BN perlu perubahan drastik, kata Muhyiddin
KUALA LUMPUR 24 Jan. 2009 (Utusan Malaysia)— Barisan Nasional (BN) kini melalui ujian paling getir dan jika tidak ada tindakan drastik diambil untuk menangani kemerosotan sokongan maka gagasan pemerintahan itu mungkin menghadapi kemusnahan.
Calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, walaupun BN merangkumi 13 parti komponen khususnya Umno cuba memperbaiki imej parti untuk meningkatkan keyakinan rakyat dan lebih banyak usaha perlu dilakukan dengan segera.
“Kita tidak bekerjasama dalam usaha kita. Oleh kerana kita lambat melakukan perubahan, ramai berpendapat UMNO tidak akan berubah. Jika ambil masa terlalu lama untuk berubah maka orang tidak akan menunggu untuk kita. “Situasi kekalahan dua pertiga majoriti BN di Parlimen selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas masih tidak berubah.
“Kita perlu lebih berkesan dan melaksanakan perkara luar biasa pada masa luar biasa,” katanya pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin di MINES Golf and Beach Resort di sini.
Jadilah pendengar yang baik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan