HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 27 Februari 2009

LIKU-LIKU KEHIDUPAN

Ketika sibuk menjalankan tugas kebanyakan kita lupa tentang sejarah silamnya di zaman kanak-kanak dan remaja. Mengenang nostalgia lalu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tekanan hidup dan mendorong manusia menghargai orang lain di sekelilingnya.

Sesetengah orang lupa kejayaannya kini adalah hasil pertolongan dan dorongan guru dan rakan sekelas yang mungkin sudah terpisah puluhan tahun. Apabila mengenang nostalgia lalu membuatkan hati kita tersentuh kerana terbayangkan rakan-rakan yang mungkin sudah meninggal dunia.

Ada di antara kawan-kawan kita yang telah berjaya dalam bidang masing-masing dan ada juga mereka yang keciciran dan tinggal di kampung-kampung menguruskan tanah hasil peninggalan keluarga mereka, sama ada menoreh getah atau mengambil upah berkerja dengan orang lain.
Masih ada kawan-kawan sepermainan dan sekampung yang bertemu atau dihubungi tidah menunjukkan sikap kemeseraan yang baik dan membangakan. Kemungkinan disebabkan mereka mempunyai kedududukan dan jawatan yang baik yang mereka miliki.
Amat malang kalau diukur dari tahap pelajaran yang tinggi sepatutnya semakin tinggi ilmunya semakin tinggi tahap nilai akhlaknya untuk menghormati orang lain terutamanya kawan-kawan yang mereka kenal rapat. Kemanalah sebenarnya hidup yang mereka hendak bawa tunggulah, masa akan menentukanya.

Rabu, 25 Februari 2009

HIJAU TENANG DAMAI

Bersantai atas pangkin berbumbungkan atap nipah sambil angin sepoi-sepoi bahasa sejuk mengelus tubuh dan dihidangkan pula dengan ubi rebus cicah kelapa parut lemak-lemak manis serta secawan kopi o yang kurang gulanya memang mengasyikkan. Datang pula sepiring pisang rebus bercicah kelapa manis atau lempeng tepung bercampur kelapa yang enak dicicah sambal ikan bilis. Jika anda dibesarkan di kampung, tentu pengalaman di atas menggamit nostalgia lama yang cukup indah.
Kenangan yang hadir bukan sahaja kerana mengingati enaknya makanan kampung yang terhidang tetapi juga suasana keheningan desa dengan pemandangan rumah-rumah kayu beratapkan daun nipah yang cukup mencuit perasaan.
Tentu ada di kalangan kita yang masih ingat bila kita mandi manda di sungai yang berdekatan dengan rumah kita, kita dapati air sungai masih jernih bersih dan tidak tercemar dengan arus pembangunan.

Bagi kami penduduk kampung di kawasan Bukit Lala Pokok Sena masih dapat menikmati suasana yang kami impikan dengan kehijauan pokok-pokok getah, pokok palas, berbagai jenis tumbuhan, burung-burung dan sawah padi yang terbentang luas mengamit anda untuk menemui kami disini.

Selasa, 24 Februari 2009

KONVOI AVANZA AKAN KE TIBLA

Arkib Tibla : Anak-anak di hadapan pondok nastolgia TIBLA

Tanpa Nama telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " HARI-HARI DALAM KEHIDUPAN " anda:

Salam paman.saya Saidi Nyah kat Klang Selangor.kami sekeluarga akan bercuti di kedah pada 14-16 march ini.ada konvoi kelab avanza.kami akan pegi rumah paman pada hari isnin 16 march.harap paman tak kemana2 pada tarikh tersebut.

Dicatat oleh Tanpa Nama ke TERATAK IMPIAN BUKIT LALA pada 2009 Februari 24 07:12

SELAMAT DATANG KONVOI AVANZA KE TIBLA PADA 16 MARCH 2009

Isnin, 23 Februari 2009

HARI-HARI DALAM KEHIDUPAN

Pagi tadi seperti biasa setelah selesai membersihkan kawasan di halaman luar rumah, saya akan berehat sebentar di meja yang berhampiran dengan pondok bersama isteri sambil menikmati secawan kopi atau teh bersama kuih-muih dan juga sambil menikmati udara segar yang jauh di pendalaman.
Anak-anak kami semuanya sudah pergi ke sekolah. Turut berada di rumah pada ketika ini,hanyalah ibu mertua yang masih dalam keadaan sihat dan boleh berjalan. Suasana rumah pada ketika ini agak sunyi dengan ketiadaan anak-anak.
Kehidupan mesti diteruskan sebelum kita dijemput untuk kembali kepadaNya. Apa yang lebih penting ialah sebanyak mana amal ibadah dan amal jariah yang telah kita lakukan untuk dibawa sebagai bekalan di akhirat kelak. Semoga kita sentiasa selamat menempuh hidup dengan penuh tenang dan bahagia di dunia dan juga di akhirat. InsyaAllah...

Sabtu, 21 Februari 2009

DI SEBALIK TIRAI PAGI

video

Semenjak kami mula pindah di Bukit Lala, iaitu pada 21 September 2009, kami telah mula membela 2 ekor kambing. Pada 19 Febuari 2009 yang telah lalu kambing kami bertambah lagi dengan kelahiran yag kedua buat kambing hitam.

Semenjak itu, bilangan kambing mula bertambah sebanyak 6 ekor menjadikan bilangan kambing sebanyak 7 ekor kesemuanya dimana kambing terdiri daripada 3 ekor jantan dan 4 ekor betina.

Kolam ikan pula siap dibina pada 18 Disember 2008. Buat masa kini kami hanya membela ikan keli sekadar untuk memenuhkan kolam ikan. Malahan ikan keli boleh ditangkap sekiranya kehabisan lauk jika tidak sempat untuk pergi ke pasar.

Kalau gian tidak dapat pergi memancing ke sungai bolehlah anak-anak kami memancing disini untuk berehat-rehat bersama keluarga. Sekurang-kurangnya dapat berkumpul dan berbincang bersama ahli keluarga dalam keadaan santai.


Jumaat, 20 Februari 2009

TERNAKAN ITIK TELUR DI BUKIT LALA

video

Bukit Lala, Pokok Sena, 21 Febuari 2009. Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan negeri dalam usaha membantu meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya penduduk luar bandar ketika dunia sedang berdepan dengan masalah ekonomi dan krisis makanan.

Antara langkah itu adalah menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan sara diri yang bukan sahaja mampu memberi pulangan lumayan yang tinggi, malah membantu menggerakkan ekonomi negara.

Tidak ketinggalan menyahut seruan kerajaan itu ialah beberapa penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada yang mengusahakan Projek Penternakan Bersepadu berskala kecil yang diusahakan di kawasan rumah masing-masing. Antara salah seorang penduduk yang saya telah menemui ramah tentang projek ternakan itik ialah abang Usof Ali.

Menurut abang Usof, projek itu telah diusahakan sejak enam bulan yang lalu. Beliau telah memilih bagi ternakan itik yang diusahakan berdekatan di sekitar kawasan rumahnya. “Kebetulan rumah saya berhampiran dengan sawah padi,” katanya ketika saya menemui beliau baru-baru ini.



Menurut beliau lagi, projek tersebut jika berjaya, dalam tempoh enam bulan akan memberikan pulangan yang lumayan. Modal bagi menjalakan projek ternakan itu juga tidak begitu tinggi. Beliau memulakan dengan modal sebanyak RM 1250.00 untuk membeli anak itik dan RM 1500.00 untuk membina reban.

Beliau menambah, ternakan itik diberikan keutamaan dalam projek itu kerana telurnya mudah mendapat pasaran dan harganya pula sentiasa stabil. Beliau menjualnya sendiri di Pasar Pokok Sena pada harga 40 sen sebiji.

Pada peringkat permulaan, beliau telah menternak sebanyak 500 ekor anak itik. Namun demikian, hanya 450 ekor itik yang masih hidup. Daripada jumlah keseluruhan 450 ekor itik, 400 ekor itik terdiri daripada itik betina manakala selebihnya terdiri daripada itik jantan.

Bagi harga penjualan itik pula, ia dijual pada harga RM 12.00 seekor ( yang telah diproses ). Abang Usof juga berhasrat membeli anak itik bagi menambahkan lagi pendapatannya. Setakat ini beliau mampu memperolehi pendapatan sebanyak RM 60.00 sehari.

Untuk tempahan, sila hubungi En Yusof Ali (abang Usof):-
No. H/p: 0194987916.
*Rendang itik Padang juga boleh didapati pada harga RM 20.00 (seekor).Rasa daging itik manis dengan arom yang menyelerakan.

Isnin, 16 Februari 2009

KEDAH WARISAN

Oleh: Siti Zaleha Abdul Rahim
ALOR SETAR, 7 Januari - Kerajaan Kedah telah mengenalpasti 21 tempat bersejarah di sektar Bandaraya Alor Setar yang telah dinamakan Kedah Heritage Trail sebagai satu produk pelancongan.

Sehubungan dengan itu, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak telah merasmikan Kedah Heritage Trail pada majlis pelancarannya yang diadakan di Wisma Darul Aman semalam.

Pada majlis pelancaran tersebut, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan menyatakan bahawa pelancongan mampu menjana ekonomi negeri serta rakyatnya, di mana melalui pelancongan, sektor pelaburan dapat diperkembangkan serta memberi banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

"Bidang pelancongan dilihat sebagai bidang yang dapat beri sumbangan kepada ekonomi secara langsung kepada rakyat negeri Kedah.

"Bila ramai pelancong datang, sudah tentu mereka sedang berbelanja di tempat kita, secara tidak langsung dari segi kemudahan pengangkutan, penginapan, kedai makan turut mendapat hasil," ujar beliau.

Tambah beliau, Kedah berpotensi menjadi daya tarikan pelancongan yang tersohor dengan kerjasama dan daripada semua pihak.

"Sebagai permulaan, Bandaraya Alor Setar jadi perintis kepada produk pelancongan warisan, saya berharap daerah lain dapat menonjol keunikan dan tempat warisan di tempat masing-masing kepada para pelancong," tegas beliau.

YAB Dato' Seri Ustaz Azizan turut mencadangkan agar pihak yang berkenaan memperkenalkan satu simbol mengenai Kedah yang dapat dikenang kepada para pelancong.

"Saya mencadangkan agar pembangunan dan promosi kraftangan diberi penekanan agar dapat menjana ekonomi penduduk setempat.
"Selain itu, kita boleh buat satu destinasi tarikan pelancong, restoran makanan Kedah yang membolehkan orang mai makan di negeri Kedah dan menjadi ingat-ingatan seperti kita pi Kelantan, orang teringat nak makan nasi dagang," tambah beliau.

Dalam majlis tersebut, para hadirin turut dipertonton dengan tayangan video mengenai 21 tempat yang diiktiraf sebagai Kedah Heritage Trail. Tayangan video tersebut telah direka khas oleh Fakulti Kreatif Multimedia daripada Kolej Universiti Insaniah.

Isnin, 9 Februari 2009

CADANGAN BENA KOLAM MEMANCING


Saya bercadang untuk membina sebuah kolam untuk memancing ikan. Kolam berukuran 60 x 30 x 10 kaki dalam akan dibina di kawasan bekas sawah terbiar yang terletak 20 kaki bersebelahan dengan bilik saya di bahagian belakang.
Hasrat ini telah lama saya pendam. Semasa saya balik kampung sebelum menghantar surat untuk melepas jawatan kepada Lembaga Getah Malaysia untuk besara awal pada 31 Mei 2007.
Kawasan ini telah lama terbiar sejak bapa mertua saya sakit seingga beliau meninggal pada 20 Mac. 2004. Saya telah berbincang dengan isteri saya tentang hasrat saya ini. Kolam ini bukanlah untuk komesial tetapi hanya sekadar untuk makanan tambahan buat keluarga.
Disamping itu, ia juga memberi peluang kepada sahabat-sahabat kaki pancing yang datang dari jauh yang bertandang ke rumah saya di Teratak Impian Bukit Lala Pokok Sena dapat mengembirakan mereka sebagi hadiah persahabatan yang terjalin. Semoga ia menjadi kenyataan insyakAllah.

KOLAM IKAN TIBLA



Assalamualikum semua..
Insyallah bila ada kesempatan, sahabat-sahabat yang datang ke Teratak Impian Bukit Lala bolehlah melihat hasil kerja saya membina kolam ikan dengan perbelanja yang murah.
Kolam ikan yang berukuran 8 X 8 X 3 kaki dalam dibina bersebelahan dengan ruang tamu. Kami anak beranak menyiapkannya dalam masa seminggu.
Barang-barang yang dibeli cuma plastik (RM 35.00) yang lain, kami cari di kawasan persekitaran, seperti batu-batu dan bahan lain. Pokok sirih kami tanam, tunggul kayu memang sudah sedia ada. Cuma pam air sahaja yang belum dibeli.
Untuk mendapatkan idea membina kolam ikan, saya banyak melawat rumah kawan-kawan dan membaca buku yang bersangkutan dengan landskap. Setelah bersara di Lembaga Getah Malaysia, saya telah balik ke kampung isteri saya di Pokok sena dan membina rumah baru dan bercadang untuk membina pondok rehat dan kolam ikan untuk tempat berehat bersama keluarga.
Impian ini telah menjadi kenyataan apabila kolam ikan itu telah disiapkan pada 19 Januari 2009 yang lalu. Kebetulan kolam itu disiapkan sempena tarikh lahir anak saya yang bongsu Muhammad Shukri.

Ahad, 8 Februari 2009

AIR TELAGA

Pada masa dahulu, air telaga merupakan sumber utama bekalan air bersih tetapi hari ini, dengan terbinanya banyak rumah dan tandas kumbahan, menyebabkan air telaga sudah tidak selamat lagi untuk diminum.

Kami penduduk di Bukit Lala, pekara ini tidak menjadi masallah. Rumah kami terletak berjauhan di antara satu dengan yang lain. Kami menggunakan air paip dan air telaga. Air telaga biasanya kami mengunakan timba, pam tangan atau pam letrik. Pam letrik outometik dijual dengan harga RM 300 seunit

Air telaga di sini masih belum tecemar kerana jauh dari kawasan perindustrian. Airnya masih jernih dan rasanya amat sesuai kepada mereka yang suka minum air mineral. Sekiranya bekalan air paip putus kami sini tidak perlu risau kerana air telaga masih boleh digunakan.

Kita harus ingat bahawa dengan adanya projek perumahaan yang sangat pesat di kawasan bandar, kemungkinan satu hari nanti sumber air akan berkurangan. Kami di sini telah mengambil langkah alternatif degan mengekalkan air telaga di kampung kami. Bak kata peribahasa "Sediakan payung sebelum hujan".
Telaga 1. Perigi, sumur
2. Tasek, danau
3. Balong, kolam
4. Telaga tahi - jamban, kakus, tandas
5. Telaga minyak - perigi tempat pengalian minyak tanah (mentah)
6. Telaga di bawah gunung - perempuan yang banyak mendatangkan untung kepada suaminya. (peribahasa)
7. Telaga mencari timba - perempuan mencari lelaki. (peribahasa)
8. Adakah daripada telaga yang jernih mengalir air yang keroh. (peribahasa)
Sumber: Kamus Dewan

Sabtu, 7 Februari 2009

ALAT PEMBAJAK TRADISIONAL

Pada sekitar tahun 60-an, penduduk di sekitar Bukit Lala masih menggunakan kerbau bagi keria-kerja membajak sawah. Alat pembajak ini akan ditarik oleh kerbau dengan cara menyambungkan alat ini pada pengandar yang diikat pada bahagian tengkuk kerbau.
Alat pemajak diletakan diatas tanah. Kerbau akan menarik alat ini mengikut arahan tuannya. Bagi orang yang tidah mampu membeli kerbau mereka hanya mengunakan tajak untuk mengerjakan sawah mereka.
Pada masa ini alat ini tidak digunakan lagi, mereka mereka telah mengunakan traktor untuk memajak sawah. Alat ini adalah kepunyaan arwah bapa mertua saya yang masih ada dalam simpan kami untuk kenang-kenangan.

Khamis, 5 Februari 2009

DAUN PALAS

Pokok palas merupakan tumbuhan yang tergolong dari kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian di ladang atau kebun. Ia biasanya terdapat di pinggir hutan dan kawasan yang berhampiran paya. Ia bukanlah pokok renek atau herba tetapi lebih kepada spesis pokok palma.

Pokok palas, pucuknya yang belum kembang digunakan untuk membuat ketupat pulut pada sambutan hari raya. Kami penduduk di kawasan Bukit Lala, bila menjelang hari raya tidak perlu bersusah payah untuk membeli daunnya. Kami cuma mengambilnya di kawasan pokok getah yang berhampiran. Pokok palas amat mudah tumbuh meliar di kawasan kebun tanpa menanamnya.

Sekiranya pokok palas tumbuh dan menggangu pertumbuhan pokok getah barulah kami tebang. Ada juga penduduk di sini yang mengambilnya untuk dijual di pasar yang berdekatan atau kepada pemborong yang datang membelinya. Dengan cara ini juga mereka dapat menambahkan pendapatan keluarga. Kami penduduk di sini juga membuat ketupat palas untuk majlis kesyukuran atau perkahwinan. Kebiasaannya ketupat ini akan di beri kepada tetamu jauh atau kaum kerabat mereka sahaja sebagai buah tangan untuk mereka bawa pulang.
Palas I - Tumbuhan (palma yang daunnya dibuat atap atau dll.
Palas II
Palas bujur - Geladak atau lantai kapal yang di bahagian depan.
Palas-palas - Rak atau para-para tempat menjemur dll.
Rumah palas - Rumah atau tempat tinggi (mengawasi).
Rujukkan Kamus Dewan

video

Arkib Tibla : Pokok Palas di kebun getah

Rabu, 4 Februari 2009

ISU-ISU SEMASA DIPINDAHKAN

Untuk maklumat pengunjung blog saya, (Teratak Impian Bukit Lala) isu-isu yang bersangkutan dengan isu semasa akan dipindahkan ke blog seperti diatas. Teratak Impian Bukit Lala akan memuatkan hal-hal mengenai kegiatan penduduk kampung di Bukit Lala dan kawasan pesekitaran.
  • Ceramah & Peringatan
  • Tibla Koleksi
  • Apa yang dicari?

Dari meja penulis : tiblakedah.blogspot.com

TEMUI RAKYAT DI PENDANG

video

IN THE END

video

Whether you’re right, wrong, black,white,old, young ,rich or poor ....... - In the End

In The End - Yusof Islam.

Selasa, 3 Februari 2009

DI ANTARA DUA PEMIMPIN TURKI

Recep Tayyip Erdogan & Mustafar Kamal Artatuk

video
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertikam lidah dengan Presiden Israel di Forum Ekonomi Dunia di Davos.


Kejatuhan empayar pemerintahan Umaiyah semasa pemerentahan Sultan Abdul Hamid 11, mendapat tentangan hebat daripada negara-negara kuasa besar seperti Inggeris.Kerajaaan Inggeris menggunakan tali barutnya untuk memaksa Sultan Abd Hamid menyerah kalah di tangan pengkhianat Islam iaitu Mustafa Kamal Atartuk. Walau bagimanapun pendirian Sultan tetap utuh yang membawa kepada pertumpahan darah dan hinggalah kejatuhan kerajaan Islam Uthmaniyah pada tahun 1924.

Namun apa yang boleh kita saksikan di Turki pada hari ini, generasi yang mewarisi sikap dan pendirian Sultan Abdul Hamid II kembali bertapak di Turki. Rakyat Turki bukan semuanya dapat menerima sistem pentadbiran sekular yang yang dipaksa oleh pemerentahan Mustafa Kamal yang mana memisahkan negara dengan cara hidup Islam.

Justeru, lahirlah generasi umat Islam yang berusaha gigih mendaulatkan Islam serta mengembalikan Islam di tempatnya. Ini antaranya ialah usaha mantan Perdana Menteri Turki, Dr. Necmettin Erbakan menerusi Parti Saadat yang hanya bertahan selama 8 bulan.

Rakyat terus bangun di mana Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) pimpinan Menteri Recep Taiyib Erdogan meneruskan cita-cita Erbakan yang mana mereka telah menang dan berjaya memerentah Turki. Dengan adanya kuasa memerentah, sedikit sebanyak kerajaannya telah dapat mewujudkan sistem pemerentahan yang adil kepada rakyat.
Rangkaian stesen televisyen dan radio Islam diujutkan untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai Islam. Walau bagaimanapun setakat ini masih belum mencecah 100 peratus keberkesanannya, namun ia telah berjaya mendorong banyak pihak untuk menerima Islam sebagai pegangan hidup mereka.

ANGKARA LOMPAT PARTI

video

Ahad, 1 Februari 2009

PENGISTIHARAN DAERAH POKOK SENA

Bagi penduduk di daerah ini mereka tidak perlu lagi datang ke Alor Setar untuk berurusan untu membuat bayaran dan perkhidmatan yang berkaitan dengan pembangunan luar bandar (projek-projek kecil), bencana alam dan kesihatan, cukai setem dan pelesenan (cukai hiburan).

Peristiharan ini memang dinanti-nantikan,ini kerana keluasan dan jumlah penduduk sudah layak untuk mempunyai daerah sendiri. Pembangunan di kawasan ini sedang pesat membangun dalam semua bidang. Dari segi pembangunan di daerah ini, Pokok Sena mempunyai potensi besar untuk berkembang maju.

Kawasan di Mukim Jabi telah menjadi milik bebas yang memberi kemudahan kepada pelabur. Ini ditambah dengan kemudahan jalan raya dari Alor Setar ke Durian Burung merentasi daerah ini, yang mana projek ini sedang dalam pembenaan.

Pada 5 Febuari 2009 bermula jam 8.30 pagi KDYMM Tuanku Sultan Kedah akan berangkat meghistiharkannya, kepada semua penduduk di sekitar Pokok Sena dijemput hadir beramai-ramai untuk menjayakan majlis yang gemilang ini.