Pokok Sena - Hujan masih turun dengan lebat bermula pada 31 Oktober 2010 hari Ahad petang hingga ke hari Isnin. Semasa berita ini ditulis jam 4.40 petang. hujan masih turun dan tiada kelihatan tanda hujan akan reda.
Ada setengah kawasan rendah di sekitar masjid Sungai Durian telah ditengelami air. Di kampung kami di Bukit Lala di kawasan sawah mulai ditengelami air akibat hujan yang berterusan turun dari kawasan tanah tinggi yang berdekatan.
Bagi mereka yang berkerja menoreh getah diharap bersabar. Manakala mereka yang berkerja di sawah pula padi mereka sudah tumbuh dengan subur dan menghijau diharapkan semoga padi mereka tidak tengelam terlalu lama yang boleh mengakibatkan pokok boleh mati.
Setiap dugaan ada hikmahnya, bersabar itu lebih tinggi niilainya jika kita redo menerima ketentuan dari Allah. Kemungikinan kesusahan yang kita tanggung tidak seberapa, Semoga dengan berkat kesabaran kita akan terbayar di masa yang akan datang.
• Atas: Hujan sedang turun di Kampung Bukit Lala.
• Tengah: Sawah yang belum ditengelami air di kampung Bukit Lala.
• Bawah: YouTube ‘ Hujan lebat di Kampung Bukit Lala’.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan