HIJAU. TENANG. DAMAI @ Ke arah persekitaran yang lebih hijau

Isnin, 5 Januari 2009

PERTANDINGAN TIGA PENJURU

KUALA TERENGGANU, 6 Jan 2009 - Proses penyerahan borang pencalonan ditutup kira-kira pukul 10.00 pagi tadi. Tiga calon sudah menyerahkan borang masing-masing termasuk satu calon bebas iaitu Azharuddin Mamat berusia 46 tahun.
Pasukan FRU yang tiba kira-kira pukul 10.05 pagi mengarahkan penyokong Pakatan Rakyat meninggalkan kawasan pintu masuk stadium negeri bagi mengelakkan berlakunya kekecohan sekali lagi.
Jumlah penyokong Pakatan Rakyat setakat ini dianggarkan melebihi 40,000 orang manakala penyokong BN pula kurang dari 10,000 orang. Setelah selesai bantahan dilakukan oleh wakil-wakil calun, pengumuman telah buat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan hanya tiga orang sahaja yang disahkan bertanding.
Mereka adalah seperti berikut:
  1. Wan Ahmad Farid Wan Salleh - Barisan Nasional
  2. Mohd Abdul Wahid Endut - PAS
  3. Azharuddin Mamat - Bebas

Pengundian akan dijalankan pada 17 Januari 2009. Selamat mengundi dan pilahlah pemimpin yang mampu membantu rakyat semasa senang dan susah. Fikir-fikirlah sebelum membuat keputusan yang paling tepat, semogga kita berjaya.

Apa mereka kata:

Pengumuman calun-calun yang bertanding bagi pilihan raya kecil P36

Tiada ulasan:

Catat Ulasan