HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 10 Mei 2017

ISLAM ADA KEKUATAN


Rumput kapet ditanam berselang seli
Bunga dijaga tumbuh lebih dikerat 
Kerajan dipertahankan pemimpin tidak boleh dibeli
Islam diperjuangkan akhirat matlamat




Jalan kampung jalan selamat
Tidak sesak kecuai ada kenduri 
Perjuangan kebendaan menjadi matlamat
Jika kalah mereka kan lari

• Pemandangan di kawasan pondok.
• Jalan di Wang Tepos jalan pintas ke Changlon.

Sabtu, 8 April 2017

ISLAM JANGAN DIHALANG


Panas terik mentari tegak
Bila petang cahayanya memancar 
Islam ditekan dihalang terbantut tidak
Terus bangun membawa sinar




Waktu pagi melawat ladang rusa
Air terjun persekitan cerah
Hasat dengki perjuangng yang sia-sia
Akhirat matlamat serta redo Allah

• Pemandangan hampir waktu tengahari.
• Kawasan kolam renang baru siap dibena.

Ahad, 2 April 2017

SENJANTA MUKMIN ADALAH DOA


Pagi-pagi kait kelapa
Buat kueh untuk sarapan
Senjanta mukimin adalah doa
Terus istiqmah berputus asa jangan




Hasil kampung banyak percuma
Buat kari masa lemak enak dimakan
Kalah menang sentiasa bersama
Terus istiqmah menuju kemenangan

• Pokok kelapa di tepi rumah.
• Hasil tanam di kampung tumbuh melata.

Isnin, 20 Mac 2017

AKHIRAT MATLAMAT


Udara segar di waktu pagi
Suasana kehijauan menjadi indah 
Kualiti ilmu semakin tinggi
Kualiti emosi semakin rendah



Waktu pagi udaranya nyaman
Suasana redup kerja tidaklah penat 
Islam sesuai sepanjang zaman
Kebaikan dikerjakan akhirat matlamat

• Pemandangan indah di waktu pagi.
• Potong rumput di halaman rumah.

Selasa, 7 Mac 2017

TIDAK DAPAT BR1M JANGAN BIMBANG


Pokok condong akan ditebang
Buahnya dah tua sungguh lebat

Tidak dapat BR1M jangan bimbang
PRU 14 wang akan diberi masih belum terlambat


Tepi kolam disusun batu
Pokok hijau serta bunga-bungaan
Harga minyak kenderaan tidak menentu
Harga naik rakyat menanggung beban

• Pokok kelapa di tepi laut.
• Pokok-pokok menghijau serta bunga-bungaan.

Jumaat, 3 Mac 2017

SEMOGA DIPERMUDAKAN KEHIDUPAN


Waktu pagi terang berderang
Petang hari macam nak hujan
Umur meningkat banyak yang kurang
Sakaratul maut semoga Allah permudahkan



Di depan rumah santai sarapan
Ada kalanya hanya makan roti
Di saat kematian hanya doa dan harapan
Surga ditempatkan semoga  Allah rahmati

• Semoga Allah permudakan dalam urusan kehidupan.
• Sarapan padi sebelum mulakan kerja.

Jumaat, 10 Februari 2017

POLITIK MATANG SEJAHTERA


Sarapan pagi santai selesa
Kolam ikan di tepi rumah
Jangan lemah serta berputus asa
Kemenangan pasti perlu istiqmah


Pergi ke sawah lalu di titi
Pancing ikan di waktu petang
Jangan gopoh  hormat menghormati
Dakwah berterusan politik matang

• Sarapan santai tepi kolam.
• Sawah padi di kampung Tualang.

Sabtu, 21 Januari 2017

TUGAS ADALAH AMANAH


Rehat santai di ruang hadapan
Sarapan pagi sudah dibeli
Hilang pertimbangan musnahkan kehidupan

Dunia sementara akhirat tempat kembali 



Rehat sekejap di tepi kolam ikan
Hidang siap untuk sarapan
Tolong menolong dalam kebajikan
Jangan sampai hilangnya kepercayaan

• Kawasan pondok di depan rumah.
• Sarapan pagi di tepi kolam.

Isnin, 16 Januari 2017

RAKYAT TERUS ISTIQMAH


Dari Alor Setar ke KL Sentral
Naik EST separuh harga
Rakyat mengharap jangan terjual
Jika rugi jangan berbangga



Berdiri di kapal terbang berangan-angan
Dari Putrajaya ke Pokok Sena
Terus istiqmah menuju kemenangan
Fitnah dan cacian tidak kemana-mana

• Menunggu ETS di Stesen Alor Setar untuk ke KL Sentral.
• Bergambar di sebuah cafe di Salak Tinggi.