Benarlah bahawa kaya dan miskin itu istilah semata-mata yang berbeza maksudnya mengikut orang yang menuturkannya. Ada orang merasakan bahawa kaya itu mempunyai banyak harta kekayaan dan miskin itu tidak mempunyai apa-apa. Ada pula yang faham bahawa kaya itu tidak mahu dan tidak memerlukan apa-apa dan miskin itu bermakna memerlukan kepada sesuatu. Allah itu disebut Maha Kaya. Ini bermakna Allah tidak memerlukan kepada sesuatu apa pun. Allah Maha Kaya dari memerlukan sesuatu.
Jika seseorang manusia itu hatinya sudah tidak terpikat dan tidak mahukan kekayaan dunia ini, maka kayalah dia walaupun dia tidak punyai apa-apa. Tetapi kalau seseorang manusia itu memiliki setengah dunia ini dan dia masih mahukan dan gilakan yang setengah lagi, maka dia tetap miskin kerana dia masih dalam keadaan memerlukan.
Khutbah Jumaat: Ustaz Mohammad Raml - Kaya Hati & Keras Hati
Tempat: Masjid Sungai Durian Pokok Sena, Kedah
Tarikh: 1 Jamadilakhir 1429 (6 June 2008)
(Sebahagian daripada khutbah Jumaat yang sempat dirakam)
ثُمَّ قَسَتۡ قُلُوبُكُم مِّنۢ بَعۡدِ ذَٲلِكَ فَهِىَ كَٱلۡحِجَارَةِ أَوۡ أَشَدُّ قَسۡوَةً۬ۚ وَإِنَّ مِنَ ٱلۡحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنۡهُ ٱلۡأَنۡهَـٰرُۚ وَإِنَّ مِنۡہَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخۡرُجُ مِنۡهُ ٱلۡمَآءُۚ وَإِنَّ مِنۡہَا لَمَا يَہۡبِطُ مِنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ َمَّا تَعۡمَلُونَ
"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan" (Al-Baqara: 74)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan