HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Jumaat, 23 Januari 2009

DADAH NAJIS DAN RASUAH TU TAHI

Berpuluh tahun UMNO diajar dan disuap dengan kebendaan, sokong PAS dapat apa, surga?

SPRM bantu pulihkan UMNO
KUALA LUMPUR 23 Jan.2009 (Utusan Malaysia) - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dan mendakwa beberapa pemimpin UMNO berhubung politik wang akan membantu memulihkan imej parti itu.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi melihatnya sebagai sesuatu yang positif, ketika imej UMNO semakin tidak disenangi ramai. "Tindakan tegas SPRM itu membantu mengembalikan kepercayaan umum. Ia membuktikan kerajaan dan UMNO telus membanteras rasuah," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyerahkan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemimpin dan ahli parti yang terlibat dalam politik wang.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo memberitahu, Lembaga Disiplin UMNO perlu meneliti kes politik wang membabitkan ahli-ahlinya sebelum ia diserahkan kepada SPRM. "Jika individu berkenaan didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin barulah mereka diserahkan kepada SPRM untuk didakwa mengikut undang-undang," katanya.

Berbeza dengan Mohd. Puad dan Mohd. Khir, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Syed Ali Al Habshee pula mahu skop siasatan SPRM diperluaskan daripada tertumpu kepada UMNO saja. Beliau memberitahu, siasatan SPRM juga perlu adil agar masyarakat tidak menyalah tafsir dan berpandangan serong terhadap UMNO.

"Masalahnya, SPRM hanya tertumpu kepada UMNO seolah- olah parti ini saja yang korup sedangkan gejala rasuah membabitkan banyak pihak termasuk agensi kerajaan," katanya. Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula berkata, SPRM perlu memastikan individu yang bakal didakwa benar-benar bersalah.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Kampung Baru Kulai, Datuk Syed Hussien Al Habshee berkata, dalam politik tiada individu yang benar-benar bebas daripada perbuatan memberi wang. Bagaimanapun, katanya, ia dibezakan sama ada ia berbentuk sumbangan atau meraih undi.

KITA DENGAR APA MEREKA KATA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan