Assalamualikum semua..
Insyallah bila ada kesempatan, sahabat-sahabat yang datang ke Teratak Impian Bukit Lala bolehlah melihat hasil kerja saya membina kolam ikan dengan perbelanja yang murah.
Kolam ikan yang berukuran 8 X 8 X 3 kaki dalam dibina bersebelahan dengan ruang tamu. Kami anak beranak menyiapkannya dalam masa seminggu.
Barang-barang yang dibeli cuma plastik (RM 35.00) yang lain, kami cari di kawasan persekitaran, seperti batu-batu dan bahan lain. Pokok sirih kami tanam, tunggul kayu memang sudah sedia ada. Cuma pam air sahaja yang belum dibeli.
Untuk mendapatkan idea membina kolam ikan, saya banyak melawat rumah kawan-kawan dan membaca buku yang bersangkutan dengan landskap. Setelah bersara di Lembaga Getah Malaysia, saya telah balik ke kampung isteri saya di Pokok sena dan membina rumah baru dan bercadang untuk membina pondok rehat dan kolam ikan untuk tempat berehat bersama keluarga.
Impian ini telah menjadi kenyataan apabila kolam ikan itu telah disiapkan pada 19 Januari 2009 yang lalu. Kebetulan kolam itu disiapkan sempena tarikh lahir anak saya yang bongsu Muhammad Shukri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan