HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 30 Disember 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA @ KEDAH

"Kearah Kehidupan Yang Lebih Hijau" @ Hijau Tenang Damai - Teratak Impian Bukit Lala, 06400 Pokok Sena, Kedah. Darul Aman.

Malaysia adalah salah sebuah negara yang tercantik di dunia. Dimana kebudayaan, alam semulajadi dan persekitarannya yang sungguh indah dan unik membuatkan pelancong mengaguminya. Hutan tropika, kejernihan air laut dengan pantainya yang landai dan sungainya yang sangat bersih jauh dari sebarang pencemaran.

Terdapat banyak tempat yang menarik di Malaysia untuk dilawati, di sini kami akan membawa anda untuk melawat Negeri Kedah sebagai destanasi pelancungan. Terdapat banyak kawasan dan tempat yang perlu anda kunjungi:-

Lokasi : Langkawi
Hutan Lipur Air Terjun Temurun terletak di Hutan Simpan Machinchang Langkawi. Sungai Temurun mempunyai air terjun yang menarik dengan ketinggian 30 meter, sesuai digunakan untuk bermandi-manda, berkelah dan berehat.

Hutan Lipur Gua Cerita, Langkawi terletak di Hutan Simpan Gua Cerita terdapat pelbagai ?ora dan fauna dari Hutan Bukit Pantai. Keunikan hutan lipur ini terdapat sebuah gua yang mempunyai legenda terdiri iaitu kononnya burung garuda menjadikan gua ini sebagai tempat bersembunyi Tuan Puteri Maharaja China dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

Lokasi: Jitra
Hutan Lipur Bukit Wang terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Keistimewaan disini ialah terdapat sebatang sungai yang dinamakan Sungai Tosak mempunyai batu-batan yang unik. Hutan Lipur ini terdapat pelbagai fora dan fauna dari Hutan Dipterokarp Pamah.

Lokasi : Baling
Hutan Lipur Latar Bayu terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai Lata Asam Jawa. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat air terjun yang menarik setinggi 20 meter dan membentuk kolam semulajadi yang dikenali sebagai Lubok Lesung.

Lokasi : Kulim
Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai tapak perkelahan Di Raja Kedah. Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti berkayak.

KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan