HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 15 Disember 2009

SIK KAYA DENGAN KHAZANAH

Ke Arah Kehidupan yang Lebih Hijau
Sik yang kaya dengan khazanah alam dan tarikan keindahan semula jadi akan dipromosikan dengan lebih agresif oleh kerajaan negeri Kedah ke peringkat antabangsa bagi menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik di negeri Kedah.

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, fokus utama pembangunan bagi daerah Sik ini sehingga tahun 2020 yang akan datang adalah kepada sektor pelancongan berdasarkan kepada tarikan yang ada dalam daerah ini sebagai salah destinasi menarik ekopelancongan.

"Selain daripada mempunyai potensi sebagai pusat pelancongan ia juga mampu untuk dikembangkan sebagai pusat pengumpulan Industri Asas Tani (IAT)," katanya.

Kewujudan pusat IAT ini adalah sebagai pemangkin ekonomi di sini. Ia juga akan menjadi daerah perintis IAT yang telah dilaksanakan di Beris Jaya, katanya.

"Antara produk yang mempunyai potensi tinggi boleh dipromosikan ialah produk daripada buah-buahan bermusim seperti rambutan, manggis, durian, roselle dan produk daripada kopi robusta," katanya.

Menurut beliau lagi kawasan seperti Lata Mengkuang, Beris, Tasik Muda, Lasor dan Hutan Simpan Ulu Muda adalah antara kawasan dalam daerah Sik yang mempunyai pelbagai kekayaan khazanah alam yang mampu untuk dijadikan destinasi pelancongan menarik.

Bagi merealisasikan perkara ini maka kemudahan infrastruktur perhubungan perlu dipertingkatkan dengan menyediakan pelbagai kemudahan sokongan supaya kawasan tersebut dapat benar-benar menjadi daya penarik kepada pelancong, katanya.

Sehubungan dengan itu, jelas beliau, cadangan jajaran lebuh raya Tekih yang menghubungkan Jalan Negeri K13 dengan Jalan Negeri K157 serta cadangan jalan Jabatan Kerja Raya dengan jalan tempatan di Mukim Sik serta Jeneri adalah antara draf rancangan tempatan yang telah dikenal pasti sebagai salah satu usaha kearah mencapai matlamat tersebut.

Sumber : Harakahdaily 15 Dec. 2009 - Majlis perasmian Publisiti Draf Rancangan Tempatan Daerah Sik 2007-2020

TAHUKAH ANDA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan