Pokok Sena 11 Dec. 2008 – Semenjak tiga bulan yang lalu, kerja-kerja menoreh getah telah mula ditinggalkan kerana pendapatan yang diperoleh tidak seberapa berbanding sebelum ini disebabkan harga getah yang jatuh merudum.
Pada Januari lalu, harga getah sekerap melonjak daripada 30 sen sekilogram kepada RM3 sekilogram.Berikutan kenaikan harga yang mendadak itu, kebanyakan penoreh getah mampu memperoleh pendapatan menjangkau sehingga RM2,000 jika menoreh getah selama dua kali sehari dan dalam tempoh bagi lima hari dalam seminggu. Bagaimanapun sejak Ogos lalu, harga getah sekerap telah jatuh sebanyak 40 peratus kepada RM2.60 sekilogram berbanding RM4.40.Dalam tinjauan Tibla di Pokok Sena mendapati, mereka kini sudah hilang semangat untuk menoreh.Seorang penoreh di Kampung Batu 13 Pokok Sena, Pak Andak Musa 68, berkata, dia kini berehat buat sementara waktu untuk mencari perkerjan yang lebih sesuai.Katanya, menoreh getah kini sudah tidak berbaloi lagi disebabkan harga getah sekerap di pasaran yang jatuh begitu teruk.
Menurutnya harga getah sekerap sekarang cuma berharga RM1.20 sekilogram. Malah, kini dia hanya memperoleh wang torehan berjumlah 60sen sahaja bagi sekilogram getah sekerap. Menurutnya lagi pendapatan yang mampu diperolehnya kini dengan menoreh hanya setakat RM12.00 hingga RM20.00 sahaja berbanding dengan dahulu dimana pendapatan yang mampu diperolehnya sebanyak RM50.00 hingga RM60.00 sehari.
Pemilik kebun getah, Haji Hassan berkata, dia terkejut kerana harga getah jatuh begitu cepat dalam tempoh lebih dua minggu lalu setelah berada pada paras tertinggi. ‘‘Harga getah sekerap RM4.00 sekilogram bulan lepas cukup bagus, tapi turun kepada RM3.50. Beberapa hari selepas itu, ia turun lagi kepada RM2.60 dan sekarang cuma RM1.20. Ada kemungkinan harganya akan turun lagi” katanya.Seorang pesara di Jabatan Pertanian berkata,“Saya berharap kerajaan dapat mengatasi masalah ini kerana ramai penduduk di sini yang cari makan dengan hanya menoreh getah’’. Penurunan harga petroleum menyebabkan permintaan terhadap getah sintetik yang dihasilkan dari petroleum meningkat menyebabkan harga getah asli menurun.
Seorang ibu tunggal membertahu kami "Dengan harga yang akan terus turun kami bimbang kami tidak mampu membeli pakaian dan buku-buku sekolah" katanya. Harga barang makanan masih mahal walaupun arahan oleh kerajaan telah dibuat berkali-kali, namun peniaga masih tidak menurunkan harga barangan.