HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 31 Disember 2009

KEDAH JADI PENGELUAR NANAS MORIS 2015

Menjelang tahun 2015 Kedah akan menjadi negeri pengeluar nanas Morris utama negara apabila lebih daripada 4050 hektar tanah akan diterokai bagi membangunkan ladang tersebut oleh Kerajaan Negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi, Bioteknologi dan Pembangunan Usahawan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, beberapa buah daerah seperti Pokok Sena, Kulim, Kuala Muda dan Baling akan menjadi perintis kepada percubaan pertama projek yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

"Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan baru yang berpontensi bagi penanaman nanas jenis Morris ini.Nanas jenis ini menjadi pilihan kerana rasanya adalah lebih manis jika dibandingkan dengan nanas jenis MD2 yang kini menjadi permintaan utama di pasaran antarabangsa.

"Nanas Morris yang dikeluarkan di negeri ini kini sudah pun menerima permintaan dari Holland yang mengakui kualiti nanas ini.Copenhagen juga turut bersedia untuk menerima nanas ini dalam skala yang besar.Justeru itu persediaan awal bagi memastikan bekalan tersebut dapat memenuhi permintaan pasaran akan dilaksanakan," katanya.

Menurut Amiruddin lagi para usahawan yang terdapat di negeri ini adalah digalakkan bagi mengusahakan tanaman nanas Morris ini bagi meningkatkan pendapatan mereka disamping menceburi bidang pertanian nanas yang ternyata mempunyai permintaan yang luas di pasaran.

"Kita mahu supaya Kedah akan muncul sebagai pengeluar utama pasaran domestik dan antarabangsa produk nanas Morris yang berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran antarabangsa tidak lama lagi," katanya lagi.
(Sumber : Harakahdaily 31 Dec. 2009)

Rabu, 30 Disember 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA @ KEDAH

"Kearah Kehidupan Yang Lebih Hijau" @ Hijau Tenang Damai - Teratak Impian Bukit Lala, 06400 Pokok Sena, Kedah. Darul Aman.

Malaysia adalah salah sebuah negara yang tercantik di dunia. Dimana kebudayaan, alam semulajadi dan persekitarannya yang sungguh indah dan unik membuatkan pelancong mengaguminya. Hutan tropika, kejernihan air laut dengan pantainya yang landai dan sungainya yang sangat bersih jauh dari sebarang pencemaran.

Terdapat banyak tempat yang menarik di Malaysia untuk dilawati, di sini kami akan membawa anda untuk melawat Negeri Kedah sebagai destanasi pelancungan. Terdapat banyak kawasan dan tempat yang perlu anda kunjungi:-

Lokasi : Langkawi
Hutan Lipur Air Terjun Temurun terletak di Hutan Simpan Machinchang Langkawi. Sungai Temurun mempunyai air terjun yang menarik dengan ketinggian 30 meter, sesuai digunakan untuk bermandi-manda, berkelah dan berehat.

Hutan Lipur Gua Cerita, Langkawi terletak di Hutan Simpan Gua Cerita terdapat pelbagai ?ora dan fauna dari Hutan Bukit Pantai. Keunikan hutan lipur ini terdapat sebuah gua yang mempunyai legenda terdiri iaitu kononnya burung garuda menjadikan gua ini sebagai tempat bersembunyi Tuan Puteri Maharaja China dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

Lokasi: Jitra
Hutan Lipur Bukit Wang terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Keistimewaan disini ialah terdapat sebatang sungai yang dinamakan Sungai Tosak mempunyai batu-batan yang unik. Hutan Lipur ini terdapat pelbagai fora dan fauna dari Hutan Dipterokarp Pamah.

Lokasi : Baling
Hutan Lipur Latar Bayu terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai Lata Asam Jawa. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat air terjun yang menarik setinggi 20 meter dan membentuk kolam semulajadi yang dikenali sebagai Lubok Lesung.

Lokasi : Kulim
Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai tapak perkelahan Di Raja Kedah. Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti berkayak.

KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA

Selasa, 29 Disember 2009

MUTIARA HATI

Perjalanan dari Bukit Tembaga ke Bandar Jitra ikut jalan kampung # kawasan yang dilalui kebun getah,sawah padi dan rumah kampung @ Ke arah kehidupan yang lebih hijau
Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.
• Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

• Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.
• Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.
• Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan.
• Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.

Isnin, 28 Disember 2009

SETIAP KEPAYAHAN ADA JALAN KELUAR

Lokasi : Km 20 Pokok Sena Kedah @ AGFA D1033s
Pondok rehat di tepi sawah
Sawah padi luas terbentang
Jika hidup sentiasa bermewah
Bila muflis menanggung hutang

Lokasi : Rumah kampung tepi jalan di Dehrang Pokok Sena Kedah @ Kemas dan cantik
Rumah kampung cantik dipandang
Pagarnya kemas tersusun rapi
Jika hidup sentiasa berhutang
Hidup bermewah ditolak tepi

Lokasi : Warung kopi kampung di kawasan Bukit Tembaga Kuala Nerang, Kedah @ AGFA DC1033s
Pergi ke kebun di waktu pagi
Kawasannya hijau kanan dan kiri
Adat meniaga untung dan rugi
Agar hidup tidak menyombong diri


Ahad, 27 Disember 2009

KAMPUNG YOI POKOK SENA KEDAH

Kearah kehidupan yang lebih hijau @ AGFA DC1033s
@tiblakedah.blogspot.com
Kampung Yoi yang terletak di kawasan Pokok Sena sememangnya mempunyai pemandangan yang cantik dan menyeronokkan. Kali pertama saya melihat kawasan sawah yang luas bersebelahan dengan kebun getah dan kebun sawit, kelihatan satu pemandangan yang amat luar biasa indahnya.

Keindahan pemandangan di persekitarannya merupakan satu anugerah yang amat berharga bagi penduduk di sini. Selain sawah, kita dapat melihat bukit-bukau yang merentangi kawasan sawah padi yang menghijau dan saliran air Mada yang mengalir bersih dan terurus dengan baik.

Jika anda melihatnya pada pagi hari, anda akan dapat melihat jelas sinar matahari yang menyinari sawah dan bukit. Air sawah terlihat berkilauan apabila dipancari oleh sinaran matahari. Anda juga akan dapat menyaksikan petani-petani sedang berkerja menebas rumput-rumput di tepi batas sawah serta dapat menyaksikan anak-anak mereka sedang memancing ikan.

Di hujung sawah, kelihatan kunci air yang dibina bersama kawasan tempat rehat yang masih diurus dengan baik. Dataran sawahnya dan pemandangan pohon-pohon tinggi yang memukau memberikan kesan tersendiri bagi saya. Jika di kota-kota besar, kita biasa melihat deretan bangunan dan pusat membeli belah, namum berbeza di Kampung Yoi kita akan dapat menyaksikan betapa indahnya pemandangan dataran sawah yang akan membuatkan anda merasa suasana segar dan lapang dengan melihat indahnya pemandangan dataran sawah yang luas terbentang dengan haiwan-haiwan ternakan seperti lembu dan kerbau dan pepohonan tinggi menghiasi dataran tersebut.

Namun apa yang pasti anda akan berasa teruja jika dapat menyaksikan sendiri keindahannya apabila anda datang ke sini. Perjalanan dari bandar Alor Setar ke Kampung Yoi hanya memakan masa selama 30 minit dengan jarak 25km. Elok juga jika perjalanan anda di kawasan kampung, anda memandu dengan kelajuan sederhana supaya anda dapat menyaksikan keindahan alam yang mempersonakan.

Mudah digunakan, gambarnya cantik dan terang @ FOCAL COLOR SHOP - Lot G 33 Ground Floor Kompleks Star Parade, Alor Setar.Tel: 04 7348642

RUMAH TRADISIONAL DI KAMPUNG YOI

video

Sabtu, 26 Disember 2009

BERBUDI PADA POKOK DAN TUMBUH-TUMBUHAN

Ke Arah Kehidupan Yang Lebih Hijau # Lokasi : Teratak Impian Bukit lala @ AGFA DC1033s
وَٱللَّهُ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً۬ فَأَحۡيَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِہَآ‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَسۡمَعُونَ

"Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya)".

(Maksud surah An-Nahl : 65)

Jumaat, 25 Disember 2009

JIKA ADA DUA PILIHAN

Kawasan perkuburan Alor Malai Alor Setar berdekatan Kompleks Al-Bukhary @ Kamera AGFA DS 1033s
"Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja".

(Nasihat Luqman Hakim)
Masjid Al Bukhary Alor Setar. Gambar diambil pada 23 Dec.2009 selepas solat Asar jam 5.08 petang.

Khamis, 24 Disember 2009

TEROKAILAH DISTINASI ALAM KEHIJAUAN

Terokailah Distinasi Alam Kehijauan @ Produa Alza

Rabu, 23 Disember 2009

KEHADIRAN ANDA KAMI NANTIKAN

Menghormati tetamu termasuk tuntutan iman
  • Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menghormati tetamu, maka ia menghormatiku dan sesiapa menghormatiku, maka dia memuliakan Allah dan sesiapa memarahi tetamu, maka dia marah kepadaku dan sesiapa yang marah kepadaku, maka dia memarahi Allah."
  • "Seburuk- buruk makanan adalah makanan (di majlis) kenduri yang hanya dijemput golongan kaya dan mengetepikan golongan fakir." Begitu juga dengan usaha mengundang dan menghidang makanan untuk golongan fakir dan miskin.
  • Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Sa'id, katanya Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Setiap orang Islam yang memberikan pakaian kepada orang Islam lain yang tidak berpakaian, maka Allah akan memberikannya pakaian daripada pakaian hijau di syurga; dan setiap orang Islam yang memberi makan orang Islam lain yang dalam keadaan lapar, maka Allah akan memberikannya makanan daripada buah-buahan dari syurga. Setiap orang Islam yang memberi minum kepada orang Islam lain, maka Allah akan memberikannya minum daripada minuman yang termeteri bekasnya."

Selasa, 22 Disember 2009

CERAMAH PERDANA DI MASJID AN-NUR

Ruang solat Masjid An-Nur Bandar Baru Pokok Sena Kedah @ Kamera AGFA DS 1033s

CERAMAH PERDANA

KECEMERLANGAN BELIA BERMULA DARI RUMAH

Tempat : Masjid An-Nur Bandar Baru Pokok Sena.

Tarikh : 25 December 2009.

Masa : Selepas solat Magrib.

Ahli Penal :

  • Ustaz Mohd Isa Abdul Rahman
  • Dr. Mohd Basir Abdullah
  • Syeh Ahmad Faisol Hj. Daud
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR


Sabtu, 19 Disember 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU

Kepada : Staff Lembaga Getah Malaysia, kawan-kawan yang mengenali saya dan juga untuk semua tetamu yang melayari blog saya. Tidak anda siapa lagi. terima kasih

Ke Arah Kehidupan Yang Lebih Hijau @ Hijau Tenang Damai

Jumaat, 18 Disember 2009

ANAK MANDI HUJAN

video

Lokasi : Kawasan persekitaran Teratak Impian Bukit Lala.
Juruvideo : Suratman Madiu
Tarikh foto diambil: 2009 jam 6.00 petang
Kamera model: Nokia N70

LAWATAN KE MEZIUM PADI DI GUNUNG KERIANG

Lebih banyak untuk di terokai @ Cuti-cuti Malaysia
Lokasi :

Lawatan anak dan anak buah ke Mezium padi Negeri Kedah di Gunung Keriang.

Jurufoto : Kamsiah Madiu

Tarikh foto diambil: 7 November 2008 jam 12.28. tengahari.

Kamera model: Canon digital IXUS 70

Khamis, 17 Disember 2009

TITI KAYU MASIH KUKUH?

Ke Arah Kehidupan yang Lebih Hijau

Lokasi :

Jalan pintas ke Kampung Bukit Lala dari Semaian Lembah Madu, KM 22 Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena.

Jurufoto : Suratman Madiu

Tarikh foto diambil: 17 Mac 2009 jam 8.25 pagi.

Kamera model: Nokia N70

Untuk maklumat, sekarang titi ini sudah dibaik pulih dengan digati dengan titi batu oleh penduduk kampung dengan kerjasama Ketua kampung yang mewakil DUN Bukit Lada.

Rabu, 16 Disember 2009

SIAPAKAH PEMIMPIN YANG BIJAK?

"Kata-kata Pilihan" @ Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat Mb Kelantan
"Pemimpin yang bijak ialah pemimpin yang boleh memaut hati manusia, bukan pemimpin yang hanya menakut-nakutkan dan menyekat kebebasan pihak lawan”

Kata-kata Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat

Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

TEMUBUAL PILIHAN

Selasa, 15 Disember 2009

SIK KAYA DENGAN KHAZANAH

Ke Arah Kehidupan yang Lebih Hijau
Sik yang kaya dengan khazanah alam dan tarikan keindahan semula jadi akan dipromosikan dengan lebih agresif oleh kerajaan negeri Kedah ke peringkat antabangsa bagi menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik di negeri Kedah.

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, fokus utama pembangunan bagi daerah Sik ini sehingga tahun 2020 yang akan datang adalah kepada sektor pelancongan berdasarkan kepada tarikan yang ada dalam daerah ini sebagai salah destinasi menarik ekopelancongan.

"Selain daripada mempunyai potensi sebagai pusat pelancongan ia juga mampu untuk dikembangkan sebagai pusat pengumpulan Industri Asas Tani (IAT)," katanya.

Kewujudan pusat IAT ini adalah sebagai pemangkin ekonomi di sini. Ia juga akan menjadi daerah perintis IAT yang telah dilaksanakan di Beris Jaya, katanya.

"Antara produk yang mempunyai potensi tinggi boleh dipromosikan ialah produk daripada buah-buahan bermusim seperti rambutan, manggis, durian, roselle dan produk daripada kopi robusta," katanya.

Menurut beliau lagi kawasan seperti Lata Mengkuang, Beris, Tasik Muda, Lasor dan Hutan Simpan Ulu Muda adalah antara kawasan dalam daerah Sik yang mempunyai pelbagai kekayaan khazanah alam yang mampu untuk dijadikan destinasi pelancongan menarik.

Bagi merealisasikan perkara ini maka kemudahan infrastruktur perhubungan perlu dipertingkatkan dengan menyediakan pelbagai kemudahan sokongan supaya kawasan tersebut dapat benar-benar menjadi daya penarik kepada pelancong, katanya.

Sehubungan dengan itu, jelas beliau, cadangan jajaran lebuh raya Tekih yang menghubungkan Jalan Negeri K13 dengan Jalan Negeri K157 serta cadangan jalan Jabatan Kerja Raya dengan jalan tempatan di Mukim Sik serta Jeneri adalah antara draf rancangan tempatan yang telah dikenal pasti sebagai salah satu usaha kearah mencapai matlamat tersebut.

Sumber : Harakahdaily 15 Dec. 2009 - Majlis perasmian Publisiti Draf Rancangan Tempatan Daerah Sik 2007-2020

TAHUKAH ANDA

Isnin, 14 Disember 2009

CINTAILAH SUNGAI KITA

Cintalah Sungai Kita @ Hijau Tenang Damai
Berjalan cepat mencari lokan
Kawan yang ikut menangkap ikan
Jika sungai dijadikan rakan
Keindahan alam dapat dkekalkan

Cari kayu di dalam hutan
Bawa minuman kopi jantan
Jika sungai jernih kelihatan
Walaupun jauh jadi sebutan


Air pasang terangnya bulan

Anak muda mendayung sampan

Cintai alam jadikan amalan

Kehidupan ceria itulah harapan

TAHUKAH ANDA


Ahad, 13 Disember 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN HIJRAH

Teratak Impian Bukit Lala @ Hijau Tenang Damai

Sabtu, 12 Disember 2009

INDAH DI LUAR INDAH DI DALAM

Ke Arah Kehidupan yang Lebih Hijau
@tiblakedah.blogspot.com
Keseronokan melihat taman yang cantik sama asyik dengan melihat ruang dalaman rumah yang menarik terasa bagikan tidak puas menghayati keindahan yang dipaparkan. Itulah realitinya kehidupan kita, kerana di samping kita sibuk di pejabat kita juga memerlukan tempat untuk berehat yang selesa.

Pendek kata taman adalah ruang luaran rumah yang perlu diberi perhatian oleh kita semua mengikut kemampuan yang kita ada. Adalah satu kerugian jikalau ruang tanah yang ada kita biarkan ditumbuhi lalang atau dibiarkan kosong sahaja,sedangkan penghuni di pangsapuri mengujudkan taman di ruang balkoni yang amat terhad keluasannya.

Namun bukan taman namanya kalau yang ada cuma sepasu pokok bunga atau sebuah kolam ikan yang airnya berwarna hijau kehitaman. Jadi wajarlah taman dihiasi dengan aneka hidupan untuk halwa mata dan telinga kita, seterusnya mententeramkan hati dan jiwa kita. Bahan-bahan lain berupa perabut dan perhiasan sekadar melengkapkan suasana di taman.

Lain orang lain citarasanya, yang penting biarlah apa yang kita lalukan dilaksanakan dengan penuh minat dan keseronokkan . Jadikanlah taman di rumah sebagai tempat untuk kita berehat dan berbincang bersama keluarga. Di samping itu ,kita dapat menjalinkan hubungan kekeluargaan yang harmoni dan diberkati.

“Selamat Pengantin Baru”

Azam Nur Hazaman Bin Azmi
& Nurul Azza binti Hj. Abdul Malik.

26 Zulhijah 1430 @ 13 Dec. 2009
Hari Ahad : 12 - 5.00 ptg.
266 Lorong Damai 7, Taman Damai, 06400 Pokok Sena Kedah.Darul Aman.
Semoga berbahagia serta mendapat keberkatan.Amin. Daripada Suratman & Keluarga.