HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Khamis, 25 November 2010

POKOK MATI AKIBAT WIFI

Ke arah persekitaran yang lebih hijau. Hijau itu indah, 'things green'.Kita boleh melakukannya.Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam.

Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning. Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.

Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.

Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.

Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati. Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan.
(Sumber - Agensi)


Sekadar hiasan
  • Atas: Sawah di Kg. Bukit Larik. Pokok Sena.
  • Tengah 1: Bunga mewarni kawasan sawah di Kg. Yoi.
  • Tengah 2: Pencawang komunikasi di atas bukit di Kg. Yoi.
  • Bawah: YouTube ' Menikmati udara pagi di kg. Kew'.
  • tiblakedah.blogspot.com @kamerai AFGA OPTIMA 100.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan