HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 31 Mac 2015

GST SUDAH BERMULA


Dapatkan ikan tangkapnya mudah
Cuma sauk tidak payah dijala 
Wacana sudah forum sudah nyany pun sudah
GST di Malaysia akan bermula 


Hujan turun di waktu petang
Sudah lama tidak hujan
GST dah tiba rakyat bimbang  
Peniaga cari untung ambil kesempetan 


• Kolam ikan hiasi halaman.
• Pemandangan di waktu petang.
• Mr. Bie - Parodi " Apa khabar GST "

Khamis, 19 Mac 2015

BUDAYA BERHUTANG


Rehat di kolam di waktu petang
Beri makan ikan ditabur dedak 
Hidup bermewah terpaksa berhutang
Hutang tertunggak dibayar tidak 


Sudah lama tiada hujan
Berteduh di pondok pohon kehijauan
Bayak berhutang  dibayangi kerisauan
Sentiasa diselubungi dengan ketakutan 

• Kolam ikan hiasi halaman.
• Pemandangan di waktu petang, panas terik.

Jumaat, 13 Mac 2015

RAKYAT BERKORBAN


Air telaga  dibuat minum
Dipam naik di waktu pagi
Jika  sudah diketahui umum
Mana mungkin disorok lagi


Seawal pagi kutip skrup
Sekrup dihimpun di bahagian hadapan
'Goods services and tax' rakyat mengharap
Disuruh berkorban jangan terkorban

• Pancutan air gunakan air telaga.
• Skrup dikumpul di kaw asan kebun.

Khamis, 12 Mac 2015

ISTIKOMAH DALAM PERJUANGAN


Tebang pokok gunakan kapak
Buat meja letak di halaman
Jika takut dilanda ombak
Usah bicara soal perjuangan


Sawah menghijau nampaknya luas
Tepi terusan didirikan rumah 
Bila berjuang perlulah iklas
Jangan undur sentiasa istikomah

• Meja dibuat dari batang pokok.
• Rumah kampung di kampung Tualang.

Ahad, 8 Mac 2015

HIDUP BERMASYARAKAT


Rehat petang tepi halaman
Rasa sejuk ditiup angin
Meninggi diri dicemuh kawan
Hidup bersendirian manakan mungkin


Persekitaran hijau luas dan lapang
Terletak pula di tepi sawah
Hidup bersendirian nanti terbuang
Masyarakat didekati rapatkan ukhwah

• Kawasan halaman rumah.
• Kawasan sawah di kampung Yoi.

Jumaat, 6 Mac 2015

UKHWAH


Waktu petang pegi ke sawah
Pokok tiada tiupan angin
Ziarah kawan rapatkan ukhwah
Sentiasa berterusan kemesraan terjalin 


Musim panas minum bergelas-gelas
Bawah pokok tempat berteduh 
Jika hidup sentiasa bermalas
Jangan sampai selalu disuruh


• Kawasan sawah di sebuah kampung di Perlis.
• Sungai untuk penggunaan saliran ke sawah.

Selasa, 3 Mac 2015

SABAR DALAM KEHIDUPAN


Musim panas daun kekeringan
Angin bertiup daun berguguran
Allah permudahkan berilah kekuatan
Ujian diterima hadapi dengan penuh kesabaran


Menoreh pokok getah tua gunakan galah
Pokok banyak lenguhnya tangan
Panjang umur dalam keredoaan Allah
Sentiasa sihat serta dipermudahkan dalam kehidupan


• Musim panas daun getah kering, kampung Bukit Lala.
• Suasan pagi di kebun getah sebelum daun gugur.

Isnin, 2 Mac 2015

SELAMAT DI DUNIA JUA AKHIRAT


Minum petang makan karipap
Karipap bersama kopi pahit
Selamat di dunia selamt di akhirat itu yang kita harap
Pekara buruk jangan diungkit-ungkit


Sarapan pagi cuma berdua
Anak sudah pergi ke sekolah
Di mana jua kita berada
Hidup berjiran jangan berbalah

• Santai petang di tepi kamar tidur.
• Sarapan pagi di tepi kolam ikan.

Ahad, 1 Mac 2015

MOHONLAH PERTOLONGAN ALLAH


Pokok menghijau cuaca cerah
Berjalan-jalan keliling halaman
Usaha dan ikhtiar kepada Allah kami berserah
Apa yang diterima satu ketentuan


Beri dedak ikan di kolam
Ikan makan burung berterbangan 
Kena berusaha bangun di tengah malam
Mohonlah pertolongan serta perlindungan

• Pondok rehat letak di halaman.
• Kolam ikan dengan batu-batu hiasan.