HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 30 November 2010

KEDAMAIAN SEMAKIN TERHAKIS

Sambil berehat mengadap ke pintu
Isteri berbual di tepi jendela
Kesusahan rakyat perlu dibantu
Pemimpin adil rakyat terbela


Membajak sawah gunakan kobota
Mudah dibawa merata-rata

Kalau sungguh bagi dikata
Siasatan diadili jelas dan nyata



• Atas: Ke persekitaran yang lebih hijau dan selesa.
• Tengah: Kobota digunakan untuk membajak.
• Bawah: Youtube' Belaian kasih sayang dai ibu'.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 29 November 2010

YANG MANA SATU

Selamat menyambt tahun Hijrah 1432 daripada kami sekeluarga. Salam ceria tanda ingatan.Tangkap ikan gunakan bubu
Bubu dipasang di hari minggu
Yang mana satu idaman kalbu
Tersalah pilih kerugian ditunggu

Letak kenderaan tepi jambatan
Binaanya teguh masih ketara
Satu matlamat satu pendekatan
Rakyat bersatu aman sejehtera



• Atas: Kawasan sungai dan jambatan di Tualang, Pokok Sena.

• Tengah: Kawasan sawah di Bukit Lala, Pokok Sena.
• Bawah: Youtube' Meracun rumput di sawah'.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 28 November 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN HIJRAH 1432

Selamat Menyambut tahun Hijrah 1432 dari kami sekeluarga.Melihat keluar di dalam bilik
Pemandangan hijau mencuci mata
Cuti sekolah pakat mai balik
Sempena Hijrah berjumpalah kita

Sabtu, 27 November 2010

SENTIASA BERSABAR

Kayu kering dibuat unggun
Sebelum dibakar perlu dibelah
Hidup mewah jangan terpegun
Sekadar menikmat tiada masaalah

Pagi hari memasak di dapur
Dapur dan taman dibena berkembar
Rezeki yang ada patut bersyukur
Yang datang kemudian perlu bersabar



• Atas: Kayu kering di sebelah sawah di Bukit Lala.

• Tengah: Memandang ke pondok dari 'dapur basah'.
• Bawah: Youtube' Ke arah persekitaran yang hijau'.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Jumaat, 26 November 2010

'DALAM KERUGIAN'

Minggu lepas pergi ke Naka
Datang melawat di waktu pagi

Masyarakat bermaklumat mindanya terbuka
Kebebasan disekat pastinya rugi


Berkawan bermain sama sebaya
Tempatnya selesa kawasan terbuka

Kaut keuntungan dijadikan budaya
Keberkatan tiada sia-sia belaka


• Atas: Pemandangan di waktu pagi di Kampung.
• Bawah: Kanak-kanak sedang leka bermain di kampung.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 25 November 2010

POKOK MATI AKIBAT WIFI

Ke arah persekitaran yang lebih hijau. Hijau itu indah, 'things green'.Kita boleh melakukannya.Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam.

Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning. Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.

Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.

Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.

Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati. Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan.
(Sumber - Agensi)


Sekadar hiasan
  • Atas: Sawah di Kg. Bukit Larik. Pokok Sena.
  • Tengah 1: Bunga mewarni kawasan sawah di Kg. Yoi.
  • Tengah 2: Pencawang komunikasi di atas bukit di Kg. Yoi.
  • Bawah: YouTube ' Menikmati udara pagi di kg. Kew'.
  • tiblakedah.blogspot.com @kamerai AFGA OPTIMA 100.

Rabu, 24 November 2010

MISKIN JIWA HIDUP TIDAK BERMAKNA

Hai anakku; Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.(Luqman Hakim)Pisang mentalon patah terkulai
Buahnya yang masak enak dimakan
Hidup berkeluarga janganlah lalai

Kewajiban yang disuruh perlu diutamakan


Kabus pagi menyelubungi bukit
Bukit dilingkungi sawah kanan dan kiri
Harta yang ada biar pun sedikit

Kebahagian hidup itulah yang dicari

• Atas: Pisan mentalon di tanam di belakang rumah.
• Bawah: Kawasan berbukit, gambar diambil dari Kg. Kew.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 23 November 2010

SIKAP DAN KESUNGGUHAN

Tanam pisang penjagaannya mudah
Hasil yang dikeluarkan bebakul-bakul

Bersara lewat prestasinya rendah

Ibarat pahat dengan penukul


Balik ke kampung di hari raya
Pemandangan dipenuhi sawah dan paya

Keseronokan berkerja dijadikan budaya
Perkhidmatan yang ditawarkan pasti berjaya


• Atas: Tanaman pisang sekadar menghiasi kehijauan.

• Bawah: Kawasan sawah dan paya di Titi Haji Idris, Langgar.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 22 November 2010

KESELAMATAN KITA PERLU TERJAMIN

Angkut buah dengan dikendung
Jika lambat dimakan burung

Bagikan lembu dicucuk hidung
Kemerdekan pupus jiwa terkurung


Petang hari melawat ke Pedu
Balik terlewat isteri menunggu

Di manalah tempat kitakan mengadu
Keselamatan yang ada sudah diragu

• Atas: Kawasan dusun di tepi jalan raya menuju ke Jitra.

• Bawah: Pandu arah ke Sik yang terletak di Kuala Nerang.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 21 November 2010

EXPO CHENG HO 2010 - KELANTAN

Welcome to Cheng Ho Expo 2010 | 欢迎来到郑和博览会- 2010年吉兰丹| @ 21 - 26 November 2010.

KEHIDUPAN YANG LEBIH BERERTI

Rehat di kuburan seorang diri
Terlena lama masanya tak pasti
Hidup pemurah sering memberi
Bekalan tua sebelum mati

Memancing ikan lalu di titi
Ikan diisi didalam baldi
Yakinlah kita hidup pastikan mati
Kebahagian di Akhirat kekal Abadi



• Atas: Berehat di kawasan perkuburan Alor Malai, Alor Setar.
• Tengah: Memancing ikan di Kepala Bendang, Tualang,Pokok Sena.
• Bawah: YouTube' Semoga hidup ini dipermudahkan Insy'Allah'.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 20 November 2010

BUMI HIJAU PERSEKITARAN SELESA

Datang ke pejabat awal sentiasa
Tugasan dan lapuran sudah tersedia
Persekitaran hijau indah selesa
Bumi sejuk Kehidupan ceria

Bersara kerja menunggu masa
Tinggalkan kawan ucapkan terima kaseh
Kotaraya cantih tak seindah desa
Udaranya segar sungainya berseh

• Atas:
Sungai di kawasan Tanjung Mas, Pokok Sena.
• Bawah: Pokok petai di kawasan sawah Bukit Lala, Pokok Sena.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Jumaat, 19 November 2010

KORBAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA

Sempena hari raya Aidiladha kami sekeluarga telah mengadakan majlis korban yang dihadiri oleh keluarga yang terdekat. Kami menyembelih biri-biri pada hari raya yang ke-dua.

Sembelihan dibuat pada jam 8.00 pagi telah disempurnakan oleh Saudara Sayed Ismail di pekarangan rumah kami di Bukit Lala, Pokok Sena. Semua keluarga datang membantu untuk menjayakan majlis itu.

Sebahagian daripada dagingnya kami mengagihkan kepada jirn-jiran yang terdekat. Manakala sebahagian daripada daging korban kami masak untuk jamunan makanan tengah hari yang mana dagingnya kami buat gulai dicampur dengan pisang.

Setelah semuanya masak kami menghidangkannya kepada tetamu dan keluarga yang hadir. Jamuan selesai sebelum solat Jumaat kira-kira jam 12.00 tengah hari. Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.


Khamis, 18 November 2010

KEBENARAN TETAP DI JALAN YANG BETUL

Presiden PAS akan merasmikan sempena Memperingati Memali pada hari Jumaat 18 November 2010 jam 9 malam. Program bermula 18 hingga 20 Nov. 2010 @ Semua dijemput hadir. Lokasi : di Madrasah Islahiah Diniah Memali Baling, Kedah.Kami di sini banyak ke sawah
Sawahnya luas merata-merata

Jadi pemimpin terlampau mewah
Rakyat bawahan celikkanlah mata


Banjir melanda di paras dada
Ramai yang terkandas di kawasan tol

Pujian dibuat berpada-pada
Kebenaran tetap di jalan yang betul

• Atas: Sawah di waktu petang di kg. Bukit Lala, Pokok Sena.
• Bawah: Sawah semasa ditengelami air di Bukit Lala, Pokok Sena.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 17 November 2010

KEDAMAIAN

Ambil daun palas buat ketupat
Ketupat yang pejal tidak melekat

Tindakan yang dibuat betul dan tepat
Media putar belit meracuni mayarakat


Jalan di sawah berhenti seketika
Rasa kepenatan rehat di titi

Lapuran yang adil media beretika

Berita ternama betul perlu diteliti

• Atas: Pokok palas dilihat dari sudut laman tibla.

• Bawah: Titi laluan ke sawah di Mukim Lepai, Pokok Sena.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 16 November 2010

PEMIMPIN AMANAH RAKYAT SEJERTERA

Pergi ke kebun pagi selasa
Raya dah dekat kutip kelapa
Sekali dipulau mereka terasa
Fitnah yang lakukan mereka dah lupa

Hujan seharian berehat di rumah
Bersama keluarga menjamu selera
Belanjawan serdahana serta berhemah
Pemimpin amanah rakyat sejahtera



Sambungan Titah Perasmian Bajet 2011 (bahagian 2)

• Atas: Pokok kelapa di sawah kg. Bukit Lala, Pokok Sena.
• Bawah: Pemandangan di kawasan kampung kami.
• Bawah: Titah Perasmian Bajet 2011 (Bhg. 1 dan 2)
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 15 November 2010

PILIHLAH YANG TERBAIK

Kampung kami tidaklah maju
Masih ada guna air perigi

ETP diperkenal ramai yang tak setuju
Laba yang diterima resikonya tinggi


Balik ke rumah ikut jalan Pancur
Jalan pintas di kebun jalannya curam

Bahteranya ungsang sudah pun bocur
Sampainya tidak menunggu karam




• Atas: Jalan pintas di kebun getah di kg. Bukit Lala, Pokok Sena.

• Tengah: Sebahagian jalan yang masih belum bertar di Kg. Bukit Lala.
• Bawah: YouTube 'Sawah menghijau dan kicauan burung'.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 14 November 2010

BERILAH LAPURAN YANG SAKSAMA

Di tepi sawah hentikan kereta
Sawah terletak di kawasan Naka
Lapuran beretika tidak dikota
Larangan diberi riuhnya mereka


Pergi ke sawah lalu di tepi
Laluannya rata di sebelah kiri
Sumbanga kerajaan negeri sering dinafi
Berat sebelah tumbang sendiri

• Atas: Sawah menghijau di kawasan Naka, Pokok Sena.
• Bawah: Membajak sawah di kg. Kolam, Mukim Jabi, Pokok Sena.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Sabtu, 13 November 2010

HATI-HATI BILA BERBELANJA

Gunakan balak untuk menyeberang
Kawasan yang dilawat di Kuala Pai
Belanja lebih pendapatan kurang
Gaji ditunggu penyata yang sampai

Penat memancing ikan tak kena
Pancing dipacak dibubuh umpan
Pendapatan lebih hidup sederhana
Wang disimpanan buat masa depan

• Atas: Ke kawasan balak di Kuala Pai, Kuala Nerang.
• Bawah: Memancing di kawasan sawah, Kg. Kolam, Pokok Sena.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Jumaat, 12 November 2010

JANGAN LARI DARI MEMBAYAR HUTANG

Jalan-jalan di waktu petang
Kaki tergelincir tersepak tempurung
Ingin bermewah dibebani hutang
Hutang bertimbun fikiran murung

Pergi ke kebun mencari palas
Palas dicantas perlu teliti
Hutang di dunia wajib dijelas
Waris terdekat perlu menganti

• Atas: Air sudah surut di kawasan sawah di Tualang, Pokok Sena.
• Bawah: Menziarahi saudara yang meninggal di kampung Kora, Sik.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Khamis, 11 November 2010

KEBAHAGIAN ABADI MENUJU AKHIRAT

Persekitaran indah penyeri taman
Taman menghijau dapat dilihat
Keikhlasan hidup manisnya iman
Kebahagian abadi menuju Akhirat

Lalu di perkuburan naik basikal
Letak basikal lalu ke depan
Hidup di dunia tiada yang kekal
Nafas tehenti mengakhiri kehidupan

• Atas: Kearah persekitaran yang hijau tenang dan damai.
• Tengah: Kawasan perkuburan di Datuk Kumbar, Alor Setar.
• Bawah: YouTube’Interview Former Rap Artist Loon accepts Islam’
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

FITNAH MEMBAWA KEMUSNAHAN

Selamat menyambut hari raya korban 1431. Selamat bercuti dan hati-hati di jalan raya.
Mengait petai di tepi sawah
Petai dimasak dengan ikan tenggiri

Kerajaan Kedah tidaklah mewah
Kesusahan rakyat mampu diberi

Lalu di kampung jalan pelahan
Elakkan kebisingan hidup berjiran

Tuduhan dibuat jangan keterlaluan
Rakyat mendengar, beritanya hairan

• Atas: Petai di tepi sawah laluan ke Kg. Bukit Lala. Pokok Sena.

• Bawah: Laluan di kawasan kampung Bukit Lala Pokok Sena.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Rabu, 10 November 2010

HIDUP DAN MATI

Pagi-pagi melawat ke sawah
Sawah menghijau dihiasi titi

Hidup sederhana tidak bermewah

Akhirat matlamat selepas mati

Balik ke Pokok Sena laluan pintas
Tiba di Kubang Lintah berhenti di titi

Kekayaan yang ada tidakkan puas
Jika hidup lupakan mati


• Atas: Titi kayu di Kg. Kubang Lintah, Mukim Lepai, Pokok Sena.

• Bawah: Laluan pintas kawasan sawah di Mukin Lepai, Pokok Sena.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Selasa, 9 November 2010

SELAMAT BERCUTI,HATI-HATI DI JALAN RAYA

Hati-hati di jalan raya semoga selamat sampai ke distinasi. Selamat menyambut hari raya korban.

Waktu petang bakar jerami
Api marak padam dengan air perigi
Singgahlah anda ke pondok kami
Sudilah datang, tidak anda siapalah lagi

Duduk berehat di atas titi
Melihat sawah hijau dan subur
Cuti sekolah sedang dinanti

Kunjungi saudara semoga terhibur

Bermalam di pondok pasang cempeni
Lampu dipasang di sebelah kiri

Sibuk di bandar berehatlah ke sini

Kehijauan sawah dan kebun wajahkan berseri


• Atas: Youtube 'Selamat datang ke Teratak Impian Bukit Lala'.

• Tengah: Pokok getah dan setor baja bersebelahan tibla.

• Bawah: Kehijauan sawah di kampung Kiew , Pokok Sena.

• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Ahad, 7 November 2010

SEMOGA SENTIASA DIBERI PERTUNJUK

Halaman yang selesa sekadar menikmati
Leka dan lalai perlu dijauhi
Pengorbanan diberi tanda simpati
Sinar kebahagian nur Illahi

Angkut kayu dikerat-kerat
Saiznya pendek mudah dibawa
Bahagialah di dunia bahagia di akhirat
Doa dan harapan insan bertakwa



• Atas: Santai dipersekitaran yang indah dan selesa.

• Tengah: Bangku dan alas pokok dibuat dari bongkah kayu.
• Bawah: YouTube ‘ Laluan utama ke kebun di Bukit Lala'.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.