HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Ahad, 27 Disember 2009

KAMPUNG YOI POKOK SENA KEDAH

Kearah kehidupan yang lebih hijau @ AGFA DC1033s
@tiblakedah.blogspot.com
Kampung Yoi yang terletak di kawasan Pokok Sena sememangnya mempunyai pemandangan yang cantik dan menyeronokkan. Kali pertama saya melihat kawasan sawah yang luas bersebelahan dengan kebun getah dan kebun sawit, kelihatan satu pemandangan yang amat luar biasa indahnya.

Keindahan pemandangan di persekitarannya merupakan satu anugerah yang amat berharga bagi penduduk di sini. Selain sawah, kita dapat melihat bukit-bukau yang merentangi kawasan sawah padi yang menghijau dan saliran air Mada yang mengalir bersih dan terurus dengan baik.

Jika anda melihatnya pada pagi hari, anda akan dapat melihat jelas sinar matahari yang menyinari sawah dan bukit. Air sawah terlihat berkilauan apabila dipancari oleh sinaran matahari. Anda juga akan dapat menyaksikan petani-petani sedang berkerja menebas rumput-rumput di tepi batas sawah serta dapat menyaksikan anak-anak mereka sedang memancing ikan.

Di hujung sawah, kelihatan kunci air yang dibina bersama kawasan tempat rehat yang masih diurus dengan baik. Dataran sawahnya dan pemandangan pohon-pohon tinggi yang memukau memberikan kesan tersendiri bagi saya. Jika di kota-kota besar, kita biasa melihat deretan bangunan dan pusat membeli belah, namum berbeza di Kampung Yoi kita akan dapat menyaksikan betapa indahnya pemandangan dataran sawah yang akan membuatkan anda merasa suasana segar dan lapang dengan melihat indahnya pemandangan dataran sawah yang luas terbentang dengan haiwan-haiwan ternakan seperti lembu dan kerbau dan pepohonan tinggi menghiasi dataran tersebut.

Namun apa yang pasti anda akan berasa teruja jika dapat menyaksikan sendiri keindahannya apabila anda datang ke sini. Perjalanan dari bandar Alor Setar ke Kampung Yoi hanya memakan masa selama 30 minit dengan jarak 25km. Elok juga jika perjalanan anda di kawasan kampung, anda memandu dengan kelajuan sederhana supaya anda dapat menyaksikan keindahan alam yang mempersonakan.

Mudah digunakan, gambarnya cantik dan terang @ FOCAL COLOR SHOP - Lot G 33 Ground Floor Kompleks Star Parade, Alor Setar.Tel: 04 7348642

Tiada ulasan:

Catat Ulasan