HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 20 Februari 2009

TERNAKAN ITIK TELUR DI BUKIT LALA


Bukit Lala, Pokok Sena, 21 Febuari 2009. Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan negeri dalam usaha membantu meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya penduduk luar bandar ketika dunia sedang berdepan dengan masalah ekonomi dan krisis makanan.

Antara langkah itu adalah menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan sara diri yang bukan sahaja mampu memberi pulangan lumayan yang tinggi, malah membantu menggerakkan ekonomi negara.

Tidak ketinggalan menyahut seruan kerajaan itu ialah beberapa penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada yang mengusahakan Projek Penternakan Bersepadu berskala kecil yang diusahakan di kawasan rumah masing-masing. Antara salah seorang penduduk yang saya telah menemui ramah tentang projek ternakan itik ialah abang Usof Ali.

Menurut abang Usof, projek itu telah diusahakan sejak enam bulan yang lalu. Beliau telah memilih bagi ternakan itik yang diusahakan berdekatan di sekitar kawasan rumahnya. “Kebetulan rumah saya berhampiran dengan sawah padi,” katanya ketika saya menemui beliau baru-baru ini.



Menurut beliau lagi, projek tersebut jika berjaya, dalam tempoh enam bulan akan memberikan pulangan yang lumayan. Modal bagi menjalakan projek ternakan itu juga tidak begitu tinggi. Beliau memulakan dengan modal sebanyak RM 1250.00 untuk membeli anak itik dan RM 1500.00 untuk membina reban.

Beliau menambah, ternakan itik diberikan keutamaan dalam projek itu kerana telurnya mudah mendapat pasaran dan harganya pula sentiasa stabil. Beliau menjualnya sendiri di Pasar Pokok Sena pada harga 40 sen sebiji.

Pada peringkat permulaan, beliau telah menternak sebanyak 500 ekor anak itik. Namun demikian, hanya 450 ekor itik yang masih hidup. Daripada jumlah keseluruhan 450 ekor itik, 400 ekor itik terdiri daripada itik betina manakala selebihnya terdiri daripada itik jantan.

Bagi harga penjualan itik pula, ia dijual pada harga RM 12.00 seekor ( yang telah diproses ). Abang Usof juga berhasrat membeli anak itik bagi menambahkan lagi pendapatannya. Setakat ini beliau mampu memperolehi pendapatan sebanyak RM 60.00 sehari.

Untuk tempahan, sila hubungi En Yusof Ali (abang Usof):-
No. H/p: 0194987916.
*Rendang itik Padang juga boleh didapati pada harga RM 20.00 (seekor).Rasa daging itik manis dengan arom yang menyelerakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan