HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 10 September 2008

KAWAN LAMA

Photobucket
Shamsuddin Jasin (Baju biru muda)
Petang Isnin 8 Sep. 2008 teringat nak cari kawan lama sudah lama tidak jumpa sejak lepas SPM, dia pindah ke Pahang mengikuti abangnya tinggal sebagai peneroka di Felda. Dia adalah kawan rapat masa di kampung, kawan sedarjah, jiran dan kawan sepermainan.

Saya masih ingat kami adalah pelari yang mewakili Sekolah Keb. Batu 10 Lekir Sitiawan (tahun 1968 / Lekir,termasuk DUN Pasir Panjang / Wakil Rakyat- MB Perak). Kami adalah pelari acara 4x100 meter. Pelari pertama Abu Bakar( tak pernah jumpa sejak keluar sekolah rendah), Saya, Aris (sudah meninggal) dan kawan saya ni (Shamduddin Jasin).

Saya terfikir untuk mencarinya di IT, saya taip Shamsuddin Jasin keluar nama dalam lapuran Portal pendidikan Utusan dan namanya tertera di dalamnya, tetapi gambarnya kurang jelas . Dia bertugas sebagai guru besar di Sekolah Rendah Kuala Kurau, Pahang.

Untuk memastikan ianya sahih pada keesokan harinya saya mendail 103 untuk mendapat no. tel Sekolah. Kerani sekolah memberi no. hp kawan saya dan saya memberi no hp saya. Pada pukul 2.30 petang dia menghubungi saya, memang sahih suaranya masih macam dulu. Alhamdullilah berjaya juga akhirnya saya dapat menjalinkan semula hubungan setelah 20 tahun terpisah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan