HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Selasa, 30 Jun 2009

PANTUN NASIHAT 6

Balik kampung menaiki bas
Basnya selesa boleh membaca
Kebenaran disokong pasti berasas
Yang batil kehilangan punca

Lebuhraya Utara Selatan yang dilalui
Turun di Changkat Jering berhenti rihat
Kehidupan yang sukar pasti dilalui
Agar hidup sentiasa beringat

Sampai di Sitiawan waktu tengah hari
Buat tempahan hotel untuk didiami
Jika alam sekitar sudah dicemari
Tunggulah masa musnahnya bumi

Waktu petang ke pekan Lumut
Untuk menghilang badan yang penat
Akhlak mulia sentiasa dituntut
Agar hidup sentiasa selamat

Makan di restoran di kawasan jeti
Restorannya luas hingga ke pantai
Pendapatan yang lumayan dinikmati
Jiran tetanga yang daif jangan dilupai

Selasa, 23 Jun 2009

PANTUN NASIHAT 5

DARI ORANG KAMPUNG

Kedah sejahtera untuk rakyatnya
Kerajaannya telus mudah bicara
Pakatan yang baik rakyat percaya
Jika BN menang rakyat didera

Ustas Azizan ditegur sudah biasa
Sederhan adakalanya berjenaka
Kakltangan awam bebas tidak dipaksa
Tanda menghormati pegangan mereka

Kerajaan Kedah sederhana dan selesa
Harta diguna jimat dipantau sentiasa
Projek mee segera kami dah biasa
Undi pemimpin rasuah dikira dosa

Mahfuz Omar Wakil rakyat Pokok Sena
Orangnya ramah rakyat boleh menerima
Sebutlah masaalah anda apa yang tak kena
Boleh kami tolong buat bersama

video

Arkib pilihan tibla : Sebahagian daripada ucapan pengulungan MB Kedah Dato Azizan Razak kepada isu-isu yang dibangkitkan di sidang Dewan Undangan Negeri.

Diantaranya: Masalah belia, Pendidikan, diskriminasi pengunaan bangunan sekolah oleh parti politik, ternakan babi dan lain-lain......yang disoal oleh ADUN berikut :-

Ahad, 21 Jun 2009

PANTUN NASIHAT 4

BUAT KAKITANGAN YANG BIJAK BISTARI

Dua puloh tiga biasanya gaji
Gaji diambil muka berseri
Jadi pemimpin menabur janji
Rakyat tolak kenapa cabut lari


Kakitangan awam BN bukan totali
Kami berkerja ikut arahan diberi
Kami sokong bukan membabi tuli
Masa mengundi fikir sendiri

Suasana selesa perlu dinikmati
Itulah harapan perkerja sejati
Pemimpin yang baik dihormati
Sudah tiada jasanya masih diingati

Ponteng kerja MC sudah terbukti
Kesannya buruk untuk anak dan isteri
Pemimpin angkuh kami perlu ingati
Bila kalah tersungkur amatlah ngeri

Kerja di pejabat seronok sekali
Ketuanya baik nasihat didengari
Di Manik Urai elak dibeli
Pemimpin pelakun undi jangan diberi

APA KATA PEMIMPIN

Get this widget Track details Al Mu'alim

Jumaat, 19 Jun 2009

REBUTLAH 5 PEKARA

1. Waktu Muda sebelum Tua
2. Waktu Sihat sebelum Sakit
3. Waktu Lapang sebelum Sibuk
4. Waktu Kaya sebelum Miskin
5. Waktu Hidup sebelum Mati

Yang baru menerima cahaya mata, kami ucapkan tahniah. Yang telah pergi, semogga keluarga mereka bersabar, terimalah ketentuan dan janji Allah.

video


Khamis, 18 Jun 2009

PANTUN NASIHAT 3


Pokok Sena musim durian
Harganya murah enak dirasa
Di tempat kerja janganlah bosan
Agar hidup lebih selesa
Durian tempatan kuning isinya
Ditambah santan secukup rasa
Jika hidup hendak berjaya
Kawan yang lemah ditolong sentiasa
Penanantian hanyalah puisi
Disampaikan oleh sahabat pena
Masa yang kosong perlu diisi
Agar hidup ceria dan bermakna
Get this widget Track details @tiblakedah.b.s.c

TERGERAK DI HATI

@ tiblakedah.blogspot.com
Selepas menghantar anak ke sekolah, saya terus pulang menyusuri jalan ke Bukit Lala. Saya memberhentikan motor di tepi sawah untuk melihat kehijauan padi yang luas terbentang. Di kawasan sawah, kelihatan pokok padi buahnya masih muda dan daunnya menghijau tiada tanda-tanda dirosakkan serangga. Sungguh indah suasana alam. Tidak jemu mata memandang.

Baru tergerak hati saya ingin menghantar sms yang berbentuk pantun dua kerat kepada Amy namun sebelum saya sempat menghantar sms tersebut, dia sudah menghantar sms bertanyakan mengenai laman web kepada saya dahulu. Amy pernah berkerja dengan saya satu pejabat semasa saya berkerja di LGM. Amy ialah salah seorang seorang pekerja yang peka dengan arahan. Dalam melakukan tugasan dalam kumpulan, sifat tolong-menolong, berkongsi pendapat dan bertukar maklumat semasa berkerja amat digalakkan kerana setiap masalah dapat diselesaikan bersama. Begitulah harapannya.

Biasanya saya hantar SMS pada sahabat-sahabat di pejabat pantun dua kerat, di antara pantun dua kerat yang baru saya pikirkan ialah yang berbunyi:
Sawah padi hijau luas terbentang
Tugas diberi bertambah minda semakin matang

Memanglah jika di pejabat masa untuk melihat kehijauan pokok-pokok amatlah terhad. Di pejabat banyak mengunakan alat computer. Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur kerana terlalu lama melakukan kerja di berada di hadapan komputer disebabkan banyak tugas yang perlu diselesaikan. Selalunya terlupa untuk berehat. Jikalau penat eloklah berehat, tidaklah sehingga memudaratkan kesihatan diri.

Masa untuk berkerja masih panjang, kesihatan badan dan diri perlu dijaga dan di titik beratkan. Suasana di kampung dan di Bandar amat jauh bezanya. Di bandar jalan raya penuh sesak dengan kenderaan serta bunyi bising. Manakala tinggal di kampung masih boleh menghirup udara segar serta menikmati kehijauan alam.

PANTUN NASIHAT 2

video
Arkib tibla : Lawatan ke kebun getah
Pergi ke kebun datang bertiga
Kebunnya semak masih selesa
Getah skrup dah turun harga
Dengan kawan belanja sentiasa

Bejalan di kebun lihat kanan dan kiri
Bukan apa-apa cuma hati-hati
‘Asik aku je’ bila nak mari
Kisah sahabat yang istemewa masih meniti

Sabtu, 13 Jun 2009

PANTUN NASIHAT 1


Pokok getah ditanam di Kuala Kangsar
Pokoknya subur dipotong jadikan papan
Jika hidup di dunia kurang bersabar
Musnah impian rosak kehidupan

Pergi ke hutan seorang diri
Hutannya tebal sunyi dan sepi
Jika penat dan bosan datanlah kemari
Bila di pejabat ceria dan jangan menyepi

Menoreh getah seawal pagi
Getah ditoreh cermat dan teliti
Kehidupan dunia banyak yang sudah pergi
Kita yang sihat bersedialah menanti

Kek istemewa si buah badam
Keknya laris dijual merata-rata
Kita semua datang dari yang satu iaitu adam
Hanya geografi yang memisahkan di antara kita

Khamis, 11 Jun 2009

KAYA YANG HAKIKI


Orang yang kaya hati dikatakan juga kaya roh atau kaya jiwa. Sebenarnya kaya hati ialah kaya yang hakiki. Tidak ada lagi kekayaan yang boleh mengatasi kaya hati. Kalau hati sudah kaya, maka kekayaan akan dirasai di mana-mana dan dalam apa jua keadaan. Orang yang kaya wang ringgit dan harta benda boleh jatuh miskin dan papa kedana bahkan boleh jatuh muflis. Tetapi orang yang kaya hati akan tetap kaya selama-lamanya.

Benarlah bahawa kaya dan miskin itu istilah semata-mata yang berbeza maksudnya mengikut orang yang menuturkannya. Ada orang merasakan bahawa kaya itu mempunyai banyak harta kekayaan dan miskin itu tidak mempunyai apa-apa. Ada pula yang faham bahawa kaya itu tidak mahu dan tidak memerlukan apa-apa dan miskin itu bermakna memerlukan kepada sesuatu. Allah itu disebut Maha Kaya. Ini bermakna Allah tidak memerlukan kepada sesuatu apa pun. Allah Maha Kaya dari memerlukan sesuatu.

Jika seseorang manusia itu hatinya sudah tidak terpikat dan tidak mahukan kekayaan dunia ini, maka kayalah dia walaupun dia tidak punyai apa-apa. Tetapi kalau seseorang manusia itu memiliki setengah dunia ini dan dia masih mahukan dan gilakan yang setengah lagi, maka dia tetap miskin kerana dia masih dalam keadaan memerlukan.

Khutbah Jumaat: Ustaz Mohammad Raml - Kaya Hati & Keras Hati
Tempat: Masjid Sungai Durian Pokok Sena, Kedah
Tarikh: 1 Jamadilakhir 1429 (6 June 2008)
(Sebahagian daripada khutbah Jumaat yang sempat dirakam)

video

ثُمَّ قَسَتۡ قُلُوبُكُم مِّنۢ بَعۡدِ ذَٲلِكَ فَهِىَ كَٱلۡحِجَارَةِ أَوۡ أَشَدُّ قَسۡوَةً۬‌ۚ وَإِنَّ مِنَ ٱلۡحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنۡهُ ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ وَإِنَّ مِنۡہَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخۡرُجُ مِنۡهُ ٱلۡمَآءُ‌ۚ وَإِنَّ مِنۡہَا لَمَا يَہۡبِطُ مِنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ َمَّا تَعۡمَلُونَ

"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan" (Al-Baqara: 74)

Selasa, 9 Jun 2009

WARNA-WARNA KEHIDUPAN


@tiblakedah.blogspot.com

Menginap di hutan kali pertama
Tempatnya jauh tidak terkira
Hidup di dunia tidaklahlah lama
Bila dijemput tiada bicara


Beri minum kambing biri-biri
Kambing dihalau dekat perigi
Jika hidup suka pentingkan diri
Terima petakanya di dunia lagi

Rumah atap kegemaran saya
Atap dianyam dijemur di terik cahaya
Hidup ini banyak kerenahnya
Yang berjaya hanya dengan takwanya

Tinggal di kampung idaman saya
Kehijauan pokok udaranya yang selesa
Setiap amalan hanya dterima dengan niatnya
Jika tidak rugilah sepanjang masa




Get this widget Track details Hijau

Selasa, 2 Jun 2009

DENGAN SIAPA KAMU DUDUK

Untuk renungan
  • Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
  • Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
  • Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
  • Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
  • Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambahkesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.

  • Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
  • Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
  • Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya.

video