HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 30 Mei 2015

HATI YANG TERDETIK




Beri makan dedak kepada itek
Makannya berebut melihatnya leka
Tinggalkan seseorang dengan hati yang terdetik
Bukan tinggalkan dengan hati yang terluka



Menabur baja naik kereta
Sudah sampai baja ditabur
Bila hati sudah terluka
Sembuhnya payah jangan terlanjur

• Pemandangan di waktu petang di kawasan rumah.
• Jalan ke kebun getah di Bukit Kapal.

Khamis, 28 Mei 2015

REBUTLAH PELUANG


Persekitaran rumah janganlah semak
Pokok menghijau sentiasa bersih
Malam terlena tidurnya enak
Bangun sepertiga malam katakan boleh


Rehat santai di waktu petang
Petang redup pemandangan indah 
Ramadan datang kerinduang datang
Rebutlah peluang tingkatkan ibadah


• Persekitaran di tepi rumah.
• Pemandangan di kawasan pondok.
• Kulia Magrib di masjid Tuan Guru Nik Aziz oleh Dr. Maza.

Selasa, 26 Mei 2015

DALAM HATI SIAPA YANG TAHU


Kawasan kebun jangan biarkan belukar
Perlu dibersihkan gantikan tanaman
Jangan sebarangan hantu digelar
Buat sesuatu rapatkan hubungan


Hari petang cuaca mendung
Hujan turun belumlah tentu
Apa yang zahir untuk direnung
Dalam hati siapa yang tahu

• Pokok pisang hiasan untuk indahkan kawasan rumah.
• Hujan turun sebelum subuh membawa ke pagi.

Ahad, 24 Mei 2015

KEMAMPUAN YANG ADA


Latek mengalir cuma sedikit
Sebelum beku hari dah hujan
Peniaga haloba kumpulkan duit
Duit dikumpul bantu kerajaan


Pagi-pagi sudah pun hujan
Ubi rebus sedap juga untuk sarapan
Negara maju itulah harapan

• Kebun getah di kampung Bukit Lala.
• Sarapan ubi kayu di kawasan halaman.

HORMAT MENGHORMATI


Karipap dihidang bersama kopi
Minum santai di waktu petang
Suami isteri saling hormat menghormati
Umur bertambah semakin sayang


Rehat santai menung sejenak
Melihat ikan berenang-berenang
Ramai dirisau ramainya anak
Rezeki datang tidak semestinya wang

• Minum petang di tepi kolam,
• Pemandangan di waktu petang di kolam.

Khamis, 21 Mei 2015

PEMIMPIN ADIL NEGARA AMAN


Rehat petang cuaca cerah
Udara segar daun-daun kehijauan
Negara maju rakyat masih susah
Kos hidup meningkat pendapatan tidak sepadan


Duduk di kolam beri makan ikan
Burung-burung terbang berkeliaran
Pemimpin adil negara aman
Mengharap kebenaran kenyataan dan harapan


• Pemandangan di waktu pagi di halaman,
• Pemandangan di waktu pagi di kolam.
• Soal jawab - Tun Dr. Mahathir Menteri

Sabtu, 16 Mei 2015

BILA NASIHAT TIDAK DIPEDULI


Mentari pagi cahayanya cerah
Cuaca dingin angin bertiup
Jangan sokong membawa rebah
Sudah rebah payah nak hidup


Rehat di halaman di waktu pagi
Sementara menungu untuk sarapan
Bila nasihat tidak dipeduli
Boleh berdepat kata berdepan

• Pemandangan di waktu pagi di halaman,
• Pemandangan di waktu pagi di kolam.

Khamis, 14 Mei 2015

HARTA KURANG DAN HARGA DIRI


Suasana pagi sudah pun terang
Getah ditoreh sudan pun banyak
Maruah hilang jatidiri hilang
Tarap binatang malunya tidak


Pagi-pagi sudah ke bandar
Sampa ke bandar mentari sudah meninggi
Untuk keperluan harian berkais pagi

• Penoreh getah di kampung Bukit Lala,
• Pemandangan di waktu pagi di bandar Alor Setar.

Ahad, 10 Mei 2015

SEMAKIN JELAS DAN NYATA


Kawasan sawah sudah dibaja
Baja ditabur gunakan jentera
Jawatan diamanahkan keuntungan ada
Jalan mudah menjadi kaya raya  


Menanam padi gunakan jentera
Keja dibuat cuma berdua
Rakyat berubah hanya menunggu masa


• Sawah di kawasan kampung Yoi.
• Menanam padi guna jentera di kawasan Pendang.

Sabtu, 9 Mei 2015

DIBERI KEPERCAYAAN AMBIL PELUANG


Waktu pagi cahayanya terang
Lihat ikan di kolam berenang-renang
Diberi kepercayaan jangan ambil peluang 


Menunggu biri-biri pulang petang
Waktu petang masih cerah
Tersilap langkah syarikat musnah

• Minum pai di tepi kolam.
• Menunggu biri-biri pulang petang.

Khamis, 7 Mei 2015

APA SUDAH TERJADI


Daun pisang boleh dijual
Di tepi halaman ada kelapa
Beban ditanggung rakyat bertimpa-timpa


Sungai Santap kawasan Pokok Sena
Tempat memancing juga menjala
Wang penyimpan Tabung Haji disalah guna
Jika benar ambil tindakan segera 


• Kebun pisang dan kelapa di belakang rumah.
• Sungai Santap juga diguna untuk saliran air ke sawah.
• Bicara Negarawan - Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Rabu, 6 Mei 2015

KEWARASAN HILANG


Rehat di luar tiupan angin
Cuaca dingin terasa segar
Jangan-jangan isteri, kawin lebih tidak dibenar


Beri dedak tabur di kolam
Dedah jatuh ikan terus makan 
Ajar sampai pembunuhan kejam
Hilang kawalan hilang kewarasan

• Rehat santai di kawasan teratak.
• Rehat santai di kawasan kolam.

Selasa, 5 Mei 2015

HANYA ALLAH SEBAGI PELINDUNG


Terasa penat rehat sebentar
Mentari pagi cahayanya terang
Apa yang kurang perlu bersabar
Terus berusaha kejayaan datang


Buah kelapa ditebuk tupai
Di pelepah pokok perangkap digantung 
Hanya Allah sebagai pelindung

• Rehat sekejap setelah bersihkan kawasan halaman.
• Kait kelapa di tepi rumah.