HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Sabtu, 10 Januari 2009

KAKITANGAN KERAJAAN USAH TAKUT

Mohd Nor Yahya Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sun Jan 11, 09 12:32:10 am.
KUALA TERENGGANU, 11 Jan. 2009 (Harakah) - Kakitangan kerajaan di negeri ini diseru agar tidak takut untuk mengundi PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Demikian kata Ketua Bahagian KeADILan Temerloh, Ahmad Nizam Hamid ketika berceramah di Markas Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Chabang Tiga dekat sini malam tadi. Kakitangan kerajaan merupakan kumpulan masyarakat yang bekerja dan memastikan kemajuan negara dicapai, katanya.

Namun hak demokrasi golongan ini sebagai warga negara sering dinafikan pemerintah sedangkan mereka tidak perlu takut untuk membuat penentuan kepada siapa atau parti mana yang mereka inginkan, kata Nizam. " Saya menyeru kepada kakitangan kerajaan seperti Guru, kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, polis agar terus mengundi PAS.

"Sekiranya terdapat mereka yang ditukar atau diambil tindakan selepas ini, sila jumpa saya dan kita akan sediakan khidmat guaman percuma untuk melawannya"ujar beliau. Beliau juga berkata tindakan Umno/BN dalam menguruskan kekayaan negara adalah semata-mata untuk kepentingan peribadi, katanya.

Hal ini akhirnya menjurus kepada perlakuan rasuah yang kini turut menjadi amalan dalam pemilihan Umno, katanya. Dalam ceramah yang sama, Ahli Parlimen Batu yang juga Ketua Penerangan KeADILan ,Tian Chua berkata tindakan kerajaan Pusat menyekat royalti minyak semasa PAS mentadbir negeri Terengganu dulu adalah penzaliman.

Tindakan tersebut bukan sahaja dihadapi penyokong PAS sahaja, malah orang Umno turut menjadi mangsa, katanya. " Pakatan Rakyat kini turut menyokong tindakan kerajaan Terengganu untuk mendapatkan kembali royalti minyak kerana ia adalah hak mutlak rakyat negeri ini. "Ini menggambarkan Pakatan Rakyat tidak menolak membuta tuli tindakan BN, tetapi mestilah berlandaskan keadilan"ujar beliau.

Image Preview

Tiada ulasan:

Catat Ulasan