HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 30 September 2010

MEREALIASIKAN SATU HARAPAN

Beli benih buah-buahan di pekan Pokok Sena
Benih diisi di dalam raga
Ilmu yang ada biarlah berguna
Akhlak dan maruah perlu dijaga

Tunggu kawan di tepi jeti
Ada jemputan hadiri kenduri
Lain di mulut lain di hati
Makeup hilang hodohnya diri

Persekitaran yang hijau perlu dihayati
Kawasan dijaga serta diawasi
Kebebasan Media perlulah dibukti
Agar maklumat sentiasa sensasi



• Atas: Rumah contoh Bandar Sejahtera, Pokok Sena.
• Tengah: Kawasan rehat di jeti Sungai Kedah, Alor Setar.

• Tengah 1: Halaman hijau tibla.
• Bawah: YouTube ‘ Hijau itu indah 'things gteen'.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 29 September 2010

KEBENARAN DATANG JELAS DAN NYATA

Menabur benih sudah seminggu
Tunas yang tumbuh tingginya sekata

Jangan takut janganlah ragu
Kebenaran datang jelas dan nyata

Indanya pemandangan berwarna warni
Cantik dan indah sungguh berseri

Biasiswa diberi usaha yang murni
Jauhilah sikap pentingkan diri



• Atas: Sawah di tadahan hujan di Bukit Lala, Pokok Sena
• Tengah: Di halaman rumah Lebai Hussin Kg. Bukit Lala, Pokok Sena.
• Bawah: YouTube ‘ Sawah tadahan hujan di Bukit Lala’.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 28 September 2010

NILAI KEYAKINAN


Pondok buluh dibena semasa cuti
Pembenaannya rengkas seperti para

Lesen judi diberi apalah erti
Kapitalis kaya raya rakyat sengsara

Pondok lama dipagari besi
Tempat berteduh semasa hujan
Kepercayaan pelabur merasa sangsi
Jika pentadbiran negara penuh penipuan

Makan di pondok penuh selera
Makanan dihidang dengan air kelapa
Sumbangan judi memanaskan negara
Lesen diberi kepalanya siapa

• Atas: Pondok buluh di tepi sawah di kampung Padang Serai.
• Tengah: Pondok lama di kampung Bangol, Pancur, Pokok Sena.
• Bawah: Pondok di dusun lengang tiada penghuni di Kuala Pai.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100 & AGFA 1033s.

Isnin, 27 September 2010

USTAZ MOHD RADZI MENINGGAL DUNIA


Pokok Sena, 26 Sept 2010: Allahyarham Ustaz Mohd Radzi Mat Isa yang betugas sebagai Siak dan AJK Masjid di Sungai Durian telah meninggal dunia pada malam Ahad akibat tekanan darah rendah.

Beliau telah lama mengalami penyakit ini dan kencing manis. Allahyarham baru saja menjalani pembedahan kakinya dan baru saja sembuh dan boleh berjalan. Pada malam di mana sebelum Allahyarham meninggal dunia beliau masih boleh ke pasar dan di waku petangnya pula sempat membersihkan kawasan kebun di persekitaran rumahnya.

Ramai sanak saudara dan sahabat handai datang menziaharininya dan kemudian menyembahayangkan jenazahnya. Sepanjang jalan di tepi Padang Serai di penuhi dengan kereta dan motor, ramai juga yang tinggal di kawasan persekitaran datang dengan berjalan kaki.

Jenazah telah disembahyangkan jam 11.00 pagi hari Isnin 27 September di surau Padang Serai, Pokok Sena dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Padang Serai.

Ahad, 26 September 2010

SELAMATKAN BUMI KITA

Berehat sebentar di Restu Ilham untuk meneliti tempat-tempat yang perlu diambil gambar sebelum bertolak ke kawasan hutan di Kuala Pai, Kuala Nerang melalui jalan Pintas dari Perit, Jitra.@tiblakedah.blogspot.com
Bumi kini sedang mengalami “demam panas” akibat pemanasan global yang turut membawa bersamanya iklim dunia yang semakin kucar-kacir. Nyata sekali pembangunan yang dijalankan oleh manusia saban hari menukar alam kita yang dahulunya serba hijau menjadi seakan-akan tidak bermaya lagi.

Salah satu faktor yang menyebabkan perubahan keadaan iklim adalah pengeksploitasian sumber hutan. Sumber hutan yang berperanan menjadi kawasan tadahan dan menyederhanakan suhu sekitar semakin berkurangan akibat daripada kerakusan pihak pemaju.

Penebangan pokok yang berterusan menyebabkan menjadi semakin kontang dan terdedah secara langsung kepada pancaran matahari. Keadaan inilah yang menyebabkan suhu di bumi semakin tinggi, kenaikan aras laut, pemecahan glasier,perubahan angin monsun yang ketara,jerebu dan kesan rumah hijau.

Gejala ini membawa kesan buruk kepada haiwan, tumbuhan dan manusia sendiri. Apakah hal ini perlu dibiarkan berterusan tanpa satu tanda noktah ? Ia bergantung kepada manusia itu sendiri. Manusia perlu berfikir dengan baik supaya dapat menyelamatkan bumi ini daripada terus terpupus.

Oleh hal yang demikian untuk mengelakkan hutan daripada terus pupus akibat manusia durjana maka beberapa langkah perlu diambil supaya perkara ini tidak berterusan. Antara langkah yang boleh diambil ialah penanaman semula hutan balak kitar semula, kempen kesedaran dan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam.

Kejayaan melaksanakan tugasan ini akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk. Islam mengajar kita supaya sentiasa mengamalkan suruhannya dan menjauhi segala larangannya. Mencegah kemungkaran adalah tanggungjawab bersama bagi mengelakkan dosa dan kemaksiatan berleluasa.

Dari sudut alami pula ia berkaitan dengan aktiviti kehidupan seharian manusia yang tidak bertanggungjawab. Dalam Al-Qur’an ada dijelaskan melalui firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Ar-Rum ayat 41 mafhumnya: “Telah zahir kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Akhir kata, wahai manusia sedarlah akan perbuatan kamu itu! Bukan kamu memusnahkan hutan malah memusnahkan dirimu sendiri. Jikalau setiap manusia sedar tantang kesalahan mereka maka masalah penghapusan hutan ini tidak akan wujud sama sekali. Kita adalah penyumbang ke arah tersebut, jika kita tidak berusaha membantu memelihara persekitaran yang ada maka masa depan bumi kita akan ditimpa kemusnahan akibat tangan-tangan manusia sendiri.

Oleh itu diharapkan ada keinsafan kepada manusia yang hidup kini tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang semakin teruk terjejas. Semua ini adalah untuk kesejatheraan hidup kita dan generasi kita yang akan datang. Oleh sebab itu, marilah kita bersama-sama ke arah kehidupan yang lebih hijau, tenang, dan selesa.

• Atas: Berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Pai.
• Tengah 1: Lori balak di Jabatan Perhutanan di Pokok Sena.
• Tengah 2: Kawasan rehat di Restu Ilham, Perit, Jitra.
• Tengah 3: Jalan pintas lengang dan sunyi dari Perit ke Kuala Pai.
• Tengah 4: Pemandangan waktu petang di Pelabuhan Lumut.
• Tengah 5: Menikmati keindahan waktu petang di Lumut.
• Tengah 6: Memancing di waktu petang di Tualang, Pokok Sena.
• Tengah 7: Hijau itu indah ‘things green’ – tibla.
• Bawah: Sungai di simpang Bukit Lala masih tidak tercemar airnya.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AFGA 1033s & AGFA OPTIMA 100.

Get this widget | Track details |Hijaukan bumi

Sabtu, 25 September 2010

USAHA YANG BERTERUSAN

Cantikan taman janganlah bosan
Pengetahuan kurang janganlah segan

Penerangan dan dakwah usaha berterusan
Kefahaman dijelaskan memudahkan kemenangan

Hari Sabtu ke Seri Mentalun dengar kuliah
Kehadirnya ramai tua dan muda

Sokongan yang diharap sukar dan payah

Mimpi negeri menghantui minda

Turun ke bendang sudah seminggu
Baja yang ditabur semuanya sekata

Kemenangan rakyat sentiasa ditunggu

Nikmat dirasai tertunailah cita-cita



• Atas: Titi kayu di Tanjung Mas, Pokok Sena.
• Tengah: Seri Mentalun kediaman rasmi Menteri Besar, Kedah

• Bawah: Menyulam benih padi di sawah Kampung Yoi, Pokok Sena.

• Bawah sekali: YouTube 'Meracun rumput rumpai di kampung Yoi.

Jumaat, 24 September 2010

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

Letak motor di depan titi
Jalan pelahan berhati-hati
Patah tumbuh hilang berganti
Rakyat menunggu kejayaannya dinanti

Jalan kampung sangat selesa
Bengkang bengkok ada yang lurus
Dacing diguna senget sentiasa
Payah diguna buangkan terus

Kawasan terpencil di hujung desa
Indah permai hijaunya pemandangan
Hilang kepercayaan hilang kuasa
Bangun semula dimimpikan jangan



• Atas: Titi kayu di Tanjung Mas, Pokok Sena.
• Tengah: Jalan kampung Seberang Teluk Jamat, Pokok Sena.
• Bawah: Sawah di Kampung Yoi, Pokok Sena di waktu petang.
• Bawah sekali: YouTube ' Tali air di kawasan sawah di kampung Yoi'.

Khamis, 23 September 2010

FIKIR-FIKIRKANLAH

Duduk sendirian baju tak pakai
Bersandar di serambi hinggakan terlena
Hidup di dunia bercerminkan bangkai
Hilang kuasa nak lari kemana

Getah di kebun diangkut belum
Cuaca gelap sudah pun mendung
Hilang taring masih mengaum
Badan lemah tergelincir ke gaung

Tanam getah pagar dibena
Jaring dipasang dengan dawai berduri
Sesal kemudian tidak berguna
Kita yang waras insaflah diri

• Atas: Pondok kayu di kampung Dehrang, Pokok Sena.
• Bawa: Menoreh getah di Bukit Lala,Pokok Sena.
• Bawah sekali: Biji getah di kawasan kebun.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AFGA 1033s.

Rabu, 22 September 2010

HUJAN RENYAI-RENYAI

Hujan renyai duduk di tangga
Badan kesejukkan dihidangkan kopi
Kematian datang tanpa diduga
Hadir di kuburan yang sunyi sepi


Masjid Tanjung Musang tepi perigi
Airnya jernih jarang diguna
Yang tersayang dan sahabat sudah pun pergi
Kita yang tinggal haluannya kemana


• Atas: Tangga pondok tibla.
• Bawa: Perigi di tepi masjid Tanjung Musang, Langgar.
• Bawah sekali: Papan yang dijumpai di dalam tanah.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AFGA 1033s.

Selasa, 21 September 2010

BAGAIKAN API DI DALAM SEKAM

Kehijauan pokok mengindahkan persekitaran
Percikkan air kolamnya menyejukan kepanasan
Perjalanan hidup tempuh ranjau kesukaran
Sabar dan iklas melenyapkan kebosanan

Pokoknya menghijau rimbun dan redup
Tumbuh meliar menyegarkan mata
Leka dan lalai semasa hidup
Kematian tiba apa nak dikata

Hutan tebal pokoknya rapat
Jangan bersendirian elak diterkam
Amal kurang hidup mengumpat
Bagikan api di dalam sekam


• Atas: Halaman tibla.
• Bawah: YouTube ‘Ke arah pesekitaran yang lebih hijau dan indah’.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AFGA 1033s.

Isnin, 20 September 2010

ZIARAHILAH TANDA SIMPATI

Pergi ke sawah tergelincir di titi
Titi ungsang dah banyak berbakti
Yang bersedih dizirarah tanda simpati
Kita yang hidup pastikan mati

Tumpang berteduh di pondok di waktu pagi
Tunggu hujan lebat hingga berhenti
Doa dipohon sentiasi diulangi
Kejayaan dicapi rakyat akan nikmati

Sesat perjalanan ke pangkal jalan
Jalannya lecah waktu dah malam
Kematian tiba makan dah tak tertelan
Menyesal tak berguna suara dah kedalam

• Atas: Titi kayu di Kepala Bendang, Pokok Sena, Kedah.
• Bawah: Pondok atap di tepi jalan di kampung Naka, Pokok Sena.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AFGA 1033s.

Ahad, 19 September 2010

POKOK MAMAN HIDUP SUBUR

Selepas menghantar anak lelaki saya ke sekolah, saya terus ke kawasan halaman rumah untuk membersihkan daun-daun kering yang gugur. Daun-daun dan ranting yang gugur saya kumpulkan ke dalam troli untuk dibawa ke kawasan yang lebih rendah untuk ditimbus bersama dengan tanah.

Seawal pagi, isteri saya pergi ke kebun yang berdekatan dengan rumah kami. Sejak kebelakangan ini, hujan sering turun di kampung kami. Kadang-kadang, di waktu pagi dan ada kalanya di waktu malam hari.

Di kebun kami, pokok maman hidup subur di kawasan tanah terbakar tanpa ditabur baja dan disembur racun serangga. Manakala hujan yang sering turun menyuburkan lagi kesegarannya. Kebetulan hari ini, pokok maman sudah matang dan boleh dituai. Isteri saya memotongnya, menghimpunkan dan mengikatnya dengan tali pisang.

Setelah dibasuh dan dibersihkan daun maman itu, saya terus menghantar daun tersebut ke pasar Pokok Sena untuk dijual secara borong. Harganya boleh dikatakan mahal juga iaitu sekilo RM 3.50. Kami mendapat wang sebanyak RM 21.00 untuk 6 kilogram daun maman.

Pemborong biasanya membeli daun maman untuk dibuat jeruk dan harganya sangat mahal dipasaran. Terutamanya setelah dibungkus dan diedarkan di kedai runcit.

Atas: Pokok Maman daunnya hijau.
tiblakedah.blogspot.com @ kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 18 September 2010

SEPAKAT KATA KEJAYAAN MILIK KITA

Kawasan kolam ditanam kangkong
Kangkongnya hijau hidup bertabur
Yang adil patut disokong
Penyelewengan dan kronisma jangan biarkan subur

Pergi ke sungai janganlah leka
Airnya dalam tidak sekata
Rakyat celik minda terbuka
Sepakat kata kejayaan milik kita

• Atas: Kolam ikan di halaman tibla.
• Bawah: Sungai Tualang di Kepala Bendang, Pokok Sena. Kedah.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera OPTIMA 100.

Jumaat, 17 September 2010

JAMUAN HARI RAYA PAS POKOK SENA

Jamuan hari raya anjuran PAS Pokok Sena telah diadakan di Kompleks Pas Pokok Sena, Langgar pada 8 Syawal 1431 bersamaan 17 September 2010 bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.

Kompleks Pas Pokok Sena terletak di Langgar kira-kira 12 km dari pekan Pokok Sena. Isteri dan anak perempuan kami telah datang awal pada jam 12.00 tengah hari kerana ditugaskan menyediakan makanan untuk tetamu yang hadir. Pelbagai juadah disediakan termasuk lemang, ketupat, mee rebus, kotiau goreng, laksa, nasi kawah kari daging, satay dan ais krim.

Saya tiba ke Kompleks Pas Pokok Sena pada jam 2.30 petang selepas solat Jumaat. Setibanya di tempat jamuan tetamu telah memenuhi kerusi yang disediakan semuanya telah penuh, pihak urus setia terpaksa menambahkan bilangan kerusi yang ada. Kehadiran mereka telah disambut oleh YB Bukit Lada Ustaz Ahmad Izat dan Ahli Jawatankuasa Pas kawasan.

Tetamu yang hadir terdiri pelbagai kaum dan latar belakang. Turut menyambut mereka Adun Bukit Pinang YB Dato Md. Roshidi Osman dan Wakil Parlimen Pokok Sena YB Dato Mahfuz Omar. Kegembiran amat dirasai pada setiap mereka yang hadir.

Tetamu berpeluang mendengar ucapan dari wakil rakyat mereka bermula dengan ucapan Adun Bukit Lada, Bukit Pinang dan disudahi dengan YB Dato Mahfuz Omar.

Selepas ucapan kanak-kanak berbaris untuk mendapatkan duit raya. Tetamu tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan ketiga wakil rakyat mereka yang menunggu di hadapan pentas yang didirikan.

Saya pulang jam 4.00 petang, isteri dan anak-anak pulang lewat setelah jamuan selesai untuk mengemaskan tempat jamuan. Boleh dikatakan semua makanan yang disedikan semuanya habis dan mencukupi buat tetamu, syabas kepada semua yang terlibat termasuk Unit Amal yang berkerja keras mengawal lalu lintas sepanjang program dijalankan.

Atas: AJK Pas Kawasan Pokok Sena sedang menyambut tetamu.
Tengah: Para tetamu sedang menjamu selera.
Bawah: Ucapan oleh MP Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar.
Bawah sekali: Pemberian duit raya dari ketiga YB.

Rabu, 15 September 2010

JAMUAN HARI RAYA BERSAMA MB KEDAH DI KEDIAMAN RASMI SERI MENTALUN

Bergambar bersama YB Ustaz Ahmad Izzat Shauki ADUN Bukit Lada,Pokok Sena, beliau juga dilantik sebagai Timbalan Speker Dewan Undangan Negeri Kedah - Mudah ditemui dan mesra rakyat.
Kami sekeluaraga tiba pada jam 11.30 pagi dengan dua buah kereta, kelihatan sudah banyak deretan kereta yang diletakan di tepi jalan semuanya penuh dan kami terpaksa 'parking' jauh di hadapan Bangunan Akib dan terpaksa berjalan kaki sejauh 1km.
Kami sekeluarga terpaksa bersabar menunggu tetamu hingga mereka selesai menjamu selera dan mengambil tempat mereka. Saya dan isteri hanya duduk menunggu anak-anak mengambil makanan yang disedikan di gerai-gerai yang berdekatan. Pelbagai juadah disediakan termasuk satay, lemang, ketupat palas, meehun sup, murtabak, laksa, nasi dagang, buah-buahan, ais krim dan lain-lain yang disediakan.
Kehadiran Dato Ustas Azizan Razak melawat ke gerai-gerai dan melayani tetamu yang hadir memeriahkan lagi majis tersebut. Pelbagi kaum tidak melepaskan peluang bersalaman dengannya. Beliau kelihatan begitu mesra dan ceria dan ada yang sempat mengucapkan selamat hari raya kepada beliau.
Di majlis itu juga ada tetamu yang mengambil peluang bergambar beramai-ramai dengan beliau. Kanak-kanak yang hadir berpeluang mendapatkan duit raya dimulai dengan Esko kerajan negeri dan diakhiri dengan pemberian duit raya YB Menteri Besar. Dilihat dari poster jamuan berakhir pada jam 5.00 petang.

Kami terpaksa pulah awal kerana ingin bertemu saudara di Teluk Kumbar Alor Setar yang akan balik ke Ipoh selepas zohor. Anak-anak kelihatan cukup gembira kerana inilah kali pertama mereka berhari raya bersama dengan Menteri Besar dari Pakatan Rakyat pimpinan Dato Ustaz Azizan Razak.

Atas: Bersama YB Ust. Ahmad Izzat ADUN Bukit Lada, Pokok Sena.
Bawah 1: Tetamu makan di kawasan padang, kerusi penuh.
Bawah 2: YB Dato Ustas Azizan Razak di celah-celah orang ramai.
Bawah sekali: Kanak-kanak berpeluang mendapatkan duit raya.
tiblakedah.blogspot.com @kamera AGFA OPTIMA 100

Hasil Kedah capai 205% - MB kedah.

Ahad, 12 September 2010

KEHIDUPAN PERLU ADA BATASANNYA

Singgah sebentar di Kepala Batas
Melihat bangunan lama mana yang sampat
Rakyat bermaklumat mindanya bebas
Sokongan diberi betul dan tepat

Buah belimbing masak asam pedas
Ditambah ikan masin memanglah kena
Kekayaan dan pangkat hidup menindas
Kematian tiba taubat tidak berguna

• Atas: Bangunan lama peninggalan sejarah di Kepala Batas, Kedah.
• Bawah: Belimbing buluh ditanam taman Bandar Baru, Pokok Sena.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA DC-1033s

Sabtu, 11 September 2010

HIJAU ITU INDAH, THINGS GREEN

Ke Tanjung Musang naik kereta
Persekitarannya hijau penuh bermakna
Jiwa kosong sentiasa derita
Harta banyak tidak bermana

Yang hijau itu indah
Percikan air menghilangkan kepenatan
Tamak haloba tak pernah sudah
Sentiasa tertipu hasutan setan

• Atas: Kawasan berpaga buluh di Tanjung Musang, Langgar.
• Bawah: Kolam ikan di rumpun buluh tibla.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.