HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 17 Januari 2009

BULAN TERANG DI KUALA TERENGGANU

PAS rampas Parlimen Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada BN apabila calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut, menang dengan majoriti 2,631 undi.

Abdul Wahid yang juga Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu memperoleh 32,883 undi menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mendapat 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, hanya menerima 193undi, sekali gus hilang deposit.

Manakala undi rosak pula adalah sebanyak 665 undi manakala peratusan keluar mengundi ialah 79.73 peratus atau 63,967 pengundi. Analisa awal oleh pengalias politik di IPT menunjukkan PAS menang dengan majaroti 2000 undi.

GAMBARAN AWAL, MIMPI NGERI BUAT UMNO

  • Analisa politik - Profesor Jabatan Sains Politik institusi pengajian Tinggi Awam meramalkan PAS menang dengan majoroti 2000 undi.
  • Tuan Guru Nik Aziz - berkeyakinan PAS boleh menang di Kuala Terengganu.
  • Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat - PAS boleh menang, melihat daripada sokongan serta sambutan penggundi terhadap majlis yang diadakan.
  • Pengundi Cina - Mahukan pemimpin yang bersih dan mudah dampingi rakyat, semasa susah dan senang.

Terima kasih kepada

  • Semua pengundi-pengundi parlimen Kuala Terangganu.
  • Semua petugas-petugas daripada Pakatan Rakyat (PAS, Keadilan Rakyat, DAP) serta pecinta kepada kebenaran dan keadilan.
  • Pasukan keselamatan.
  • Petugas-petugas SPR.
  • Petugas Media beratika.

Tahniah dan syabas kepada YB Mohd Abdul Wahid Endut yang dapat merampas kerusi parlimen Kuala Terangganu daripada BN.Takbir!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan