HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 11 Disember 2009

MASIH SEGAR DALAM INGATAN

Ke Arah Kehidupan yang Lebih Hijau
@tiblakedah.blogspot.com
Saya dibesarkan di sebuah kampung pendalaman. Sebagai seorang anak penoreh getah kalau tidak pandai menoreh pelik juga. Seingat saya elektrik dan kemudahan air paip masih belum ada pada masa itu. Kampung saya terletak 2 kilometer dari jalan besar menuju ke Pekan Pokok Sena.

Sejak saya berumur 6 tahun saya sudah mula mengikut emak dan bapa saya pergi menoreh getah. Pada masa itu hanya ikut untuk suka-suka sahaja. Lebih banyak bermain daripada menolong. Pada masa itu kami mengumpulkan susu untuk dijadikan getah keping. (Rubber smoke).

Pada masa itu bapa saya masih belum mempunyai motosikal. Tetapi yang ada hanyalah basikal berpalang dan berkarier besar. Basikal itu bapa saya gunakan untuk pergi keluar menoreh seawal pagi seorang diri. Saya dan emak akan ikut menyusul ke kebun dengan berjalan kaki apabila matahari mulai terang. Perjalanan ke kebun getah tidaklah terlalu jauh. Hanya lebih kurang 1 kilometer. Tetapi kalau berjalan di kawasan kebun ada lah dalam 3 kilometer.

Sejak dari kecil saya sudah biasa berjalan kaki setiap hari ke kebun dan ke sekolah .
Bila saya sudah mula bersekolah dalam darjah satu, tugas pertama di kebun getah ialah kena pungut susu getah dalam cawan getah dan dikumpulkan dalam timba. Adakalanya kena marah, disebabkan susu getah tumpah akibat tersepak akar kayu di kawasan kebun. Inilah aktiviti harian saya lakukan ketika cuti sekolah iaitu pada setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Apabila umur sudah meningkat 12 tahun, saya mula belajar menoreh. Jika melihat orang menoreh, nampak senang sahaja. Tetapi bila cuba menoreh maka habis luka tapak torehan. Kesan jangka panjang pula ialah bahagian tapak torehan yang terluka tadi akan berlubang dan akan merosakan pokok getah.

Setelah susu getah penuh dan terkumpul, saya pungut kemudian angkut untuk diisikan ke dalam bekas pembeku yang mana sukatannya telah disediakan. Setelah getah itu beku saya gelekkan untuk dijadikan getah keping. Itulah rutin saya apabila cuti sekolah.

Apabila saya melanjutkan pelajaran ke tingkatan Enam di Sultanah Asmah saya jarang dapat menolong mereka kerana sibuk dengan megulangkaji pelajaran sehinggalah saya mendapatkan pekerjaan di Kuala Lumpur pada tahun 1978. Saya bertemu jodah pada tahun 1981. Selepas berkahwin sehinggalah sekarang saya sudah tidak lagi pergi menoreh.
(Sumber: Pengalaman Isteriku)

TAHUKAH ANDA?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan