Pokok palas merupakan tumbuhan yang tergolong dari kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian di ladang atau kebun. Ia biasanya terdapat di pinggir hutan dan kawasan yang berhampiran paya. Ia bukanlah pokok renek atau herba tetapi lebih kepada spesis pokok palma.
Pokok palas, pucuknya yang belum kembang digunakan untuk membuat ketupat pulut pada sambutan hari raya. Kami penduduk di kawasan Bukit Lala, bila menjelang hari raya tidak perlu bersusah payah untuk membeli daunnya. Kami cuma mengambilnya di kawasan pokok getah yang berhampiran. Pokok palas amat mudah tumbuh meliar di kawasan kebun tanpa menanamnya.
Sekiranya pokok palas tumbuh dan menggangu pertumbuhan pokok getah barulah kami tebang. Ada juga penduduk di sini yang mengambilnya untuk dijual di pasar yang berdekatan atau kepada pemborong yang datang membelinya. Dengan cara ini juga mereka dapat menambahkan pendapatan keluarga. Kami penduduk di sini juga membuat ketupat palas untuk majlis kesyukuran atau perkahwinan. Kebiasaannya ketupat ini akan di beri kepada tetamu jauh atau kaum kerabat mereka sahaja sebagai buah tangan untuk mereka bawa pulang.
Palas I - Tumbuhan (palma yang daunnya dibuat atap atau dll.
Palas II
Palas bujur - Geladak atau lantai kapal yang di bahagian depan.
Palas-palas - Rak atau para-para tempat menjemur dll.
Rumah palas - Rumah atau tempat tinggi (mengawasi).
Rujukkan Kamus Dewan
Arkib Tibla : Pokok Palas di kebun getah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan