HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 11 Disember 2008

MELAKA TARIK BALIK LARANGAN

Kelantan distinasi pelancung yang unik dan menarik untuk dilawati.

KOTA BHARU 12 Dis. 2008 (Utusan 13 Dis 2008) - Kerajaan Melaka menarik balik arahan yang melarang semua kakitangan agensi kerajaan negeri itu mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, larangan tersebut ditarik balik selepas lapan tahun kerana Pas tidak lagi menuduh ahli-ahli UMNO sebagai bukan Islam.

Bermula hari ini, katanya, agensi kerajaan negeri tersebut boleh mengadakan lawatan rasmi di Kelantan tanpa sebarang sekatan. "Larangan untuk mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan ditarik balik sebab saya tengok mereka (kerajaan Pas Kelantan) tidak lagi mengatakan kita tidak Islam.

"Bermula hari ini semua rakyat Melaka bebas untuk mengadakan lawatan ke sini dan bukan itu sahaja Ketua Menteri Melaka telah datang ke sini sendiri hari ini.
"Sebelum ini ada kita datang tetapi bukan atas nama kerajaan negeri tetapi parti," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Promosi Pelancongan Negeri Melaka di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Aziz Derashid. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka, Datuk Seet Har Cheow.Ia diadakan bagi mempromosikan produk pelancongan Melaka di negeri ini.

Arahan melarang kakitangan agensi kerajaan lawat kelantan

Pada April 2000, Mohd. Ali melarang kakitangan agensi kerajaan negeri Melaka mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan kerana tuduhan Pas yang menyifatkan ahli-ahli UMNO kafir.

Arahan itu bukan bertujuan menganiaya kerajaan pimpinan Pas tetapi bagi memastikan dasar-dasar tidak baik yang dilaksanakan oleh negeri ini tidak dicontohi oleh agensi kerajaan di Melaka.Mohd. Ali yang juga Naib Presiden UMNO berkata, seramai 45,023 rakyat negeri ini melawat Melaka bermula Januari sehingga Oktober tahun ini.

"Jumlah penduduk Kelantan yang melawat Melaka meningkat sebanyak 4,685 orang berbanding hanya 40,338 orang dalam tempoh yang sama tahun lepas.
"Kita berharap pada tahun depan ia akan meningkat sehingga 60,000 orang dengan promosi dan tarikan baru yang disediakan khusus untuk para pelancong lawati," katanya. Tambahnya, ia sejajar
dengan hasrat kerajaan negeri itu untuk mencapai sasaran 8.2 juta pelancong pada 2010 dengan hasil pendapatan sebanyak RM4.2 bilion.

Orang Arab kecek Kelate.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus bukun jalan yang sesat