HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 19 Disember 2008

ISU PAPAN TANDA DI P.PINANG

Nik Aziz pertahan papan tanda tulisan Cina

PASIR PUTEH 20 Nov. 2008 - Kerajaan Pas Kelantan hari ini mempertahankan keputusan Pulau Pinang menggunakan papan tanda jalan dalam tulisan Cina walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang membantah cadangan tersebut sehingga menimbulkan kontroversi.
Menurutnya, sesuatu yang menghairankan apabila cadangan tersebut dibangkang sedangkan pada masa sama rakyat negara ini dibenarkan berkomunikasi dalam bahasa Cina malah bersekolah di aliran Cina.''Bahasa dan tulisan itu saling berkait malah Islam memahami bahasa itu adalah nikmat tetapi pelik pula apabila cadangan menulis papan tanda dalam bahasa Cina dibantah.
''Namun pada masa sama, rakyatnya dibenarkan bertutur dalam bahasa Cina, bersekolah Cina, membenarkan surat khabar Cina diedarkan malah sesetengah rancangan di radio juga menggunakan bahasa sama," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan bangunan makmal Pengajian al-Quran dan Hadis (MQH) di Masjid Majidiah, Wakaf Berangan di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz berharap isu tersebut dapat diatasi kerana ia hanya merenggangkan hubungan sesama kaum di negara ini.''Sekarang ini kaum lain di Pulau Pinang semakin memahami Islam kerana Ketua Menterinya, Lim Guan Eng gemar menggunakan ketokohan pemimpin Islam silam dalam ucapannya, jadi lebih baik isu tidak dipanjangkan'' katanya.

ARKIB KOLEKSI UCAPAN PEMIMPIN

Sambutan Tahun Baru Cina di Kota Baru Kelantan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

Ucapan pengerusi kelab penyokong (PAS Cina) Hu Phang Chow

Tiada ulasan:

Catat Ulasan