HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 8 Disember 2009

PENYELIDIKIN KAYU SESUNDUK

Ke Arah Kehidupan yang Lebih HijauPengeluaran kayu dari hutan asli terus berkurangan jika dibandingkan dengan keperluan negara.Dengan pergantungan berterusan kepada hutan asli sebagai sumber, lama-kelamaan ia akan kehabisan. Justeru, satu langkah alternatif perlu diambil bagi mengurangkan pergantungan tersebut bagi mengekalkan kelestarian pengeluaran kayu hutan pada masa akan datang.

Ini kerana lama-kelamaan industri perkayuan menghadapi masalah kekurangan sumber dan satu daripada caranya ialah menubuhkan lading hutan komersial. Justeru, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah melaksanakan Program Ladang Hutan Komersial bagi menangani masalah kekurangan kayu kayan untuk pelbagai industri berkaitan seperti kayu gergaji, perabut dan industri hiliran lain.

Bagi mencapai matlamat tersebut, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjalankan penyelidikan bagi menghasilkan baka pokok-pokok hutan yang terpilih untuk kegunaan industri perkayuan. Menerusi program perladangan tersebut, klon pokok dihasilkan dari baka pokok induk terpilih untuk ditawarkan kepada mereka yang berminat untuk melabur dalam bidang ini.

Ia bertujuan untuk meneruskan perkembangan dan sumbangan sektor ini dalam industri negara. Penyelidikan selama beberapa tahun yang dijalankan sejak 1989 akhirnya berjaya menghasilkan klon balak FRIMsrp 001 dari spesies Endorspermum malaccense atau nama tempatannya sesenduk.

Ia merupakan satu klon baru yang dihasilkan untuk menampung keperluan kepada kayu getah dalam industri perabot yang juga kian merosot bekalannya. Klon ini dijangkakan mampu menjadi sumber alternatif memandangkan kualiti kayunya yang baik dan pertumbuhannya yang cepat dan boleh ditebang pada usia 10 tahun selepas ditanam selain dari warnanya yang sesuai dan berkualiti untuk industri perabot.

Ia juga boleh ditanam dalam keadaan yang terbuka. Selain itu, spesies ini juga sesuai untuk dijadikan papan lukisan, dulang, papan lapis, terompah kayu dan juga penyepit pakai buang. Menurut Pegawai Penyelidik Cawangan Membaikbiak Pokok FRIM, Dr.Mohd. Noor Mahat, klon tersebut dihasilkan daripada pemilihan dari anak pokok induk terpilih. ‘‘Ini bukan kajian pada masa ini (baru) tetapi telah dimulakan sejak tahun 1989 oleh penyelidik awal di FRIM iaitu Dr. Ab. Rasip Ab. Ghani. ‘‘Saya hanya meneruskan usaha awal beliau dan orang akan datang juga akan menyambung tanggungjawab ini untuk negara” katanya ketika di temui baru-baru ini.

Pokok tersebut kata beliau, biasanya terdapat di kawasan hutan sekunder tanah rendah sehingga pada paras ketinggian 1,000 meter di Semenanjung Malaysia. Spesies pokok tersebut diklasifikasikan sebagai kayu keras ringan dengan julat ketumpatan dari 300 kilogram (kg) meter padu hingga 600 kg meter padu. Klon pokok ini dihasilkan daripada baka yang diambil dari Hutan

Simpan Ulu Tranum Bentong, Pahang. Benihnya dibiakkan di nurseri FRIM dan anak yang dihasilkan dinilai bagi melalui proses pemilihan. Anak tunggal dipilih dan ditanam dan biakkan di FRIM untuk kajian pengklonan menggunakan teknik pembiakan (propagation) mikro dan makro.

Pucuk yang muncul daripada anak progeni ini dikultur di makmal menggunakan kaedah kultur tisu untuk menggandakan bilangannya. Anak klon itu dibiakkan di beberapa jenis tanah berasingan dengan keadaan yang berbeza.

Berdasarkan kepada hasil ujian, menunjukkan bahawa klon berkenaan tumbuh dengan pantas dan mampu mencapai diameter sekurang-kurangnya 30 sm dan ketinggian 24 meter dalam tempoh 10 tahun sekiranya diurus dengan baik.

Selepas kajian, selama beberapa tahun itu, FRM telah menebang pokok untuk ujian sama ada ia merupakan kayu yang berkualiti. Kayu yang dihasilkan kekuningan dan beberapa ciri lain hampir menyamai sumber balak di hutan asli.

Malah, kerusi untuk set meja makan telah pun dihasilkan dari kayu sesenduk klon ini. Kini terbukti, bahawa hasil tungkus lumus FRIM menunjukkan bahawa kajian sejak 12 tahun itu mampu menghasilkan klon balak yang berpotensi untuk perladangan hutan.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki dan dinilai semua untuk meningkatkan mutu kayu. Klon-klon baru juga perlu dihasilkan lagi bagi bagi menambahkan variasi dan bilangan baka yang digunakan.

Apa yang pasti, ia membuktikan bahawa klon tersebut berpotensi untuk imajukan dalam program perladangan hutan untuk industri kayu bagi enampung kekurangan kayu getah dalam industri perabot.
(sumber:Utusan Malaysia, FRIM)

“Yang Cantik Itu Seni, Yang Indah Itu Bahasa”
Kami sekeluarga mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah menerima menantu :
• En. Mohd Razi Ahmad LGM Sungai Buloh Selangor.
• En. Azmi Haji Salleh Tmn. Damai, Pokok Sena.
Majlis walimah di adakan pada 13 December 2009 Ahad. Semoga segala urusan dipermudahklan serta mendapat keberkatan.Amin.
Daripada Suratman & Keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan