HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Rabu, 7 Januari 2009

AWAS PROVOKASI MUSUH

KUALA TERENGGANU, 7 Jan.2009
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan para petugasnya agar tidak mudah terperangkap dengan sebarang usahaprovokasi 'musuh' yang boleh merugikan parti.Beliau berkata demikian pada Majlis Ceramah Pemimpin Pakatan Rakyat di Kampung Tanjung Kapur, Kuala Terengganu, semalam.

"Saya bimbang jika ada provokasi oleh pihak tertentu. Isu 'pengundi hantu' biar pemimpin yang tentukan dan usah kita bertindak tanpa arahan. Beliau mendapat maklumat bahawa tindakan provokasi pihak musuh akan dilakukan bagi memburuk-burukkan parti PAS yang bertanding dalam pilihan raya kecil ini.

Katanya, rakyat terutama para pengundi perlu berada dalam suasana yang selesa, tenang, aman dan baik sepanjang tempoh kempen ini. Menurutnya, rakyat perlu memilih calon yang benar-benar layak serta mampu membawa suara rakyat di Parlimen.

"Saya melihat rakyat di Kuala Terengganu ini bersedia untuk membuat perubahan sebagaimana yang berlaku di pantai barat. "Saya dengar cerita akan berlaku provokasi, pakai lambang bulan, pakai kopiah macam kita (PAS) tetapi bertindak di luar kawalan dan arahan pemimpin,"ujarnya.

Katanya, rakyat tidak boleh hidup dengan baik, aman dan selamat selagi negara mempunyai pemimpin parti yang rasuah. Menurutnya, Umno merupakan sebuah parti rasuah dan rakyat yang cerdik tidak mudah terpedaya dengan pelbagai taktik provokasi tersebut.

Menurutnya, jika negara mengamalkan cara pemilihan yang telus, adil dan baik semua pilihan raya yang diadakan bakal dimenangi oleh parti PAS dan Pakatan Rakyat. Hadir sama pada majlis tersebut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Pesuruhjaya PAS, Dato' Mustafa Ali dan Penasihat Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim; Naib Presiden KeADILan, Tian Chua serta beberapa pemimpin lain.

Gambar-gambar di sekitar hari penamaan calun di Kuala Terangganu (bawah)

Image
Image
Image

Image

Advertisement













Arkib ucapan pemimpin : Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat - Undilah calon PAS dan Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan