HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 29 Disember 2008

AR-RAHNU DI POKOK SENA

Sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu X'Change telah dibuka dengan rasminya pada 30 Desember 2008 bertempat di premis No. 111A Taman Bunga Sena, Jalan Besar 06400 Pokok Sena Kedah. Ia dikendalikan oleh Koperasi Jabatan Kesihatan Kedah Berhad dengan kerjasama Bank Rakyat Malaysia.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Mangsor Saat (Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia). Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh imam masjid Bandar Baru Pokok Sena pada jam 9.45 pagi dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Y. Bhg. Tuan Haji Fadzil Ahmad (Pengerusi Kop. Jab. Kesihatan Kedah Bhd.) dan Y. Bhg. Datuk Kamaruzaman Che Mat (Pengarah Urusan Bank Rakyat).

Selesai ucapan Y. Bhg. Dato' Mangsor Saat telah memotong riben, tanda perasmian Ar-Rahnu X'Change dengan disaksikan oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah Koperasi, tetamu jemputan serta orang ramai. Beliau telah masuk ke permis tersebut untuk melihat sendiri perjalanan sistem yang dijalankan. Beliau telah diberi penerangan oleh Pengerusi Koperasi dan kakitangan Ar-Rahnu. Majlis disudahi dengan jamuan makan tengah hari.

Arkib ucapan pemimpin : Sistem pajak gadai Islam Ar-Rahan di Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan