HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 31 Disember 2008

UNDI PAS-DAP DAPAT PAHALA?

Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD
KUALA TERENGGANU 30 Dis 2008 (Utusan Malaysia) - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menjelaskan kedudukan orang Melayu yang menyokong DAP sedangkan ia secara terang-terangan menentang Islam. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, jika Menteri Besar Kelantan itu boleh mengeluarkan 'fatwa' sesiapa mengundi Pas mendapat pahala daripada Allah, maka beliau perlu menjelaskan kedudukan orang Melayu yang menyokong parti bukan Islam.


Beliau menegaskan, jika orang Melayu menolak Barisan Nasional (BN) berdasarkan 'fatwa' itu, bagaimana pula kedudukan orang Melayu di negeri lain yang menyokong DAP dan parti bukan Islam lain.Jelasnya, Nik Abdul Aziz perlu berbuat demikian bagi mengelakkan kekeliruan kerana selagi penjelasan itu tidak dibuat, maka 'fatwa' beliau mengenai dosa dan pahala terbukti semata-mata bertujuan untuk memancing undi.

''Saya fikir kenyataan Menteri Besar Kelantan itu tidak mungkin boleh mempengaruhi pengundi Melayu di sini kerana mereka semua tentunya berniat baik, mengundi BN kerana inginkan kebaikan dan kesejahteraan. ''Apakah mengundi BN mendapat dosa? Beliau harus buat penjelasan berhubung Melayu yang menyokong DAP," katanya selepas menziarahi penghuni Rumah Pangsa Seri Kolam di sini hari ini.


Beliau yang juga calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang mendakwa mana-mana pengundi yang mengundi Pas akan mendapat pahala daripada Allah. Wan Ahmad Farid mempersoalkan adakah berdosa jika masyarakat Melayu mengundi BN yang sentiasa melaksanakan pelbagai program untuk kebaikan dan kesejahteraan umat. ''Apakah mereka yang menyokong kerajaan BN yang ternyata banyak melaksanakan pembangunan, sekolah, masjid dan kemudahan lain itu berdosa hukumnya," ujarnya.

Menurutnya, beliau tidak hairan dengan 'fatwa' berkenaan kerana pemimpin Pas sering mengeluarkan fatwa menjelang pilihan raya. ''Yang anehnya fatwa menghukum hanya dikeluarkan kepada Melayu di Kuala Terengganu tetapi di negeri lain tidak," katanya.

Arkib ucapan pemimpin : Senator D. Wan Ahmad Farid Wan Salleh

Arkib ucapan pemimpin: Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat - Dosa pahala

Apa Mereka Kata

Isnin, 29 Disember 2008

AR-RAHNU DI POKOK SENA

Sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu X'Change telah dibuka dengan rasminya pada 30 Desember 2008 bertempat di premis No. 111A Taman Bunga Sena, Jalan Besar 06400 Pokok Sena Kedah. Ia dikendalikan oleh Koperasi Jabatan Kesihatan Kedah Berhad dengan kerjasama Bank Rakyat Malaysia.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Mangsor Saat (Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia). Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh imam masjid Bandar Baru Pokok Sena pada jam 9.45 pagi dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Y. Bhg. Tuan Haji Fadzil Ahmad (Pengerusi Kop. Jab. Kesihatan Kedah Bhd.) dan Y. Bhg. Datuk Kamaruzaman Che Mat (Pengarah Urusan Bank Rakyat).

Selesai ucapan Y. Bhg. Dato' Mangsor Saat telah memotong riben, tanda perasmian Ar-Rahnu X'Change dengan disaksikan oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah Koperasi, tetamu jemputan serta orang ramai. Beliau telah masuk ke permis tersebut untuk melihat sendiri perjalanan sistem yang dijalankan. Beliau telah diberi penerangan oleh Pengerusi Koperasi dan kakitangan Ar-Rahnu. Majlis disudahi dengan jamuan makan tengah hari.

Arkib ucapan pemimpin : Sistem pajak gadai Islam Ar-Rahan di Kelantan.

YAKIN KEMENANGAN

Photobucket
BERI SALAH, TAK BERI KALAH, KEDUA-DUANYA SERBA SALAH, RAKYAT BIJAK TOLAK YANG BATIL KEMENANGAN PASTI TERSERLAH
Nik Aziz yakin kemenangan PAS, hudud diterima
Harakahdaily Mon Dec 29, 2008 12:30:22 pm
KUALA TERENGGANU, 29 Dis (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat yakin akan tiba masanya dimana semua pihak akan menerima perlaksanaan undang-undang Islam termasuk termasuk Hudud dan Qisas.

"Projek besar kita tengok...Islam ni projek besar, sepuluh tahun dua puluh tahun, Nabi Muhammad 23 tahun. Saya ni 20 tahun dah, pelik apa kalau lambat sikit,? katanya kepada para wartawan Buletin Online selepas Majlis Pelancaran Jentera Bantuan dari Negeri Kelantan bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, di Masjid Hiliran, di sini semalam.


Beliau juga turut yakin dengan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu akan datang dan ini berdasarkan kepada sokongan semua pihak yang semakin meningkat kepada PAS berbanding dengan beberapa tahun lalu.
"Benda-benda PAS kata sekarang ni banyak dah orang terima. Dulu...usahkan Hudud, sebut kata politik Islam pun orang tak boleh terima.Sekarang ni Melayu, PAS pun terima, Melayu Umno banyak sokong PAS dah sekarang ni, Cina pun sokong,?katanya.

Justeru beliau berharap semua warga Parlimen Kuala Terengganu akan mengundi calun PAS pada 17 Januari depan. "Saya berdoa kepada Allah dan minta rakyat semua, Cina Melayu PAS dan UMNO sokong calon PAS, usahkan orang PAS, Umno pun saya minta untuk sokong (calon PAS),? katanya.


APA MEREKA KATA

Arkib koleksi ucapan pemimpin : Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat - Kita semua adik beradik.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). - Al-Hujuraat : 13


Ahad, 28 Disember 2008

Rabu, 24 Disember 2008

SELAMAT MENYAMBUT 1430H

Photobucket
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Selasa, 23 Disember 2008

MAHFUZ MENANG LAWAN UTUSAN

Photobucket
Harakahdaily Foto Nasir Sudin Tue Dec 23, 08 2:43:26 pm MYT
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut.

Mahfuz, selaku plaintif, menfailkan saman itu pada 2001 dengan menamakan ketua pengarang kumpulan akhbar berpengaruh Utusan Malaysia (ketika itu) dan penerbitnya sebagai defendan-defendan.


Beliau mendakwa defendan pertama telah dengan sengaja dan niat jahat membenarkan penerbitan dan percetakan kata-kata yang mengandungi unsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001. Mahfuz mendakwa penerbitan perkataan-perkataan itu menyebabkan dia menanggung malu dan menjejaskan kredibiliti di kalangan masyarakat. Beliau yang bertindak sebagai Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan mengarahkan defendan meminta maaf serta menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya.


Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada Mac 2002 pula menyatakan artikel "Demonstrasi Mahfuz isytihar bersama Keadilan" yang disiarkan itu adalah benar dari segi kandungan dan fakta dan menafikan bahawa ia bersifat fitnah.


Arkib koleksi ucapan pemimpin: YB Mahfuz Omar dalam HUJAH TV9

Jumaat, 19 Disember 2008

ISU PAPAN TANDA DI P.PINANG

Nik Aziz pertahan papan tanda tulisan Cina

PASIR PUTEH 20 Nov. 2008 - Kerajaan Pas Kelantan hari ini mempertahankan keputusan Pulau Pinang menggunakan papan tanda jalan dalam tulisan Cina walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang membantah cadangan tersebut sehingga menimbulkan kontroversi.
Menurutnya, sesuatu yang menghairankan apabila cadangan tersebut dibangkang sedangkan pada masa sama rakyat negara ini dibenarkan berkomunikasi dalam bahasa Cina malah bersekolah di aliran Cina.''Bahasa dan tulisan itu saling berkait malah Islam memahami bahasa itu adalah nikmat tetapi pelik pula apabila cadangan menulis papan tanda dalam bahasa Cina dibantah.
''Namun pada masa sama, rakyatnya dibenarkan bertutur dalam bahasa Cina, bersekolah Cina, membenarkan surat khabar Cina diedarkan malah sesetengah rancangan di radio juga menggunakan bahasa sama," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan bangunan makmal Pengajian al-Quran dan Hadis (MQH) di Masjid Majidiah, Wakaf Berangan di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz berharap isu tersebut dapat diatasi kerana ia hanya merenggangkan hubungan sesama kaum di negara ini.''Sekarang ini kaum lain di Pulau Pinang semakin memahami Islam kerana Ketua Menterinya, Lim Guan Eng gemar menggunakan ketokohan pemimpin Islam silam dalam ucapannya, jadi lebih baik isu tidak dipanjangkan'' katanya.

ARKIB KOLEKSI UCAPAN PEMIMPIN

Sambutan Tahun Baru Cina di Kota Baru Kelantan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

Ucapan pengerusi kelab penyokong (PAS Cina) Hu Phang Chow

Rabu, 17 Disember 2008

DUTA EU DAN MB KELANTAN

Harakah : Thu Dec 18, 2008 11:17:22 am
Presiden Kesatuan Eropah, Marc Barety melahirkan rasa kagum dengan corak pentadbiran yang diamalkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz di negeri itu.

Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar yang terdiri daripada Duta serta wakil Kesatuan Eropah (EU) dalam satu kunjungan ke negeri Serambi Makkah, baru-baru ini. Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech, Poland, Hungary, Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom, Belgium, Romania,Italy, Denmark dan Findland. Berikut adalah sedutan dialog antara Marc Barety dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Kota Darul Naim seperti dicatatkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Annual Bakri Haron.

Marc Barety: Memulakan persoalan, Tuan Guru diminta supaya menjelaskan apa-apa pencapaian yang mungkin dapat dikongsikan sepanjang 18 tahun mentadbir kerajaan negeri.

Tuan Guru Nik Aziz: Terima kasih kembali kepada tuan-tuan yang sudi mengunjungi sebuah negeri yang memilih untuk berbeza dari parti yang memerintah Malaysia di peringkat Pusat. Sebenarnya, saya bukan sengaja memilih untuk berbeza semata-mata kerana ingin atau gemar untuk berbeza. Kami membuat pilihan ini untuk "mendidik atau lebih tepat mengajar" kepada seluruh rakyat bahawa Islam itu begini. Demokrasi itu begini.

Seawal-awalnya kita perlu faham bahawa bumi ini kepunyaan Allah. Dialah Tuhan kita dan Dialah Yang Maha Pencipta. Dia yang membuat semua ini. Jika manusia kata manusia tercipta lebih dahulu, lalu manusia mencipta alam, maka di mana pula manusia awal itu tinggal. Jika dia berada di atas tanah, siapa yang mencipta tanah? Jika dia kata dia berada di udara, maka siapa pula yang mencipta udara? Siapa yang mencipta oksigen untuk manusia itu bernafas?

Mustahil alam dan bumi ini terjadi dengan sendiri. Ini kerja Allah. Dari-Nya jua segala planet dan alam ini berasal. Oleh kerana itu, maka Allah sahajalah yang berhak menurunkan perintah dan larangan dalam sebuah sistem hukum, undang-undang dan peraturan.

Ia dimuatkan ke dalam al-Quran. Untuk melengkapkan ia menjadi sebuah manual ? bertindak sebagai pengatur yang bersifat ?how to use? ? maka Allah turunkan Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi inilah yang menterjemahkan segala peraturan yang disebut sunah - untuk diikuti dan dicontohi akhlaknya atau bagaimana untuk hidup sebagai seorang hamba yang menumpang muka bumi yang dimiliki oleh Allah ini.

Ertinya, saya atau kami seluruh rakyat Kelantan memilih Islam demi untuk membetulkan landasan hidup. Saya mentadbir negeri ini dari sejak 1990 atas nama Islam untuk mengembalikan perjalanan hidup manusia dari landasan yang salah yakni mengabdikan diri sesama makhluk melalui pelbagai isme ciptaan kepada mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Pencipta semata-mata. Disamping itu, kami datang untuk membetulkan dan memulihkan demokrasi yang telah dengan teruknya dikhianati.

Dengan agenda sebesar itu, kami mula bergerak perlahan-lahan. Mula-mula saya perintahkan semua simpanan wang kerajaan dipindahkan ke dalam Bank Islam. Ini dilakukan untuk mengelakkan kerajaan berlanggan dengan sistem ekonomi yang menindas yang dilandasi riba. Riba ini sebenarnya penghisap darah. Sejurus selepas itu, saya didatangi oleh satu rombongan pengurus-pengurus bank yang merayu saya tidak berbuat demikian. Saya menjawab bahawa tidak ada apa yang salah mengenai saya tetapi yang salahnya ialah tuan-tuan dan dasar kapitalis yang menindas hasil amalan bank tuan-tuan. Mereka senyap.

Dari sinilah bermulanya era pengislaman bank-bank di Malaysia. Semakin banyak bank-bank yang mula membuka dua kaunter. Kini, sudah semakin banyak bank-bank yang beroperasi menggunakan instrumen kewangan Islam sepenuhnya. Lebih kurang dua bulan yang lepas misalnya, saya dijemput untuk merasmikan pembukaan Hong Leong Islamic Bank. Menjawab persoalan tuan; maka ini semua berupa pencapaian.

Satu lagi perkara ialah kita tidak berminat untuk membesar-besarkan faktor bangsa. Apa yang saya perbesarkan ialah perihal bersamanya kita semua ini kerana kita datang dari keturunan yang satu yakni Adam dan Hawa. Kita berada dalam sebuah keluarga yang besar, yang bertolak dari benih dan keturunan Adam yang sama. Dengan ini, saya menyemai perasaan kasih sayang, perasaan kebersamaan dan adik beradik. Tidak timbullah dasar dan amalan menindas dan berkembangnya perasaan curiga, dengki mendengki yang menekan dan mendiskriminasi. Di sini, kita telah berjaya meruntuhkan tembok tebal yang memisahkan kita sesama kita sekian lama. Sebaliknya, kita semai perasaan hormat menghormati, saling bantu-membantu, hidup tolong menolong dan berbantu simpati.

Inilah latarbelakang kepada timbulnya program-program seperti kifaalah, skim bantuan armalah, ladang rakyat dan pelbagai lagi program 'mesra rakyat' demi membantu kumpulan sasar yang terdiri dari golongan bawahan dan fakir miskin. Ambillah contoh kifaalah sebagai misal. Bagi setiap kematian yang melibatkan rakyat kami yang berusia 60 tahun ke atas, bantuan sejumlah RM2,500 secara automatik diberikan. Istimewanya program ini ialah ia disumbangkan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, bahasa dan keturunan. Inilah contoh dan bukti dasar-dasar non-diskriminasi yang kami maksudkan.

Dalam masa yang sama, saya selalu membuat kenyataan bahawa untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, ?orang itu? bagi saya tidak perlu seorang Melayu. Dia boleh jadi seorang berketurunan Cina atau India asalkan dia seorang yang warak, bertakwa dan alim. Semua faktor ini menjadi punca kepada cenderungnya pengundi bukan Islam memberi undi kepada calon Islam dari parti PAS dalam pilihan raya yang lalu.

Boleh Tuan Guru memberi satu liputan mengenai projek-projek pembangunan dalam sektor perumahan, perbandaran dan perhotelan dalam konteks industri pelancongan?

Kerajaan negeri tidak akan menghalang mana-mana negara luar yang ingin melabur dalam sektor perhotelan dan industri asalkan ianya tidak melanggar peraturan teras dari negeri ini. Umpamanya dalam bidang perhotelan, mereka mestilah tidak menyediakan kemudahan berjudi, minuman beralkohol dan pelbagai kegiatan maksiat. Untuk kegiatan judi pula, kami haramkan seratus peratus kerana ia aktiviti yang cukup tidak sihat. Orang bodohpun boleh menang manakala orang intelek pula boleh menjadi kalah dan papa kedana. Ia permainan yang tidak menggunakan akal dan membunuh ikhtiar. Bagi minumam arak dan alkohol, ini kita kawal. Kita kawal pemberian lesen premis kerana menghormati budaya hidup non-Islam.

Bagi projek perumahan, kita kenakan syarat minimum untuk pemaju membina rumah tiga bilik sekurang-kurangnya. Ini untuk mengasingkan tempat tidur ahli keluarga berasaskan perbezaan jantina antara ketua keluarga, anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan selaras dengan anjuran Nabi Muhammad s.a.w.

Besok akan berlangsung sebuah mesyuarat penting antara ketua-ketua negara EU untuk mencari langkah-langkah sesuai dalam menangani isu kemelesetan ekonomi dunia. Dalam konteks Kelantan, apakah ada terdapat sebarang langkah untuk menghadapi ancaman dari masalah ekonomi ini?

Pada saya, ekonomi tidak bermasalah tetapi manusia yang bermasalah dan sedang dengan sengaja menimbulkan masalah. Jika dikaji punca sebenar, ia boleh bermula dari pertemuan yang teramat sulit yang pernah diatur oleh enam orang banker di Jekyll?s Island. Dipengerusikan oleh Senator Aldrich dan dihadiri oleh tokoh-tokoh bank yang mewakili Rockefeller, Morgan?s, Warburg?s dan Rothchild?s; mereka memutuskan untuk menubuhkan Federal Reserve System. Inilah punca awal kepada wujudnya wang Fiat yang dicetak tanpa diasaskan kepada sandaran emas.

Wang Fiat dicipta dan dicetak dari kegiatan memberi hutang (money is created from debt). Kemunculan sistem ekonomi kapitalis yang membawa elemen riba dan bunga ini adalah satu bentuk penindasan sebenarnya. Dengan pelbagai instrumen kewangan, ia menindas massa. Umpama lintah darat, riba memeras dan menghisap darah. Yang kaya melakukan monopoli untuk terus kaya dan semakin kaya manakala yang miskin pula akan terus dimiskinkan, akan terus menerus ditindas untuk akhirnya menjadi papa kedana. Sebenarnya, jika tidaklah kerana ketamakan dan kerakusan, segala kesenangan yang disediakan oleh Allah SWT ini memang mencukupi. Ia cukup untuk kegunaan semua. Masalah yang ada adalah penyakit tamak. Kapitalis yang mengaut, membolot dan membuli. Krisis kewangan dunia ini berpunca dari sini.
Dalam agama Islam, Allah melarang duit membuat duit. Mana boleh kita duduk diam-diam, tiba-tiba duit datang berterusan. Itu namanya riba. Sebab itulah Kelantan dari awal lagi bila nak bagi pinjaman pada kakitangan untuk pembelian rumah, kenderaan dan komputer, mereka tidak dikenakan riba dan ini amat menyenangkan hati rakyat negeri ini. Ini satu contoh kecil bagaimana kami boleh menjawab soalan tuan tadi.

Dalam Islam, ayat al-Quran yang paling panjang ialah ayat-ayat yang menghuraikan isu ekonomi. Ini membuktikan bahawa agama Islam ini lengkap. Ia satu sistem yang mampu diamalkan. Bahkan ia adalah formula mutlak yang terbaik; penyelesaian dan jawapan kepada segala perkara.

Saya mahu tanya satu soalan politik tempatan. Saya perhatikan PAS, DAP dan KeADILan mempunyai perbezaan dasar parti yang cukup ketara. Tidakkah ini sebuah kesukaran untuk berlakunya persefahaman yang kordial?

Menyentuh tentang masalah hubungan dengan DAP misalnya. Saya lihat, itu mungkin dulu. Kini, saya tidak fikir demikian. Tidak lagi. Dulu misalnya, mereka agak cenderung melihat kami ini ada membawa pengaruh Taliban. Kini saya lihat sudah ada perubahan sikap. Mereka lebih banyak cuba memahami.

Dalam banyak contoh yang ditunjukkan, saya dapat lihat mereka semakin terbuka hasil dari bertambahnya kefahaman. KeADILan pun sama. Paksi perjuangan mereka adalah keadilan. Ini cukup selaras dengan perjuangan Islam yang menjadi teras perjuangan PAS. Tiada erti Islam itu jika tiada keadilan. Jadi sekali lagi, kita menjangkakan kita tiada masalah.

Arkib koleksi ucapan pemimpin : Ulasan Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat tentang hubungan PAS dengan Ugama lain dan DAP

Selasa, 16 Disember 2008

TANAMAN VANILA

Vanila bahan perisa yang dihasilkan dari tumbuhan orked yang memanjat. Rata-rata masyarakat di Malaysia kurang mengetahui bahawa vanila merupakan sejenis tumbuhan.Pokok vanila adalah sejenis tumbuhan spesis orked. Ramai yang tahu tentang betapa harumnya vanila bila diadun bersama makanan, contohnya kek.

Namun ramai juga yang menganggap bahawa vanila adalah perasa tiruan semata-mata.Pembuat kek sudah pasti pernah menggunakan bahan perisa cecair dari botol kecil yang dilabel perisa vanila. Untuk pengetahuan semua kebanyakan perisa tersebut adalah tiruan.

Perisa tulen dikenali sebagai ekstrak vanila. Ianya mempunyai aroma yang berkali-ganda lebih harum berbanding perisa tiruan. Ekstrak vanila yang terdapat di pasaran antarabangsa sememangnya diketahui mengandungi alkohol. Ini kerana alkohol merupakan bahan pemangkin terbaik dalam menghasilkan ekstrak vanila.Ekstrak vanila digunakan dalam penyediaan makanan, ubat-ubatan, industri membuat tayar dan lain-lain lagi sebagai bahan penghilang bau. Terdapat pilihan lain iaitu menggunakan serbuk vanila yang diperolehi dengan cara mengisar buah vanila.

Sesiapa yang berminat untuk membuka ladang vanila sila hubungi terus kepada Syarikat Rentak Timur Sdn. Berhad atau Vanillabiomatrix Sdn. Bhd.
Agen pemasaran Vanilla kawasan Utara
Sila hubungi:
Puan Siti Rohani Mahamud : HP: 013-3813151
atau En. Alias Ahmad HP: 013-3653151.


Arkib tibla: rakaman dibuat pada Satu majlis ceramah telah di adakan di bangunan DPMM Alor Setar di tingkat 3 pada 3 Mei 2008 jam 2.30 petang . Seramai 30 lebih pesereta telah hadir untuk mendengar tentang penanaman pokok Vanila yang boleh menghasilkan pendapatan RM 60,000.00 setahun dengan jumlah 1000 pokok dengan keluasan tanah sekitar 1/2 ekar. Ceramah di sampaikan oleh En. Nurul Azhar Senior Manager dari Vanillabiomatrix Sdn. Bhd.
Penanaman Vanila di Malaysia

Projek pertanian, Agrotek , untuk rakyat Kedah: Pengulungan Dato Hj Azizan Razak di DUN.

Jumaat, 12 Disember 2008

SIDANG DUN KEDAH

Sebahagian daripada ucapan pengulungan MB Kedah Dato Azizan Razak kepada isu-isu yang dibangkitkan di sidang Dewan Undangan Negeri.

Diantaranya: Masalah belia, Pendidikan, diskriminasi pengunaan bangunan sekolah oleh parti politik, ternakan babi dan lain-lain......

Belanjawan 2009: Kedah gariskan empat strategi
Bashir Ishak Wed Nov 19, 2008 8:02:22 am (Harakah)
ALOR STAR, 19 Nov 2008 - Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak semalam membentangkan Belanjawan 2009 bagi negeri Kedah bertemakan 'Kedah Sejahtera'

Belanjawan 2009 ini menggariskan empat strategi berdasarkan senario ekonomi semasa dan keperluan menjayakan program-program yang ditentukan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Empat strategi tersebut ialah; Merangsang pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat, meningkatkan kesejahteraan rakyat, Memantapkan Modal Insan dan Pembangunan Sosial dan Memperkukuhkan Jentera Pentadbiran Negeri.

Bajet yang dibentangkan ini berjumlah RM 1,287,492,417 merangkumi anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM505,007,757, anggaran pembangunan sebanyak RM 425,990,370 dan anggaran bekalan air sebanyak RM356,494,290.
Manakala kerajaan negeri menganggarkan hasil yang bakal dikutip sebanyak RM487,478,010. Ini merangkumi Hasil cukai sebanyak RM261,403,403,530; hasil bukan cukai RM57,902,310 dan Terimaan Bukan Hasil RM168,172,170. Anggaran hasil kerajaan negeri untuk tahun 2009 meningkat sebanyak 0.5 peratus berbanding tahun lalu (RM484,955,785).

Defisit yang dianggarkan pada tahun hadapan ialah sebanyak RM17,529,747. Sidang Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas bermula semalam dengan dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kedah.

Khamis, 11 Disember 2008

MELAKA TARIK BALIK LARANGAN

Kelantan distinasi pelancung yang unik dan menarik untuk dilawati.

KOTA BHARU 12 Dis. 2008 (Utusan 13 Dis 2008) - Kerajaan Melaka menarik balik arahan yang melarang semua kakitangan agensi kerajaan negeri itu mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, larangan tersebut ditarik balik selepas lapan tahun kerana Pas tidak lagi menuduh ahli-ahli UMNO sebagai bukan Islam.

Bermula hari ini, katanya, agensi kerajaan negeri tersebut boleh mengadakan lawatan rasmi di Kelantan tanpa sebarang sekatan. "Larangan untuk mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan ditarik balik sebab saya tengok mereka (kerajaan Pas Kelantan) tidak lagi mengatakan kita tidak Islam.

"Bermula hari ini semua rakyat Melaka bebas untuk mengadakan lawatan ke sini dan bukan itu sahaja Ketua Menteri Melaka telah datang ke sini sendiri hari ini.
"Sebelum ini ada kita datang tetapi bukan atas nama kerajaan negeri tetapi parti," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Promosi Pelancongan Negeri Melaka di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Aziz Derashid. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka, Datuk Seet Har Cheow.Ia diadakan bagi mempromosikan produk pelancongan Melaka di negeri ini.

Arahan melarang kakitangan agensi kerajaan lawat kelantan

Pada April 2000, Mohd. Ali melarang kakitangan agensi kerajaan negeri Melaka mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan kerana tuduhan Pas yang menyifatkan ahli-ahli UMNO kafir.

Arahan itu bukan bertujuan menganiaya kerajaan pimpinan Pas tetapi bagi memastikan dasar-dasar tidak baik yang dilaksanakan oleh negeri ini tidak dicontohi oleh agensi kerajaan di Melaka.Mohd. Ali yang juga Naib Presiden UMNO berkata, seramai 45,023 rakyat negeri ini melawat Melaka bermula Januari sehingga Oktober tahun ini.

"Jumlah penduduk Kelantan yang melawat Melaka meningkat sebanyak 4,685 orang berbanding hanya 40,338 orang dalam tempoh yang sama tahun lepas.
"Kita berharap pada tahun depan ia akan meningkat sehingga 60,000 orang dengan promosi dan tarikan baru yang disediakan khusus untuk para pelancong lawati," katanya. Tambahnya, ia sejajar
dengan hasrat kerajaan negeri itu untuk mencapai sasaran 8.2 juta pelancong pada 2010 dengan hasil pendapatan sebanyak RM4.2 bilion.

Orang Arab kecek Kelate.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus bukun jalan yang sesat

3 YB DARI POKOK SENA

Photobucket
YB Mahfus Omar : P.8 Pokok Sena Kedah

HUJAH TV9 - Ahli panel : YB Saifuddin Nasution (P.29 Machang, Kelantan) dan YB Dato Khir Toyo.

Sidang dewan Parlimen - Dr. Siti Maria Mahmud (P.111 Kota Raja, Selangor)

  • YB Mahfus Omar - Dilahirkan di Kota Star Kedah.
  • YB Saifuddin Nasation - Dilahirkan di Singapura dibesarkan di Sungai Durian, Pokok Sena Kedah, pekerjaan ibu suri rumah dan bapa pemandu bas.
  • YB Dr. Siti Mariah Mahmud - Dilahirkan di Sungai Durian, Pokok Sena, pekerjaan ibu dan bapa Guru.

Isnin, 8 Disember 2008

HARGA GETAH MERUDUM

Photobucket

Pokok Sena 11 Dec. 2008 – Semenjak tiga bulan yang lalu, kerja-kerja menoreh getah telah mula ditinggalkan kerana pendapatan yang diperoleh tidak seberapa berbanding sebelum ini disebabkan harga getah yang jatuh merudum.

Pada Januari lalu, harga getah sekerap melonjak daripada 30 sen sekilogram kepada RM3 sekilogram.Berikutan kenaikan harga yang mendadak itu, kebanyakan penoreh getah mampu memperoleh pendapatan menjangkau sehingga RM2,000 jika menoreh getah selama dua kali sehari dan dalam tempoh bagi lima hari dalam seminggu. Bagaimanapun sejak Ogos lalu, harga getah sekerap telah jatuh sebanyak 40 peratus kepada RM2.60 sekilogram berbanding RM4.40.Dalam tinjauan Tibla di Pokok Sena mendapati, mereka kini sudah hilang semangat untuk menoreh.Seorang penoreh di Kampung Batu 13 Pokok Sena, Pak Andak Musa 68, berkata, dia kini berehat buat sementara waktu untuk mencari perkerjan yang lebih sesuai.Katanya, menoreh getah kini sudah tidak berbaloi lagi disebabkan harga getah sekerap di pasaran yang jatuh begitu teruk.

Menurutnya harga getah sekerap sekarang cuma berharga RM1.20 sekilogram. Malah, kini dia hanya memperoleh wang torehan berjumlah 60sen sahaja bagi sekilogram getah sekerap. Menurutnya lagi pendapatan yang mampu diperolehnya kini dengan menoreh hanya setakat RM12.00 hingga RM20.00 sahaja berbanding dengan dahulu dimana pendapatan yang mampu diperolehnya sebanyak RM50.00 hingga RM60.00 sehari.

Pemilik kebun getah, Haji Hassan berkata, dia terkejut kerana harga getah jatuh begitu cepat dalam tempoh lebih dua minggu lalu setelah berada pada paras tertinggi. ‘‘Harga getah sekerap RM4.00 sekilogram bulan lepas cukup bagus, tapi turun kepada RM3.50. Beberapa hari selepas itu, ia turun lagi kepada RM2.60 dan sekarang cuma RM1.20. Ada kemungkinan harganya akan turun lagi” katanya.Seorang pesara di Jabatan Pertanian berkata,“Saya berharap kerajaan dapat mengatasi masalah ini kerana ramai penduduk di sini yang cari makan dengan hanya menoreh getah’’. Penurunan harga petroleum menyebabkan permintaan terhadap getah sintetik yang dihasilkan dari petroleum meningkat menyebabkan harga getah asli menurun.

Seorang ibu tunggal membertahu kami "Dengan harga yang akan terus turun kami bimbang kami tidak mampu membeli pakaian dan buku-buku sekolah" katanya. Harga barang makanan masih mahal walaupun arahan oleh kerajaan telah dibuat berkali-kali, namun peniaga masih tidak menurunkan harga barangan.

Sabtu, 6 Disember 2008

IN THE END

Whether you’re right, wrong, black,white,old, young ,rich or poor ....... - In the End

In The End - Yusof Islam.