkan dari petroleum meningkat menyebabkan harga getah asli menurun.

Seorang ibu tunggal membertahu kami "Dengan harga yang akan terus turun kami bimbang kami tidak mampu membeli pakaian dan buku-buku sekolah" katanya. Harga barang makanan masih mahal walaupun arahan oleh kerajaan telah dibuat berkali-kali, namun peniaga masih tidak menurunkan harga barangan.

Sabtu, 6 Disember 2008

IN THE END

Whether you’re right, wrong, black,white,old, young ,rich or poor ....... - In the End

In The End - Yusof Islam.

Jumaat, 28 November 2008

D.RAZALI ISMAIL MENINGGAL

Razali professional, atasi politik kepartian Abdul Aziz Mustafa Sat Nov 29, 08 1:35:28 am MYT

Photobucket Photobucket
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia semalam menjalankan tugas secara professional dan mengatasi politik kepartian.
"Allahyarham Razali bagi saya adalah seorang Timbalan Menteri yang professional dan mengatasi politik kepartian walaupun beliau datang dari negeri yang sangat kuat mendiskriminasikan rakyat yang menentang Umno dan negeri Wang Ehsan (setelah royalti minyak disekat)," katanya.

Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira pukul 6.30 petang semalam. Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar pula menyifatkan kematian Razali sebagai kehilangan yang besar kepada dunia pendidikan. "Kementerian Pelajaran kehilangan Timbalan Menterinya yang sangat berwibawa, komited dan dedikasi kepada tugasnya," katanya.

Allahyarham Razali, kata Mahfuz, sangat memahami dan menguasai bidang pendidikan dan sentiasa memberikan jawapan yang bersemangat mengenai pendidikan di Dewan Rakyat. "Selain sifatnya yang diakui ramai Ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang sebagai baik dan berbudi bahasa, cara Ismail menjawab soalan yang dikemukakan kepada kementeriannya juga menyebabkan beliau dihormati. "Bila menjawab, beliau begitu bersemangat. Saya rasa hampir tidak pernah berlaku ahli-ahli Parlimen pembangkang bercakap dengan kasar kepada Ismail dalam Dewan. "Mungkin ada, tetapi amat sukar diingati perkara sedemikian pernah berlaku," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Razali juga, kata Mahfuz, begitu komited untuk membina generasi muda yang berilmu.

Sebelum menceburi bidang politik, Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu adalah pegawai Kementerian Pelajaran. Mohamad dan Mahfuz mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham, Datin Nooraini Lob Yusoff dan keluarganya.

Rabu, 26 November 2008

EIDUL ADHAR

Photobucket
Pemandangan di Arafah
Photobucket

Ahad, 23 November 2008

LAWATAN KE SCS JABI P. SENA

Photobucket
Sila enter
Lawatan saya di Wisma SCS Jabi, Pokok Sena, pada 24 hb November 2008 adalah sekadar melihat dari dekat jentera-jentera yang ditempatkan bersebelahan dengan pejabat syarikat. Saya telah diperkenalkan dengan PR syarikat kemudian saya telah dibawa ke bilik pameran oleh juruteknik syarikat.

Saya juga telah diberi penerangan tentang jentera-jentera pembajak sawah dan ladang serta peralatan tambahan yang perlu digunakan. Peralatan seperti alat menabur benih, membaja dan lain-lain kegunaan telah diterangkan secara lebih terperinci.

Harga-harga yang ditawarkan amat berpatutan dengan jentera dan peralatan yang diperkenalkan bersesuaian dengan keadaan semasa. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak syarikat yang telah meluangkan masa memberi penerangan dan risalah jentera dan peralatan yang ditawarkan.

Isnin, 17 November 2008

BUANG YANG KERUH

Photobucket

Buang yang KEROH, Ambil yang JERNIH

SEMOGA SELAMAT

PhotobucketAssalamulaikum kepada semua sahabat yang akan bercuti sempena cuti sekolah yang sedang bermula, kami mengucapkan selamat pulang dan berhati-hatilah di jalan raya.

Kepada jemaah haji yang baru berangkat menunaikan ibadah haji diharapkan selamat sampai ke Makkah semoga mendapat haji yang mabrur. Yang belum pergi berazamlah untuk ke sana agar dapat menyempurnakan rukun islam yang ke lima. Yang akan melangsungkan perkahwinan, kami harapkan semoga anda semua bergembira dan cerialah hendaknya.

Setiap usaha yang kita lakukan dengan niat dan jalan yang betul insyaAllah akan berjaya jua akhirnya sama ada di dunia atau Akhirat. Jumpa lagi.

Photobucket

Pemandangan jemaah Haji di Arafah Mekkah.


Ahad, 16 November 2008

DEMI MASA




"Demi Masa, Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mereka beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan tentang perkara hak (kebenaran) dan berpesan-pesan dengan kesabaran. "
(Maksud surah Al-Asr')

Selasa, 11 November 2008

MELAMINE



Photobucket

Melamine ialah sebatian organik yang terdiri daripada karbon ,oksigen dan nitrogen (kandungan N yang tinggi 66%).

Melamine digunakan secara besar-besaran untuk kegunaan industri.

Melamine mempunyai kandungan N yang tinggi.Oleh itu, dengan mencampurkan bahan kimia ini ke dalam susu yang dicairkan akan mengaburi bacaan sebenar tahap protein pada susu tersebut. Penambahan Melamine dalam makanan adalah menyalahi undang¬undang di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Walaupun melamine mudah larut di dalam air dan mudah disingkirkan melalui urin, buah pinggang manusia tetapi mempunyai hadnya tersendiri. Akibatnya, pada dos melamine yang tinggi, ginjal tidak lagi mampu menyingkirkannya
dari tubuh badan manusia.

Oleh itu, kepekatan melamine akan bertambah seterusnya membentuk kristal
yang turut dikenali sebagai batu karang.Pembentukkan batu karang ini akan bertambah saiz dari semasa ke semasa yang akhirnya menyebabkan kegagalan ginjal yang serius.

Pengambilannya melalui makanan boleh mengakibatkan:-

•kerosakan pada sistem pembiakan.
•pembentukkan batu karang dalam ginjal dan
pundi kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan ginjal terutamanya kepada bayi.

Pelupusan biskut yang mengandungi melamine

Jumaat, 7 November 2008

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Photobucket

Kepada:
Sahabat-sahabat di LGM, Darul Hidayah dan semua kaum muslimin dan muslimat di mana saja anda berada. Takbir.

Daripada:

  • Kami sekeluarga.
  • KT84. 2006/1427

Khamis, 30 Oktober 2008

HENTIKAN TABIAT MEROKOK

Photobucket

Bantulah kepada mereka yang memerlukan.

Rabu, 29 Oktober 2008

SEMOGGA MENDAPAT HAJI MABRUR

Photobucket



Pemandangan jemaah Haji (Malaysia & Indoesia) di Arafah.

LAMBAIAN KAABAH - Rombongan pertama mula bertolak

KT84.1427/2006)-Hotel AlHaram-Madinah/SabilaBarakah-Makkah


Khamis, 23 Oktober 2008

Buletin Utama TV3 dibidas

Laporan Buletin Utama TV3 dibidas
Helmi Khalid Thu Oct 23, 08 12:14:17 pm MYT
Kenyataan Akhbar Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah pada 23 Oktober 2008.

Kepada:Semua Ketua BiroMedia cetak/eletronik
Assalamualaikum / Salam Sejahtera

KENYATAAN AKHBAR
Saya amat bersimpati dengan siaran TV3 melalui Buletin Utama bertarikh 22 Oktober mengenai berita banjir di Kedah kerana pemberitanya gagal mendapatkan sumber yang tepat untuk dijadikan bahan berita.
Jika berita yang tidak tepat disiarkan, maka berita itu adalah sesuatu yang boleh digolongkan sebagai:
1. Berita berniat jahat untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri Kedah
2. Berita yang berunsur memburukkan tokoh atau individu tertentu.
3. Atau ia hanyalah imiginasi atau angan-angan pemberita tersebut.
Kerajaan Negeri melalui Pejabat YAB Menteri Besar sejak 21 Oktober telah memulakan lawatan serta menyampaikan sumbangan di Kuala Nerang dan Dun Anak Bukit khususnya.
Pada 22 Oktober, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar, Encik Mohd. Sanusi Md. Nor telah melawat serta menyampaikan sumbangan seperti beras, gula, minyak masak, lampin pakai buang bayi, tuala wanita, biskut dan beberapa keperluan lain di empat penempatan mangsa banjir di Dun Anak Bukit, sebuah di Bukit Pinang dan tiga penempatan di Dun Guar Chempedak.
Selain itu, lawatan dan sumbangan juga dibuat oleh Exco Kebajikan dan Wanita Kerajaan Negeri Kedah, Ustazah Siti Aishah Ghazali di Parlimen Padang Terap dan Pokok Sena.
Exco Kesihatan, Penerangan dan NGO, Dr, Ismail Salleh mengadakan lawatan dan sumbangan di sekitar Alor Mengkudu dan Adun Kubang Rotan, Encik Mohd. Nasir Mustafa atas sifat beliau selaku Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah sentiasa memantau perkembangan banjir di Dun Anak Bukit termasuk menyampaikan sumbangan berbentuk makanan.
Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penghulu dan Majlis Ketua Kampung (MKK) juga telah mengadakan mesyuarat dan tindakan susulan bagi memastikan proses menyalurkan bantuan dan pertolongan berjalan dengan lancar.
Ini tidak termasuk bantuan kecemasan dan laporan semasa oleh pihak MADA, tentera, polis, JPAM dan beberapa agensi lain yang terlibat.
TV3 juga ?highlight? kan bahawa belum ada sumbangan kewangan diberikan setakat ini, bagi saya pemberita berkenaan amat tidak faham mengenai prosedur sesebuah kerajaan baik Pusat mahupun negeri dalam konteks menyalurkan bantuan kewangan.
Adalah amat mustahil selepas baru dua hari dilanda banjir kerajaan akan terus mengeluarkan sumbangan berbentuk kewangan memandangkan kerajaan terpaksa melalui beberapa proses yang melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis, MKK, Penghulu dan sebagainya.
Sedangkan mangsa Tsunami yang berlaku pada Disember 2004 lalu pun sehingga kini masih ada yang belum mendapat pampasan sewajarnya, bagiamanapun jangka waktu empat tahun itu adalah terlalu lama.
Petikan ayat ? sebahagian besar Exco Kerajaan Negeri sedang berada di luar Negara ketika ini? juga mendedahkan berita tersebut hanya sebuah ilusi pemberitanya.
Hanya dua anggota Exco yang berada di luar Negara dalam satu misi menarik pelabur ke Kedah, lawatan kerja mereka bermula sejak 19 Oktober lalu, sementara banjir melanda kawasan mereka pada 21 Oktober.
Misi bantuan dan lawatan akan diteruskan sehinggalah semua mangsa banjir dapat pulang ke rumah masing-masing.
Sekian, terima kasih

Yang Benar
(MOHD. HELMI BIN MOHD. KHALID)Setiausaha Akhbar kepadaYAB Menteri Besar Kedah_

Jumaat, 17 Oktober 2008

DOA MAKBUL

WAKTU DAN TEMPAT DOA DIMAKBULKAN
16 WAKTU DIMAKBULKAN DOA

1. KETIKA MELIHAT KAA'BAH
2. DITEMPAT MELAKUKAN TAWAF
3. DISISI MULTAZAM
4. DIBAWAH PANCURAN EMAS
5. DISISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI
6. DIBELAKANG MAKAM IBRAHIM
7. DIATAS BUKIT SOLAT
8. DIATAS BUKIT MARWAH
9. DITEMPAT SA'I
10. DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK
11. DI MUZDALIFAH
12. DI MINA
13. DISISI JAMRAH AL-ULA
14. DISISI JAMRAH AL-WUSTO
15. DISISI JAMRAH AL-'AQABAH
16. DIDALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)

  1. Makam Ibrahim
  2. Mekah,Ibadah haji, umrah & lain-lain yang bersangkutan
  3. Haji

Isnin, 29 September 2008

SELAMAT HARI RAYA


Selamat Hari Raya Aidul Fitri Syawal 1429

Kepada:-

1. Kawan-kawan dan guru-guru SK Batu 10 Lekir Sitiawan 1962-1968
2. Kawan-kawan dan guru-guru SMR Sitiwan 1969-1971
3. Kawan-kawan di Sek. Iskadar Shah Parit Perak 1972-1773
4. Semua kakitangan Lembaga Getah Malaysia.
5. Pelajar-pelajar Malaysia di sekitar Hertford UK Mei-Ogos 1997.
6. Semua sahabat-sahabat yang mengenali saya.

Selamat Hari Raya Aidul Fitri maaf zahir batin, semogga puasa kita diterima Allah.

Get this widget | Track details | Takbir Raya

Sabtu, 20 September 2008

BALIK KAMPUNG

Hanya tinggal 9 hari saja kita akan meninggalkan Ramadhan, bulan yang Allah penuhi dengan keberkat dan keampunan. Kita mengharapkan tahun depan kita dapat bersua kembali InsyakAllah. Lakukanlah yang terbaik mengikut kemampuan kita.

Bagi yang berkerja di bandar pastinya tidak lupa untuk beraya bersama keluarga di kampung. Inilah masanya kita bertemu sanak saudara. Ibuayah menanti dengan penuh harapan kerana selama ini kita sebuk dengan tugas masing-masing. Yang bertugas, lepas raya pastinya akan pulang jua.

Hati-hati semasa di jalan raya, sentiasa bersabar dan jangan terburu-buru bila memandu, walaupun lambat tiba InsyakAllah kita selamat, kita baru saja menjalani mardrasah Ramadhan. Sekiranya letih berehatlah atau tidur seketika, sayangilah keluarga anda, mereka menanti anda dengan penuh harapan. Harapan mereka harapan kami jua, tanpa mereka siapalah kita "Selamat Hari Raya Aidul Fitri Maaf Zahir Batin , Semoga Amalan kita diterima Allah, Takbir.

Rabu, 10 September 2008

SEPTEMBER 16

16 September (Peristiwa)

1. Hari Kemerdekaan di Papua New Guinea (1975).
2. 1597 - Perang tujuh tahun: Dua belas kapal Korea di bawah pimpinan Laksamana Yi Sun-sin menenggelamkan 31 kapal musuh dan menumpaskan cubaan serangan oleh Jepun.

3. 1810 - Miguel Hidalgo y Costilla, seorang paderi di Dolores, Guanajuato, mengirimkan Grito de Dolores kepada pengikut-pengikutnya, memulakan Perang Kemerdekaan Mexico terhadap Sepanyol.
4. 1941 - Shah Reza Pahlavi dari Iran terpaksa turun takhta bagi membolehkan anaknya Mohammad Reza Pahlavi menaiki takhta.

5. 1963 - Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bergabung untuk membentuk Malaysia.

6. 1982 - Militia Lubnan yang diketuai oleh Elie Hobeika melakukan pembunuhan beramai-ramai di khemah pelarian rakyat Palestin di Sabra dan Shatila.

7. 2008 - Peralehan kuasa (video) - Kenyataan dan harapan

7.1 Apa kata Dr. Mahathir (video)
7.2 DSAI gulingkan DSAB 16 Sept. 2008
7.3 16 September - Sukar BN untuk gagalkan Anwar (Harakahdaily)
7.4 Rombongan BBC ke Taiwan-letak (Siasahdaily)
7.5 Mahathir cuba halang Ku Li sertai Anwar (Siasahdaily)
7.6 Keputusan Dr. M kukuhkan UMNO (Utusan)
7.7 BNBBC nafi Ahli Parlimen terima RM50,000 (Utusan)
7.8 Pemimpin Umno, MCA dan PPP Negeri Sembilan akan umum keluar parti hari ini - Badrul (Harakdaily)

KAWAN LAMA

Photobucket
Shamsuddin Jasin (Baju biru muda)
Petang Isnin 8 Sep. 2008 teringat nak cari kawan lama sudah lama tidak jumpa sejak lepas SPM, dia pindah ke Pahang mengikuti abangnya tinggal sebagai peneroka di Felda. Dia adalah kawan rapat masa di kampung, kawan sedarjah, jiran dan kawan sepermainan.

Saya masih ingat kami adalah pelari yang mewakili Sekolah Keb. Batu 10 Lekir Sitiawan (tahun 1968 / Lekir,termasuk DUN Pasir Panjang / Wakil Rakyat- MB Perak). Kami adalah pelari acara 4x100 meter. Pelari pertama Abu Bakar( tak pernah jumpa sejak keluar sekolah rendah), Saya, Aris (sudah meninggal) dan kawan saya ni (Shamduddin Jasin).

Saya terfikir untuk mencarinya di IT, saya taip Shamsuddin Jasin keluar nama dalam lapuran Portal pendidikan Utusan dan namanya tertera di dalamnya, tetapi gambarnya kurang jelas . Dia bertugas sebagai guru besar di Sekolah Rendah Kuala Kurau, Pahang.

Untuk memastikan ianya sahih pada keesokan harinya saya mendail 103 untuk mendapat no. tel Sekolah. Kerani sekolah memberi no. hp kawan saya dan saya memberi no hp saya. Pada pukul 2.30 petang dia menghubungi saya, memang sahih suaranya masih macam dulu. Alhamdullilah berjaya juga akhirnya saya dapat menjalinkan semula hubungan setelah 20 tahun terpisah.

Sabtu, 6 September 2008

KEISTEMEWAAN BUAH KURMA

Jumlah nutrien di dalam setiap buah kurma memainkan peranan di dalam membantu fungsi badan berjalan lancar. Kandungan serat yang tinggi turut membantu melancar dan mengaktifkan fungsi usus, seterusnya membantu proses perkumuhan dan penyingkiran toksin dari badan.

Kurma juga dikaitkan dengan peranan membantu meningkatkan fungsi sistem badan, sekaligus mencegah penyakit melalui:

@ Pengurangan tekanan darah tinggi, seterusnya mengurangkan risiko angin ahmar dan risiko sakit jantung.

@ Kalium di dalam kurma dapat membantu membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.

@ Kandungan kalium yang tinggi juga mampu merendahkan risiko serangan angin ahmar.

@ Mengelakkan sembelit, radang usus, anemia dan sebagainya.

@ Mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis di samping menyihatkan sel darah merah.

@ Mencegah lemah otot, lesu, barah usus besar dan sengal-sengal badan.

Melihatkan kandungan nutrien dalam setiap biji buah kurma dan khasiatnya untuk kesihatan, diet yang ditambah buah kurma amat disarankan, bukan hanya pada bulan Ramadan, malahan bila-bila masa sahaja.

Tazkirah : oleh Hajjah Irene Handono (Mantan Biarawati)

KENYATAAN DAN HARAPAN

Menjelang 16 September: Ahli Parlimen BN-BBC ke luar negara?
Fri Sep 05, 08 7:46:43 am

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Hrkh) -Ketika ramai mula mempersoalkan sama ada sasaran 16 September Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan ataupun tinggal omong-omong kosong, perikatan pembangkang itu menegaskan, pelan mereka masih utuh dan akan menjadi kenyataan "dalam waktu ini." ..............


BN benar-benar dalam panik - Siasahdaily 5Sep. 2008
PM perjelas ura-ura PR tubuh kerajaan 16 Sept. (Utusan)
Pemukiman BNBBC ke luar negara berfaedah
Program pemukiman bukan halang wakil
Tiada Ahli Parlimen BN lompat parti

Isnin, 1 September 2008

PERUTUSAN MURSYID AM PAS

Perutusan Mursyidul Am PAS sempena Ramadan
Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. Mon 1 Sep 2008 9:27:56 am (Hrkh Daily)

Alhamdulillah kita dipertemukan kembali dengan bulan penuh rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanawataala. Saya merakamkan ucapan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam di pelusuk dunia.

Menjadi kebiasaan kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak tepat dengan pengertian sebenar Ramadan.
Ramadan bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa yakni menahan diri daripada makan, minum dan apa sahaja yang membatalkan puasa kerana takrifan sebenarnya lebih luas lagi.

Puasa juga sebenarnya boleh dilakukan pada bulan lain, seperti yang menjadi amalan sesetengah daripada kita iaitu bulan Rejab dan Syaaban. Sebab itulah penggunaan istilah Ramadan lebih tepat bagi menggambarkan maksud dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan penuh berkat ini.

Ramadan juga membawa maksud bulan kebajikan di mana di dalamnya ada zakat fitrah yang menjadi kewajiban dilaksanakan setiap umat Islam. Umat Islam amat digalakkan bersedekah sebagai melengkapkan amalan ibadat puasa kita di siang hari. Ini kerana di sekeliling kita ada mereka yang kurang bernasib baik. Maka pada kesempatan ini kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.

Oleh itu saya mengajak umat Islam menggunakan kesempatan Ramadan kali ini bagi menggandakan amal ibadat serta memohonkan keampunan daripada Allah Taala

Waktu Solat, Imsyak dan Berbuka Puasa

Selasa, 26 Ogos 2008

TAHNIAH DSAI

Tahniah DSAI & Terima kasih

Tahniah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana telah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh dengan mendapat lebih undi daripada PR ke12.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengundi Permatang Pauh kerana telah membuat pilihan yang tepat, juga tidak ketinggalan kepada semua petugas-petugas dan penyokong Pakatan Rakyat yang telah bertungkus-lumus membantu memenangkan calun kita.

Rakyat sudah matang dan bosan dengan fitnah dan pembohonganm yang melampau-lampau yang siarkan dalam media masa kerajaan. Berilah ruang keadilan kepada rakyat untuk menyuarakannya sama. Rakyat tolak BN sebelum harga minyak turun. Kemenagan akhirnya menyebelahi kita, Takbir.

Dato' Seri Anwar Ibrahim menang besar- Harakah
Anwar ketua pembakang yang baru di dewan Rakyat- Utusan
Solat hajat bersama Tuan Guru Nik Aziz dapat sambutan hangat
Keputusan PRU 12 - Permatang Pauh (P44)

Selasa, 19 Ogos 2008

SELAMAT MENGUNDI

Selamat Mengundi kepada Pengundi Permatang Pauh

Jangan Lupa. Undilah calun dari Pakatan Rakyat (Parti keadilan Rakyat) pada 26 Ogos 2008. Sila datang awal dan jangan lupa bawa kad pengenalan. Pastikan kita menang dan mendapat undi yang lebih besar.

Kita berdoa semoga kita mencapai kemenengan, Takbir.
Apa kata MP Sabah
Bukan 'kerja gila' bentuk kerajaa baru - Anwar
Permatang Pauh (penamaan calun & majlis ceramah)

REFORMASI. REFORMASI. REFORMASI

Isnin, 11 Ogos 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1429

Selamat Menyambut Ramadhan 1429

أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

“Awal bulan Ramadhan adalah rahmat, tengahnya adalah pengampunan dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka”.


Rebutlah Peluang Yang Ada.

Dari Kami Sekeluarga

Selasa, 5 Ogos 2008

RUMAHKU SHURGAKU

Kesejahteraan keluarga adalah kekuatan negara
Izwan Abdul Halim Tue Aug 05, 08 11:30:23 am

BANDAR BAHARU,5 Ogos 2008 (Hrkh) - Kesejahteraan keluarga adalah faktor utama yang menjamin kelangsungan masyarakat dan kerajaan serta kekuatan bagi sebuah negara.
Demikian pertegasan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada Majlis Perjumpaan Menteri Besar Kedah Bersama Pegawai-pegawai Kerajaan dan Orang Ramai Daerah Bandar Baharu di Dewan Sri Serdang di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pelaksanaan Program Baiti Jannati di daerah itu.
Terang beliau, Baiti Jannati bermaksud 'Rumahku, Syurgaku' di mana syurga rumah tangga itu ialah kewujudan sebuah rumah tangga yang penuh dengan kedamaian, kasih sayang dan kemesraan.

"Untuk itu, selain memberi perhatian pembangunan fizikal, kita juga akan memberi tumpuan membimbing rakyat untuk hidup bahagia dan sejahtera," ujarnya menyatakan komitmen Kerajaan Negeri.
Menurut Ustaz Azizan, tidak ada maknanya mempunyai pendapatan tinggi dan wang yang banyak tetapi tidak dapat hidup dalam keadaan stabil, tidak harmoni dan bahagia.
Oleh itu katanya, pembangunan fizikal dan kesejahteraan rumah tangga perlulah seimbang agar segala gejala tidak sihat yang memeningkan banyak pihak dapat dihindari.

Mengulas mengenai permohonan perumahan yang tinggi bagi daerah itu, Ustaz Azizan menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri menerima permintaan dari pelbagai pihak untuk membangunkan daerah itu.
Ujarnya, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) juga telah berhubung dengan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek perumahan.
"Kita perlu kaji dari pelbagai sudut. Kita tidak mahu bila kita membangunkan kawasan ini, penduduk kita terlepas ke tepi," jelasnya.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri sememangnya telah meminta SPNB memberi tumpuan ke Daerah Kulim, Bandar Baharu, Sik dan Baling.
Terang beliau, daerah-daerah itu memiliki banyak tanah untuk dibangunkan tanpa menjejaskan perancangan ekonomi pertanian rakyat.
"Rumah yang disediakan mungkin murah, tetapi infrastruktur dan persiapan prasarana yang perlu kita sediakan terlalu tinggi. Oleh itu kita masih berunding dengan pihak-pihak berkenaan," jelas beliau.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu, Ustaz Yaakub Hussin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan / Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi Negeri), Dato' Bashiruddin Abdul Jamil, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, DSP Annuar Md Nor dan Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu, Syeikh Radzi Abdul Mutalib.