HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 17 September 2010

JAMUAN HARI RAYA PAS POKOK SENA

Jamuan hari raya anjuran PAS Pokok Sena telah diadakan di Kompleks Pas Pokok Sena, Langgar pada 8 Syawal 1431 bersamaan 17 September 2010 bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.

Kompleks Pas Pokok Sena terletak di Langgar kira-kira 12 km dari pekan Pokok Sena. Isteri dan anak perempuan kami telah datang awal pada jam 12.00 tengah hari kerana ditugaskan menyediakan makanan untuk tetamu yang hadir. Pelbagai juadah disediakan termasuk lemang, ketupat, mee rebus, kotiau goreng, laksa, nasi kawah kari daging, satay dan ais krim.

Saya tiba ke Kompleks Pas Pokok Sena pada jam 2.30 petang selepas solat Jumaat. Setibanya di tempat jamuan tetamu telah memenuhi kerusi yang disediakan semuanya telah penuh, pihak urus setia terpaksa menambahkan bilangan kerusi yang ada. Kehadiran mereka telah disambut oleh YB Bukit Lada Ustaz Ahmad Izat dan Ahli Jawatankuasa Pas kawasan.

Tetamu yang hadir terdiri pelbagai kaum dan latar belakang. Turut menyambut mereka Adun Bukit Pinang YB Dato Md. Roshidi Osman dan Wakil Parlimen Pokok Sena YB Dato Mahfuz Omar. Kegembiran amat dirasai pada setiap mereka yang hadir.

Tetamu berpeluang mendengar ucapan dari wakil rakyat mereka bermula dengan ucapan Adun Bukit Lada, Bukit Pinang dan disudahi dengan YB Dato Mahfuz Omar.

Selepas ucapan kanak-kanak berbaris untuk mendapatkan duit raya. Tetamu tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan ketiga wakil rakyat mereka yang menunggu di hadapan pentas yang didirikan.

Saya pulang jam 4.00 petang, isteri dan anak-anak pulang lewat setelah jamuan selesai untuk mengemaskan tempat jamuan. Boleh dikatakan semua makanan yang disedikan semuanya habis dan mencukupi buat tetamu, syabas kepada semua yang terlibat termasuk Unit Amal yang berkerja keras mengawal lalu lintas sepanjang program dijalankan.

Atas: AJK Pas Kawasan Pokok Sena sedang menyambut tetamu.
Tengah: Para tetamu sedang menjamu selera.
Bawah: Ucapan oleh MP Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar.
Bawah sekali: Pemberian duit raya dari ketiga YB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan